Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, November 23, 2009
Aku dan Berita Harian!
Salam semua...pagi ni aku dapat small note dari KL yang mengatakan ada small, tiny article aku keluar kat Berita Harian. Bahagian mana aku tak tahu sebab aku pun tak baca lagi. Mungkin Bahagian Ugama sebab yang pastinya, article aku tak akan keluar kat Bahagian Ekonomi ataupun Politik...heh3...selamat membaca!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
23 ulasan:
Kak dah baca artikel uncle secara online. Uncle guna 'bhs sekolah' utk BH,tp 'bhs santai' utk blog. Mcm x caya aje,uncle blh bertukar watak. Hebatlah Uncle...
Dear Zainon.
Camouflage tuh...heh3...Uncle pon tak dan nak baca lagi. Baru sms aunty suruh beli 42 keping hari ni..heh3...
salam uncle
ton dah baca uncle..ada gambar lagi..mmg kat bahagian agama....tajuk diapun dah best...ukhuwah islamiah pelbagai rumpun imarahkan makkah..
ada aritu ton baca kat satu forum tu..mereka ada sebut nama uncle as ustat shahir...
uncle mmg boleh jadi penulis...kagum sungguh
salam again uncle..
ton nak gurau sikit ni..kenapa uncle tak cerita kisah jemaah minta uncle carikan gigi tu.....hehehe
salam uncle,
saya dah emel auntie pasal artikel tuh...boleh dia beli banyak naiklah circulation kami n menyumbang kepada bonus
kami..hehe..tima kasih..
jangan serik nak antar lagi...tima kasih daun keladi...
Dear Ton.
Thanks for reading. Uncle ni tuleh macam2...dan semuanya Uncle tuleh dengan bersemangat....
Part Ustad Shahir tu actually kat Mekah ni ada sorang lagi dan memang patut dipanggil Ustad...but Uncle belum sampai level tu lagi. I'll explain later..
Dear Ton.
Thanks for asking about jemaah yang hilang gigi. First let me explain:
Uncle selalunya tulis nama yang anonymous tapi kalau confirm tak mendatangkan masalah, Uncle masukkan nama penuh. Kalau Ton perasan, semua nama-nama VIP, Uncle tak mention dan begitu jugak jawatan dia dan gambaq depa. Paling dekat Uncle cuma bagi hint saja. Tak semua orang suka dipertontonkan dan disebut-sebut. Yang tu Uncle kena jaga. Selain dari tu, part Ugama Uncle tak mao sentuh sebab Uncle tak pandai nak cerita dan takut tersalah cakap. Biarlah orang lain yang arih yang cerita. Sebab tu cerita Uncle pada BH tu semuanya "lightly touched" on those topics dan lain2 nya Uncle cerita pasal persekitaran. Uncle harus sensitive terhadap semua issue .
Begitu jugak dengan gigi tadi tu. Uncle tak mention jemaah mana, dari negara mana dan tak masukkan gambaq depa. Cukup lah setakat Uncle bercerita sekadar peringatan pada semua supaya jangan selalu dok tinggai gigi! Heh3...
Dear Uncle,
perghhh.. bila cheq baca je N3 nie.. dan dan tu cheq berlari ala2 rabuan pit turun opis.. p tanya maplair kat tepi opis, 'paper' BH ada lagi tak.. mamplair tu dgn muka 'tosey basi' jawap kat cheq..
'tanggaci' sini jual roti canai, paper yelek.. alamak salah kedai.. apa lagi, cheq ikat kain baju kurung cheq ala2 'aya' hat jaga lembu tuh.. sambung balik larian cheq ke seberang jalan.. sampai depan kedai, tak sempat nak brek kaki! cheq tersepak batu.. bedebuis! tertomoih betui2 depan tambi yang jual paper tuh.. ahh! cheq abaikan kesakitan.. demi kebanggan cheq pada orang kampung cheq.. (masuk paper wooo) cheq bangkit dengan pantas nyer.. cheq terus berkata pada tambi tu 'tambi, ini paper saya mau 420 keping arr'.. dan dan tu jugak, tambi tersebut mencapai paper BH, berlari ke mesin phostate.. terus membuat salinan dengan sepantas kilat.. alamak baru teringat.. cheq lupa bawak duit.. cheq berlari balik naik opis.. bukak2 handbag.. heh heh.. tinggai 9 kupang 5 duit.. apa lagi.. huh! dengan selamba nyer cheq bukak internet.. cheq baca secara online.. ngeh ngeh ngeh
moral of the storey.. cheq bangga bangat, orang kampung cheq menulis untuk paper.. pssttt, dan dan tu mengaku kampung kat brown garden.. la la la
tahniah uncle, enjoy reading tulisan uncle.. very the jujur sehhh..
Ukhuwah Islamiah pelbagai rumpun imarahkan Makkah
Oleh Shahrir Ali
(PERENGGANG PERTAMA)
Semangat tolong-menolong tak lekang walaupun sibuk beramal
KOTA Makkah kembali hidup selepas agak lengang apabila musim Ramadan berakhir. Jemaah Malaysia sudah mula membanjiri Tanah Suci dan berulang-alik secara berkumpulan beribadat di Masjidil haram. Sesetengahnya sempat saya jumpa di restoran Malaysia, D'Saji yang terletak di hadapan pintu nombor 1, Raja Abdul Aziz di bangunan Safwah Tower dan berbual singkat.
Masyarakat Islam yang bekerja di Arab Saudi tetapi tidak tinggal di Makkah dan berhajat untuk melakukan umrah sebelum musim haji, mereka tidak dibenarkan masuk ke Makkah oleh pihak penguat kuasa tempatan. Ramai yang ditahan di pintu masuk dan diarah pulang. Ini dilakukan kerana pihak berkuasa Makkah tidak mahu kesesakan berlaku pada waktu puncak disebabkan jemaah yang tidak mempunyai permit cuba mengambil kesempatan untuk melakukan haji dan tinggal lebih masa.
(PERENGGAN TERAKHIR)
Warga negara jemaah yang menginap juga perlu diketahui. Ini penting di dalam penyediaan makanan. Jemaah yang datang dari Malaysia mempunyai cita rasa yang berbeza dari Indonesia walaupun dengan mata kasar, nampaknya sama. Kurma ayam Malaysia tidak sama dengan Opor ayam Indonesia walaupun dari segi rupa adalah seiras. Begitu juga dengan menu jemaah dari Eropah iaitu United Kingdom, Itali, Perancis dan lain-lain lagi. Mereka ini adalah berketurunan Pakistan dan India yang lama berhijrah ke Eropah, menu makanan mereka juga berbeza.
Penulis ialah Pengarah Bahagian Makanan dan Minuman, Hotel Al Safwah Royale Orchid, Makkah
salam..
dear uncle..
masyaallah...alhamdulillah
Uncle, I've posted the link to your article on your facebook.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20091122225807/Article
Salam Uncle,
Your "small, tiny article" is one whole page lah, page 32. Mula-mula baca BH online, pas tu cari surat kabar... it's still very informative, your style I like...
Dear Ona.
Selagi diperlukan, insyAllah akan ditunaikan. Uncle akan pulang bercuti in mid December nanti. Keep in touch...dan jangan tinggai gigi kat kedai roti canai! Heh3...
Dear Noor.
Thanks for "kelam-kabuting" looking for the newspaper eventhough Uncle tao...yang tu semua "drama mami tanjong..." heh3...eh, apa kata kalau kita pi pekena kat Ma'e nanti dengan family masing2? Heh3...
Dear ML.
Thanks a million!
Dear Fida.
Thanks mate! Penat-penat linkkan....nanti Uncle belanja ayaq lengkong satu plastik! Heh3...
Dear Kak Lang.
Uncle ni pemalu orangnya...tak tahu pulak yang dia keluar satu page...ala...paper kan dah kecik!
salam uncle,
tahniah, tapi saya tak baca lagi , baru sampai umah, pi out station dr pagi, nti lps isyak saya baru nk bukak paper.
apa-apa pun, uncle memang berbakat utk menulis, polish sana sini sikit bakat tu, mesti mengerlip
Dear Rezeki.
Nak kata pandai tulis tu taklah..tapi Uncle memang suka menulis. Ni baru lepas duduk lunch dengan kita punya former prominent minister in the cabinet. Banyak Uncle belajar dari dia. Bila dengar cerita dia, alamak...keciknya kita...heh3...dia la ni tengah dok tulis autobiography and i'll definitely be one of the first in line!
salam uncle,
alhamdulillah, tadi saya dh baca artikel tu, satu gaya penulisan secara formal sambil disulam peristiwa2 menarik yg berlaku di sana, nasib baik uncle tak masukkan drama penyamun2 bila nampak chief dia ke,keh,keh
gaya penulisan uncle begitu santai dan tidak terlalu terikat
uncle ada banyak pengalaman, idea dan cerita yg lps ni boleh dikongsi bersama dlm bentuk formal selain blog ni yg mmg menarik dgn cite2 humor tapi mengandungi 1001 nasihat, pengajaran dan motivasi.
semoga terus suksess
ok, uncle see u tomorrow
nak pi beradu dulu
Dear Rezeki.
Thanks for reading the article and positive comments. Uncle memang kena jaga bahasa dan cerita kat situ untuk menyesuaikan keadaan...kalau tak, salah column nanti!
Banyak lagi cerita yang ada. Tak pernah habis....so take care my brother and have a good rest...as for me, ada 1400 nak makan lepas nih...NGERI!
salam..
dear unkel.. keje2 juga.. jaga kesihatan dan dapatkan rehat secukupnya
Dear ML.
Thanks for the advice. Ni tengah gear maximum nih...tak boleh nak brake! Esok lagilah carca marba...tapi janji happy...semangat sokmo!
Catat Ulasan