Jumaat, November 06, 2009

Commercial Break

(dari tingkap restoran belah tepi)

(menyusur ke tingkat 1)

(depa dah start dah..)

(orang ramai dok berjalan ke haram)

(dah start sembahyang kat atas jalan..)

Setiap benda yang kita buat berterusan, mestilah ada break in between. Aku ingat lagi masa lawan rugby dulu after 35 minutes, ada break for 15 minutes. Then main bola pulak, lepas main 45 minit, ada break lagi 15 minit. Tengah syok-syok tengok cerita Dallas yang ada Jr Ewing tu, tiba-tiba ada pulak iklan Fab Buku! Ish...kacau sungguh.

Sama jugak masa aku balik ke Penang dari KL. Sampai kat Ipoh, aku stop sat pi toilet la...makan jambu lah...kena tey lah...then masa dok belajar dulu pun serupa. Every 45 minutes ada 15 minutes break, jadi kami berlari la turun ke cafe dan pekena kopi "o" kaw. Tak boleh pakai duit..kena pakai "jeton" masa tu. Tadi mata dah nak juling, jadi cerah balik...sambung masuk kelas..

Masa aku tengok konsert Zainal kat Tokyo dulu pun macam tu. Ada interval in between. Tapi nasib baik ada interval masa konsert Zainal...kalau tak dak interval, memang aku tak jumpa lah aunty masa tu...Nasib baik...nasib baik....fuuuhhh.....then kat Istana Budaya, masa aku tengok show apa entah,, mungkin Cats, kerusi dah lah kecik untuk menampung punggung aku yang dah gelebeh kiri-kanan ni...seat depan punyalah dekat, masa break tu lah aku sempat jogging kat Tasik Titiwangsa tu sekejap sambil buat stretching kat tepi tennis court sebelum sambung tengok Cats...

Waktu naik kapalterbang pun serupa. Aku cukup susah hati kalau tak dapat "aisle" seat...bukan apa, aku tak boleh nak gelunjor kan kaki...jadi selalu kalau aku naik, aku selalu mintak kat tempat depa letak baby tu. huh, baru lega....actually, satu lagi reason sebab aku nak pergi toilet senang...tu yang nak duduk kat tepi tuh..heh3...

Errr..actually, yang aku dok merepek kat atas tu bukan pasal apa, guest aku dah start masuk malam ni. Jadi aku rasa aku tak sempat nak sambung telenovela aku yang tak berpenghujung tuh...nampak gayanya, lepas ni, cerita aku akan jadi pendek-pendek dan jarang-jarang sikit kot...jemaah ramai wooooo...tak tipu...ada sampai 2500 orang aku nak bagi makan dalam satu meal period...esok pagi aku dah masuk gear 2! Heh3.....please bear with me yea...

24 ulasan:

Salam sejahtera....... berkata...

salam uncle,
Tak pa uncle layan la jemaah semua tu elok2, kami penonton telenovela ni sabar menanti...

Ibu n Abah berkata...

uncle,
Insya'Allah...panjang umur jumpa lagi.. tak sabar juga nak tau kisah seterusnya.. tapi selamat bertugas.

Uncle berkata...

Dear SS.

Bukannya Uncle tak buat entry langsung,,,entry mesti buat...cuma cerita telenovela syahdu tu tak disambungkan buat sementara waktu...cerita day to day tu tetap ada....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Abah.
Terimakasih kerana mengikuti Telenovela "OSHIN" tuh...rancangan akan bersambung semula nanti, tapi berita seharian, masih on lagi...heh3...

rezeki berkata...

salam uncle,

keh,keh,keh,

uncle punyalah corner myk jauh utk spikan mesej psl rancangan telenovela oshin dan giant akan tergendala seketika krn sutradaranya tak menang tgn ngeh,ngeh,ngeh nampaknya telenovela ni akan bersambung ke tahun baru 2010 psl lps haji , sutradara tersohor ni pakat2 balik kl pulak keh,keh,keh

apa2 pun tugas mulia uncle di sana sgt penting dlm melayani tetamu Allah dan selamat berjuang dlm memberikan perkhidmatan yang terbaik

kalau boleh jgn lupa sajikan kami berita dan gmbr2 yg menarik sepanjang uncle dan askar2 melayani tetamu allah ini

Uncle berkata...

Dear Rezeki.

Habeh...habeh...tadi sempat pi Haram sat pasal lepas ni takut tak sempat...orang dah penuh dah! Pergh...lusa dah 1000 orang dinner! Ada chan nak kurus lagi nih...heh3...pasal gambar, of course lah....mestilah ada!

Noor berkata...

Dear Uncle,

bangkit tidoq subuh sepei nie cheq terus mai umah uncle.. kot2 ada sambungan episod 8.. hampa belaka, pengarah tgh break, telenovela sambung taun depan.. tapi, sib baik cereka pendek aka 'no 5 persiaran 1' masih diteruskan.. heh heh.. baguih2.. keep it up..

psstt.. tolak moto ngan aunty from OU to DJ memalam buta??.. ishh, awat tak singgah DU.. belakang masjid kat roundabout tu je.. bleh jamu ayaq sasparela ngan cucoq.. opss.. cheq tak usha arr.. DJ, SS2 tu.. tempat cheq main 'tok can' lah uncle..

Tanpa Nama berkata...

Selamat Bertugas dengan penuh dedikasi...tudia skema punya ayat....ngeh..ngeh,,,ngeh


az(shah alam)

Uncle berkata...

Dear Noor.
Kami tolak ikut jalan belakang. Lalu kot KBU, turun bukit, lalu kot kimisawa, lalu kat depan sekolah rendah DJ baru pi rumah KA kat belakang Petronas...

Ni Uncle tengah pikiag roundabout DU kat belah mana? Kat main road ka? Kat Hospital ka? Masa dok ronda ngan moto tak teringat pulak ada rondabout kat situ!

Uncle berkata...

Dear Az.
Trimakaseh...akan terus bertugas dengan penuh dedikasi...

Aunty W berkata...

(this is second posting. If you already received 1st one, please ignor this one)


Laaa, "Heroin" telenovela-La Isra Bonita baru masuk, kena break ke?
Nanti penonton kecoh!

In fact when first time we met in Shibuya, both of us were 24yrs old.
But we didn't think we were same age. I forgot when we knew in fact we were same age, but sure both of us thought "Is it truth he (she) is 24yrs old?" because you thought I was 16yrs old at that time, then I thought you were 30yrs old!!!

Hey, nanti kalau RTM ke Astro ke nak buat drama, boleh kasih kat diaorang. tapi jgn kasih kat Dtuk YH. Kalau Yasmin Ahad OK. tapi dia dah meninggal....

Tanpa Nama berkata...

jasa mu dkenang.. adehhh.. pa kene mngena.. ahaksss..

seb bek ada intrval tu kn.. klu dk xjmpa dh la gdis jepun uncle tu.. ahiksss..

Noor berkata...

Dear Uncle..

tudia uncle punyalah jauh menolak.. yang p ikut jalan jauh tu wat pa.. kalu ikut DU sat je.. nak penaya aunty lah tu.. heh heh

roundabout DU yang dekat 'The Ship' tu.. kan ada satu masjid tang tu.. dekat sangat dah dengan uptown damansara.. ala, kalu uncle tanya KA pun dia misti tau punya.. psstt.. cheq selalu gak dok p bubuh minyak kat petronas tu..

Uncle berkata...

Dear Aunty W.

Lama tak comment yea...the first time I met you...alamak...that was the best time of my life..heh3...Nand you thought that I was 30? Heh3...and you 16? Wow...that was long time ago...how time flies...

Uncle berkata...

Dear UP. Tu lah yang depa kata "fate"...heh3...

Uncle berkata...

Dear Noor.
What a coincidence...belakang masjid? Alamak...I ada kenai budak Brown Garden sorang yang duduk kat belakang tuh dulu, nama dia Hisyam. La ni kat Dubai kot...sama naik bas sekolah Achit kat Penang dulu. Dia budak PFS, Uncle kat Chung Ling form 6!

Depan masjid tu pulak, rumah hujung tu Uncle selalu parking moto pi semayang Jumaat. Kalau semayang Raya, Uncle park tengah2 roundabout tuh!..heh3...la ni ramai dok berniaga nasi kat situ...alamak, kita kenai apa!

Noor berkata...

Dear Uncle..

pergh.. nasib baik belakang masjid tu luas.. kalu dak jenuh cheq p satu2 rumah dok tanya 'ini rumah hisyam brown garden ke'??.. heh heh.. cheq tak kenailah uncle.. kalu balik glugoq pun rumah pak menakan cheq.. takat p main perang2 kat bukit botak & ronda2 brown garden serta singgah depan rumah 'bismillah' sebab cheq suka bangat kat pagaq yang ada ayat bismillah tu..

cheq dah telek muka uncle.. sah! memang cheq tak kenai.. cuma kita pernah berada di tempat yang sama tapi waktu yang berlainan.. kesimpulan nyer.. cheq muda arr dari uncle.. ngeh ngeh ngeh

nas berkata...

salam uncle..best la cerita uncle. mcm drama bersiri lak. tak sabar nak ikut babak seterusnya..kenapa tak de gezet utk siri seterusnya.ahaks

Uncle berkata...

Dear Noor.

Gelak sakan Uncle baca reply tadi....heh3...rumah "bismillah" tu cheq ingat ka? La ni pokok cheri dah kena tebang! Situlah Uncle dok bergayut curi buah buat peluru lepaih mengaji kat rumah Mak Timah depan tuh!

Seronok kalau tao ada orang satu kapai! Macam kapai "The Ship!"...

Uncle berkata...

Dear Nas.

Telenovela tu terbitan "Penyamun Pruduction...", kalau nama pun dah penyamun, dia main berhenti ikut suka ja....

hidungberantai berkata...

berehat bersama kitkat hehe...xpe uncle..teruskan kerja uncle..sentiasa mnanti pencurahan nasihatmu itu hehe...

Uncle berkata...

Dear HB.
Apa yang Uncle ada, Uncle akan share bersama......itu dah mesti untuk dijadikan panduan!

olive oyl berkata...

salam uncle...

susah sungguh nak kampoi baca...ada ja halangan..bila nak start baca ja..ada ja gangguan...
uncle kena pakai jeton.."jeton "tu apa uncle???

Uncle berkata...

Dear Ton.
"Jeton" tu actually ialah dalam bentuk duit. First Uncle kena beli jeton tu kat reception kat sekolah dulu (cesar ritz, suisse). 1 jeton value dia Sfr2. Dengan jeton tu baru kami boleh beli kopi kat cafe ataupun bar kat sana (dalam kawasan sekolah)....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...