Isnin, November 30, 2009

Back to work!

(tersangat sesak..)

(sesak tersangat...)

(pandangan sayu dari tingkap bilik aku...)

(ada yang tawaf kat atas bumbung...)

(bekas pembesar kita ada kat situ...)

Pagi tadi aku dah terasa sikit penangan haji. Tengahari penangan haji dah bertambah sikit lagi. Malam ni pulak tadi, aku memang diserang. Guests aku masuk dari segala pelosok...depa semua letih lepas beberapa hari melakukan tanggungjawab. Muka-muka keletihan, muka-muka kelaparan semuanya bercampur aduk. Kesian pun kesian jugak kat depa. Berapa ekor kambing aku dah letak kat atas buffet. Toleh belakang, toleh depan kambing dah tinggal tulang...kambing baru masuk....toleh kiri, toleh kanan, kambing tinggal sendi! Pergh...kalau depa letak aku kat atas buffet pun aku rasa jadi macam kambing tu jugak kot...NGERI!

Masa depa keluar dari restaurant aku tengok semua keluar dengan muka puas...aku puas tengok depa puas...ada sorang guests dari Dubai datang jumpa aku personally dan bagitahu yang dia dah tulis dan bagi surat personally kat GM bagitahu yang dia puas hati dengan F&B. Aku ucapkan terimakasih dan nanti lepas haji aku akan ucapkan terimakasih pulak dengan penyamun-penyamun aku semua! Tanpa mereka, siapalah aku....heh3...

Surprise...surprise..., aku dikunjungi oleh kawan se alma mater aku, si Nyamuk penghisap darah! Nyamuk berjaya meloloskan diri disaat-saat akhir nak wukuf...sempat dia melakukan haji tahun ni. Aku happy untuk dia. Ni lah salah sorang lagi penyamun yang berjaya melakukan haji...Nyamuk complaint dia kejang urat kaki...aku balas, balik, "aik...kau lari kat Bahrain Marathon bulan lepas boleh..." Nyamuk sengih kat aku!

Ni dah 10.30 malam. Aku baru dapat balik bilik. Terus aku masukkan cerita sementara perut lapar menanti esok. Tangan laju menaip masa perut lapar. Aku pun heran, apasal jadi macam ni? Tengahari tadi, Pak Menteri panggil aku, "Shahrir, come sit here..." aku pun dengan malu-malu kucing duduk mengadap dia. Macam-macam dia tanya aku. Pasal masa depan aku lah...pasal masa depan negara lah...pergh...aku rasa macam dok kat dalam kabinet...horey...aku rasa penting.....Cikgu Bibah kalau tengok aku duduk dengan Pak Menteri mahu dia meraung nih...heh3...sorry yea cikgu...jangan jealous...nanti saya report kat Pak Menteri! Heh3...

Pagi raya haji aku sempat skype dengan aunty, anak-anak, kakak aku, abang aku dan yang penting sekali mama...aku sedih tengok keadaan mama sekarang...dia merenung aku dengan satu pandangan yang amat kosong! Takpa, nanti aku balik jumpa mama. Aku nak cari kawan-kawan aku yang kerja doktor supaya dapat memberi aku satu solution macamana nak handle situation mama. Dulu masa kat kl aku dah jumpa macam-macam doktor. Depa bagi nasihat macamana nak handle situation bila berdepan dengan mama yang didiagnoskan mengalami AD. Ni satu tanggungjawab besar antara kami anak-anak. Aku salute kakak-kakak aku dan abang-abang aku yang bertungkus-lumus tanpa jemu cuba menjaga mama dengan cara yang terbaik. Pelbagai usaha dilakukan tapi penyakit ni tiada kesudahan. Tiada penyelesaian kecuali keadaan akan bertambah serious. Kami sebagai adik-beradik perlu tabah. Banyak sudah aku baca. Dari bahasa malaysia sampai ke bahasa inggeris. Aku google dan google. Aku jumpa doktor dan bertanya. Sekarang ni aku dah tahu hampir 75% pasal penyakit ni dan aku perlukan 25% lagi untuk benar-benar faham dan mampu menjaga mama sebaik mungkin. Dan aku pun dah mendaftarkan diri dengan persatuan ni di kl dan pernah menghadiri satu sesi kaunseling untuk lebih faham macamana nak handle pesakit ni. Aku dan adik-beradik yang lain sayangkan mama dan kami masih berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk menguruskan mama. Allahuakbar...

Tinggal 2 hari saja lagi kami terpaksa berperang dengan guests disini sebelum satu persatu mula berangkat pulang. Misi tahun ni hampir berjaya. Tapi misi personal aku unofficially pun nampaknya dah agak berjaya. Apa misi aku? Misi aku sebelum aku tinggalkan bumi Mekah ni aku nak jadikan department aku sebagai satu department yang terbaik di Mekah dan akan menjadi bualan travel agency travel agency yang menggunakan khidmat kami dan setakat ni jawapan yang aku terima semuanya positif...aku dapat good feedback dari South Africa, aku dapat good feedback dari Canada, Italy, US, UK, Indonesia, Brunei, UAE, Singapore, Nigeria, Russia dan alhamdulillah dari VIP-VIP kita dari Malaysia....horey.....semua kata kami dah melepasi InterCon Darul Tawhid, Hilton, Le Meridien, Zam-Zam dan banyak lagi...in fact guests kami musim haji ni kebanyakkannya datang dari hotel-hotel tersebut...heh3....kembang-kuncup hidung aku...anyway, aku ada lagi seminggu lebih sikit untuk menutup tirai haji tahun 2009 dan kalau aku balik pun nanti aku akan balik dengan perasaan bangga dengan penyamun-penyamun aku! Depa yang kerja bertungkus-lumus...aku cuma orchestrate saja.....

16 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

tahniah...TAHNIAH....TAHNIAH ...well done. pas ni balik kampung dgn muka yg ceria...senyum sampai ke telinga..heh3.

ediannuar berkata...

alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar. nanti balik malaysia pun dengan hati yang puas... ehhehe. saya dah nak kena pergi kerja nie. and today is monday...

rezeki berkata...

salam uncle,

masuk gear 8 la gamaknya
hari ni semua jemaah dh mula padat krn hari ni 13 zulhijjah, mrk dh bergerak pulang dari mina

mau2 3-4 ekor kambing tak cukup tu, ngapa ya tak letak lembu he heh he

so mcm hari ni, harap uncle sihat dan tak demam

tentu sayu dpt menatap mama uncle dr jauh , namun takpa. berusahalah utk mencari jalan terbaik utk mengubatinya dan bertawwakal dgn diiringi doa kpd Allah SWT. Allah maha mendengar dan mengetahui
apa yg dirancangnya utk hambanya

tahniah buat uncle krn dapat mempersembahan persembahan yg terbaik bagi meraikan tetamu2 Allah dgn memberikan perkhidmatan yg terbaik walaupun Al Safwah masih baru lagi berbanding dgn hotel2 yg setarafnya , namun berkat kerjasama semua staff, ia dapat dicapai . Dan lagi satu kelebihan Al Safwah ialah ia terletak betul2 di hadapan pintu masuk ke MH.

ok , uncle, selamat berperang

Kak Lang berkata...

Salam Uncle,

Tahniah kerana berjaya mengatasi other established hotels... Keep it up dan semoga your personal unofficial mission akan menjadi kenyataan very soon.

Also, don't give up hope on your beloved Mama. Mak kak lang dah tak de hampir 3 tahun, kena mild stroke about 2 weeks sebelum dijemputNya. Alhamdulillah, her suffering tak lama.

Jaga kesihatan, jaga makan utk bersedia menghadapi kerenah hotel guests. Tanpa mereka juga, siapalah Uncle, kan3?

Ok, take care.

shaisham berkata...

Salam tuan, tahniah kerana berjaya memberikan khidmat yg terbaik. Saya doakan semoga Allah anugerahkan kerahmatan yg tidak terhingga kpd tuan dan crew. Semuanya itu datang dari kuasaNya jua, kita insan tiada upaya.
Saya rasa bilik tuan tu mengadap hospital Ajyad, dan hotel Al Maqam. Saya pernah menginap di Al Maqam tahun lepas...wassalam

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle. 3 hari tak baca blog uncle huh.

Guest uncle puas hati sebab makanan uncle sedap2, banyak pilihan pulak tu. Servis bagus. Tahniah Uncle kerana menjadi Ketua F&B yang mabrur. Macam orang buat haji gak dapat haji mabrur :) Keep up uncle.

Mak Aji berkata...

Uncle, Mak aji rasa simpati kerana mama uncle didignosed as AD. Sabar ye uncle. Ini semua adalah ujian Allah. Mak Aji percaya uncle & adik beradik semua boleh lalui dengan tabah.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Thanks for the comforting words...memang dugaan untuk kami semua especially kepada kakak Uncle yang menjaga mama sekarang. Mama yang dulu tersangat aktif kini tak mampu berbuat apa saja kecuali memandang kosong. Ini menyedihkan kami adik-beradik...walaubagaimanapun, kami tak putus asa..

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Oooo 3 hari tak baca yea.....patut saya rasa lesu semacam! Heh3...Apa kata kalau lepas ni Mak Aji baca selama 3 hari pulak tak henti! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Shaisham.
Memang bilik Uncle mengadap hospital ajyad yang dah tinggal tapak sekarang ni. Semuanya dah flat...dan hospital ajyad sekarang dah berpindah e ground floor bangunan kami sementara menunggu hospital baru siap..

Uncle berkata...

Dear Kak Lang.
Condolence to you walaupun lambat..arwah bapak Uncle dulu pun kena stroke jugak...that's why Uncle mesti jaga pemakanan...btw, semalam jumpa orang kuat ijn kat sini....heh3...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Uncle selalu bersemangat membaca comment-comment Rezeki. Keep it coming...entah berapa ekor kambing, si penyamun masak semalam. Tak cukup-cukup! Memang depa buat "lagak ngeri" sungguh!

Malam tadi sebelum tidur Uncle dah telan panadol sekotak....(yang balance 2 bijik tuh!). Off kan aircond, pakai sweater dan tidur. Result dia, agak terlajak pagi tadi...heh3...tapi masih dalam lingkungan selamat untuk bangun, mandi dan pakai baju pergi kerja!

Part kepuasan tetamu tu, alhamdulillah Uncle berpuas hati sikit. The peak is yet to come...that's tonight and tomorrow...

Uncle berkata...

Dear Edi.
"It's a manic monday...." Uncle teringat lagu tu yang berkumandang a few years back! Enjoy work!!!

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang tengah senyum sekarang ni..in fact kerja ni memang kena senyum memanjang...macamana kawan kita yang kerja kat kedai aiskrim tu? Masih bertahan atau dah tumbang? Heh3...

Mak Aji berkata...

Uncle, selamat balik malaysia. Jangan lupa bawak aunty & anak2 jejalan bukit bintang. Pavilion tu tengah tunggu uncle. Macam2 ada heh3.

3 hari tak baca blog uncle sebab cuti kat kampong. hari ni baru "back to work". boleh lah sikit2 menyelam sambil bekerja heh3.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Ni dikatakan serampang 2 mata...heh3...

Part bawak jalan-jalan tu sudah semestinya! Kami akan horey2 nanti satu Malaysia.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...