Rabu, Mac 18, 2009

Sewaktu di Haram

(terbaring kat sebelah anak-anak)

(muka masih bulat)

(macam biasa, walaupun busy, blogging tetap blogging)

Semalam waktu Isyak aku sempat ke Haram. Aku pergi setengah jam awal. Dah lama rasanya tak berada kat depan Kaabah. 7.30pm aku dah terpacak kat depan kaabah. Cari saf yang sesuai. Since aku tak berapa sihat 2-3 hari ni, aku pakai mask. Orang masih ramai. Kat dataran tu aku tengok memang ramai orang terutamanya dari Turki. Musim dia la ni....orang dari Emirates, Qatar dll cuma akan sampai esok atau lusa. Jadi kalau nak katakan sekarang ni aku tak sibuk memang tak boleh sebab occupancy sentiasa berada di dalam lingkungan 65% on weekdays dan 90% and above on weekends. Nampak gaya aku terus menerus akan sibuk sampai habis musim haji gamaknya.

Berada betul-betul didepan kaabah membuatkan aku terasa diri ini sangat kerdil. Aku peruntukkan waktu yang singkat itu untuk berdoa sebanyak mungkin dan membaca surah-surah sebanyak mungkin. Memang waktu tak panjang tapi cukup untuk aku memanjatkan doa kepada Allah SWT memohon dan berdoa untuk aku sekeluarga dan tak lupa kepada rakan-rakan aku. Agak bersesak, tapi Allah Maha Kaya, ada jemaah memberi laluan untuk aku bersembahyang bersama-sama. Alhamdulillah...apabila ada orang lain pulak menyelit, aku pulak yang memberi laluan untuk sebaris dengan aku. Petugas wanita sibuk check para jemaah wanita. Dekat anak tangga menuju ke Kaabah, ramai orang duduk melepak sambil menunggu waktu. Petugas tinggikan suara supaya mereka yang berada ditangga memberi laluan. Sampai terpaksa dia tinggikan suara tetapi masih dalam keadaan sopan. Aku tak salahkan dia sebab dia cuma menjalankan tugas dan cuba untuk memberikan keselesaan pada semua.

Bumbung masih ditutup. Banyak lagi pembinaan yang belum siap. Terutamanya ditempat sa'e. Aku harap-harapkan semua akan lengkap apabila masuk Ramadan nanti. Tahun lepas hotel ni cuma buka 400 bilik sebab yang lain masih tak siap lagi tapi sekarang inventory dah masuk hampir 800 bilik maksimum. Jadi bayangkan kalau diambil average 2.5 per room.....jadi jumlah itulah yang akan makan kat tempat aku nanti. Nak tak nak, aku terpaksa bersiap dari sekarang mencakupi semua segi. Training masih berjalan walaupun kadang-kadang aku sendiri agak berlari kesana-kesini. Nak buat macamana, ini kerja aku. Ini yang aku pilih untuk mencari rezeki untuk anak-anak aku dan Aunty. Keluarga aku memang sedih. Aku bertambah sedih bila anak-anak aku berkali-kali menyuruh aku balik ke KL dan kerja disana macam dulu. Aku tahu perasaan mereka. Mereka sedang membesar dan memerlukan tunjuk ajar aku dan Aunty. Aku kadang-kala serba salah. Sedih semuanya bercampur-aduk. Hati bagai disiat-siat sewaktu meninggalkan KL tempohari. Tapi rezeki aku sekarang ni di bumi Allah. Dan inilah yang akan aku buat dan disinilah aku akan berada sebelum aku ditugaskan ditempat lain. Pada anak-anak aku dan Aunty, aku pohon sejuta kemaafan sebab tak sempat berada bersama-sama kamu semua disaat-saat ini. InsyAllah kalau ada rezeki, kita jumpa lagi dihujung tahun tapi ingat, kasih-sayang Papa pada kamu semua tak pernah berbelah-bagi....

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam uncle...pe kabaq?? mcamana mekah?
a`ah, kacang jangguiih..hehe uncle
masih teringatkan super heroes uncle semua tu?..hehe..biasalakan dok jauh..sy yg baru pindah dok kl pon dh teringat sakan kat femly kt penang. lately sy busy skit..tu takdan nk baca blog uncle ni.uncle doakan sy dgn keja bru sy nie ek..adus! tensen gak kekadang

Uncle berkata...

Dear Siti.
Macamana la nak lupa Superheroes tu semua. Memang 24 jam teringat kat depa. Oooo la ni dok KL ka? Siti dok tang mana? Tension tu biasa Siti. Jangan risau. Kadang2 tu kalau tak tension, kita tak perform...so it's good

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle......
sorry lambat reply. dilla pun baru mengemas rumah dilla sinun. dah bersawang jadinya. uncle dah balik mekah ke? alhamdulillah akhirnya sampai dengan sempurna.

Uncle
masa uncle kat malaysia arituh memang ada banyak training P/graphy ni. dilla inggatkan uncle x nak joint. tak per nanti balik malaysia skali lagi uncle boleh joint kami. pakai compaq camera pun tak ngaper

VimmiYasmin berkata...

Dear Uncle

TQ so much!!
ada rezeki melimpah ruah ..kita umrah sesama!!
Insyallah!

Uncle berkata...

Dear Dila.
InsyAllah nanti kalau kat KL mungkin at that time dah ada rezeki lebih kot, then Uncle tangkap satu cun punya DSLR. Paling besar dalam dunia!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Vy.
Hari ni pun Uncle doakan semoga kesihatan Vy bertambah baik. Begitu jugak keluarga Vy. Sampaikan salam pada Chef Farid. Jaga family baik-baik.

Uncle

Tanpa Nama berkata...

mula2 tu sy dok jln u-thant.wif my sis..tp mcm jauh sgt jek nk berulang..jdnya skrg sy dh pndh dok umah sewa dkt ndr sri dmansara..stay dgn kwn2.. alhamdulillah

Uncle berkata...

Dear Siti.
BSD tu tempat Uncle dulu. Uncle dok kat Mc Donald tu depan sekolah tapi la ni pindah pi Ampang sejak kahwin 12 tahun dulu. Good luck with your work, Uncle sentiasa diakan yang baik2 untuk Siti.

Uncle

Uncle berkata...

Dear Siti.
BSD tu tempat Uncle dulu. Uncle dok kat Mc Donald tu depan sekolah tapi la ni pindah pi Ampang sejak kahwin 12 tahun dulu. Good luck with your work, Uncle sentiasa diakan yang baik2 untuk Siti.

Uncle

Uncle berkata...

Dear Siti.
BSD tu tempat Uncle dulu. Uncle dok kat Mc Donald tu depan sekolah tapi la ni pindah pi Ampang sejak kahwin 12 tahun dulu. Good luck with your work, Uncle sentiasa diakan yang baik2 untuk Siti.

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...