Ahad, Mac 15, 2009

New Layout...

(baru balik kerja malam tadi, siap bawak balik Arab News)

(working area aku kat bilik bujang!)

(syyyyy...dinding yang aku tebuk untuk gantung gambar anak-anak dan Aunty)

(another angle gambar katil aku yang kepala mengadap kaabah..)

2 hari lepas sambil dok sembang-sembang dengan kawan aku, kami ada cerita pasal bilik ni yang kami dah boring tengok. Asyik-asyik tengok benda yang serupa tiap-tiap hari. Pagi, petang, siang, malam. Ish.....boring...boring...so semalam kawan aku cakap nanti petang pukul 3 staff dia datang ubah bilik aku and of course bilik dia sekali. Aku pun ok, that's good..so pukul 3 sharp, 4-5 staff datang dan ubahkan bilik aku. Katil ubah, head board ubah, writing table ubah, luggage rack ubah, tv console ubah, lampu ubah, aku tebuk kat dinding untuk gantung gambar anak-anak aku. Hah..barulah lega rasanya...so semalam masa aku tidur, memang aku tak ingat dunia...ataupun dunia tak ingat aku! Time tidur bilik sorang-sorang ni, teringat aku masa time sekolah dan tidur kat dorm.

Masa aku F1 tak salah aku kami ada sampai dekat 30-40 orang dalam satu bilik. Bilik pulak memang daif....katil double decker...pusing sikit, "kriok.....kriok..." bunyi dia. Bila tutup lampu pukul 10 malam semua naik katil, sembang-sembang sampai kena jerit baru diam. Then toilet pulak kat luar, lampu pulak malap, ngeri....kadang-kadang terkejut sebab terserempak seniors yang diam-diam pergi study kat bawah lampu tangga ataupun store sebab dah nak SPM masa tu. Then masa aku F3 ada satu blok tambahan kat tepi Dining Hall tu. Hah yang tu Block D dan aku lah kepala Block D tahun 85. Heh3....D7......Block baru, best, masa tu bilik aku dah kecik sikit. Ngam-ngam untuk 20 orang kot (kecik ke?). Baru lah rasa ok tapi tak selesa jugak sebab air selalu tak ada! Parah betul kalau air tak ada ni, nak mandi susah, nak membasuh susah....nak pergi toilet lagi lah masalah...

Masa kat ITM Dungun aku tinggal kat bangunan lama. Bangunan ni pun kalau si Suhaimi Baba tengok, mesti ambik Maya Karin berlakon. Memang naik tangga pun dah "kriok-kriok...". Block aku mengadap jalan besar Dungun ke Kuala Trengganu. Laluan penting untuk bas ekspres dan lori-lori. Sepanjang jalan macam R&R Ipoh, memang meriah sebab orang ramai berniaga. Nasi dagang....oooo heaven! Tengah-tengah malam bila dok study tu tiba-tiba dengar "bedeboom.." bas ekspres langgar lembu.....seminggu mesti ada 2-3kali kat situ sampai aku dah lali dengan accident kat situ.

Then masa aku kerja jual ice cream kat Swensen, aku duduk rumah Kak Anne (hq kami in the family). Aku malas nak duduk atas sebab kena naik tangga dan ganggu kakak aku dan anak-anak dia nak tidur, lagipun aku selalu balik tengah malamkan...so aku cakap kat KA, takpalah aku tidur jelah kat dalam bilik store kat bawah. Senang nak masuk-keluar rumahkan....then ada sekali neighbour kakak aku datang dan tanya aku, "Berapa sewa bilik ni?" Heh3.....

Lepas tu kat Jepun aku duduk kat Gotanda. Hotel tu nama dia Toko Hotel, betul-betul tepi stesen keretapi. Senang aku nak pergi kerja. Dok kat hotel senang, tak payah kemas bilik....tapi punyalah mahal. Kalau convert RM4000. Kecik nak mampus...nak bukak tv aku cuit dengan ibu jari kaki je...bayangkanlah besar mana bilik aku tu. Tapi bilik tu banyak cerita. Nombor bilik, aku ingat sampai sekarang...yong, zero, san..

Then masa kat luar dulu dapatlah bilik yang elok sikit. Ada heater (aku pulak gantung stokin kat heater!), then ada dapur lagi, pergh kelas....maklumlah dah mengajar...dapatlah bilik studio! Duduk sorang-sorang ni memang best...siapa pun tak kacau. In fact bilik aku sekarang ni pun ok. It's big and meant for a family. Ni pun boleh masuk 6 orang lagi kot....aku jengok kat luar tingkap, orang tak ramai. Mungkin yang datang dari UAE dah balik kot...jalan lengang, perkarangan masjid pun lengang. InsyAllah kalau rajin nanti aku pergi jalan-jalan sikit. Ambik gambar sikit buat modal next entry!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Tuan,
Saya terjumpa blog tuan ni bila search "cerita" pasal Haramain. Sebelum ni baca & tak pernah komen. Kali tertarik nak ulas bila terbaca tuan pernah kat ITM Dungun. Rasanya tuan dulu tinggal kat hostel Union Club (UC) berdasarkan lokasi. Saya pernah tinggal kat situ 3 tahun (1987 - 1990) dari mula masuk part 1 DBS sampai grad. Sepatutnya 1 semester saje. Dah syok tinggal kat luar kampus, semua DBS student sama batch terus mohon tinggal kat situ sampai grad. Hostel bgn kayu memanjang macam "berek" askar. Kalau student HotCat memang tinggal kat bgn depan la. Mungkin kita pernah jumpa masa tu kot??

Uncle berkata...

Dear Hafiz.
Spot on man.....thanks for reminding me about UC. Uncle memang dah lupa nama dia. Mungkin kita pernah jumpa. I played rugby for ITM Trengganu with Tiger (senior part 7 ke 8 dah lupa). Memang best dok kat situ. Uncle ingat budak DBS nama Khir kalau tak silap. Badan memang macam Tarzan Weissmuler tu. Yang bestnya dia pakai 2 tin milo isi simen then pakai batang penyapu kat tengah....Hafiz ingat? I remember the "berek" tu...nak pergi toilet kecut perut jugak! Heh3...what a small world Hafiz...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...