(masa lawan Japanese School. La Abang main untuk U-18 ka?)
(horey2 kat rumah)
(abang salah age group kot..)
(mahal tu aku beli hari tu)
(ingatkan RM50 boleh dapat..)
Dulu-dulu selalu aku dok dengar lagu ni. Mula-mula aku tak berapa faham tapi disebabkan nenek aku cukup suka dengan penyanyi ni, dan aku tiap-tiap hari dok dengar lagu ni, sampailah sekarang lagu ni terngiang-ngiang kat telinga aku setiap kali ada orang nak datang. Dalam hal ni, para jemaah...aku dapat wake-up call pagi tadi sebab aku takut tak terjaga. Budak aku talipon suruh bangun mandi...aku dengan muka tak cukup tidur, terus bangun dan mandi. Dalam dok mandi, sempat aku masak air untuk buat teh. Lepas kena teh aku turun bawah jumpa jemaah yang akan sampai untuk sarapan. Pergh....meriah...selamat datang Bapak-Bapak....silakan...silakan....hilang ngantuk!
Seronok tengok depa makan. Aku yang dah rasa-rasa turun berat badan sikit pun sangat teruja tengok makanan tu semua. Ish...Dollah nih...malam ni dia masak apa pulak? Tadi aku tengok dia buat tauhu dengan kuah kacang. Alamak, yang simple macam tu pun aku dah senyum meleret dengan jelingan manja. Oh tidak.......actually dah dekat sebulan aku tak makan malam ni. Tapi angkara Dollah punya pasal, mungkin malam ni aku terbabas.
Hari ni aku jogging sikit. The whole day aku dok terperap kat dalam office dok buat planning untuk meal. Habis memang lah dah habis....dah circulate pun....tapi masalahnya, ada pulak yang datang last minute...pergh...part tu aku tension betul..nasib baik tak ramai lagi la ni. Bayangkan kalau dah libu-libu ada lagi last minute? Mahu pengsan aku terjegil bijik mata tak tidur! Then setengah hari dok check stock pulak. Takut nanti beras habis setengah jalan...aku nak jawab apa? Kalau aku boleh gantikan dengan pasta takpalah..tapi Bapak-Bapak tu semua nak makan nasi jugak! Takpa-takpa...ni semua ibadah jugak ni bagi orang makan. Walaupun aku sendiri kadang-kadang tak sempat nak makan!
Keadaan bertambah meriah di kawasan Masjidil Haram. Orang dah mula penuh. Semalam masa aku pergi ke Haram lepas Isyak, ingatkan nak tawaf tapi tengok keadaan yang sesak, aku tak jadi. Takpalah, bagi lah peluang pada orang yang datang dari jauh. Kesian tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik kena tolak masa tawaf. Aku doakan depa selamat menunaikan tanggungjawab.
Lepas ni aku nak lari pergi bawah balik dan tengok suasana dinner. Bersembang sikit dengan guests aku sebelum aku switch off! Errr by the way, bola sapa menang, NS lawan Kelantan? Aku tak tahu nak pilih mana. NS, aku sekolah selama 5 tahun kat sana dan Kelantan pulak, mama lahirkan aku kat sana....dua-dua tak kena.....anyway, jangan lupa bagitahu aku result yea....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, November 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
24 ulasan:
Salam,
Dah ramai jemaah haji tiba. W/pun bersesak2,pengalaman disana x pt dilupakan.RINDU...RINDU..
BTW,Ng9 klhkan Kltan 3-1
dear uncle;
ns 3 klate 1, kelam kabut puak kelate main malam tadi maybe 65,000penyokong buat mereka gabra dan nak menang sgt.
Ada gak insiden bakar membakar, byk gak seat kat stadium di bakar mereka, sib baik la x de kejadian yg buruk dan mereka dapat kawal emosi... byk botol terbang malam tadi...
Nogori menang 3-1
Amacam? Nak kenduri apa dah menang ni? hahaha
terima kasih uncle dgn the kite runner..
-almakki.com.my-
Yay NS menang...entah2 Singh pon ada sekali kot! Heh3...
Dear Yatt.
Daripada bakar kerusi, bakar sampah kat belakang rumah pun baik...heh3...anyway congrats to Kelantan too sebab masuk final!
Dear Khairyn.
Kenduri? Tiap2 hari dom bagi orang makan pun dah macam kenduri...Esok dinner ada 1000! Ni dah pukul 12.30am nih...esok ada breakfast lagi....
salam uncle,
selamat berhari minggu, kat sini lps subuh ni
habislah diet uncle, takpa meraikan jemaahkan, lps ni sambung balik diet tu
mmg seronokkan kalau tgk makanan yg dimasak dan disajikan dinikmati oleh mereka sampai menjilat jari
sekrg suasana kat haram rasanya sungguh meriah, dan tentunya uncle pun meriah juga dgn penyamun-penyamun tarbus kat dapur, tapi sebagai jeneral, tentu uncle dh siap dgn pelbagai plan dan menu utk mrk, selamat berjuang uncle dan penyamun2 tapi bukan di medan perang, di medan dapur meraikan tetamu2 Allah dgn hidangan yg menyelerakan
ok uncle, saya nk pegi pasar tani, nak cari ikan,nak cari ikan, nak cari ikan keh,keh,keh
dear uncle,
meriah sangat kat hotel uncle sekarang...ibu2, bapak2 tu diberi makan apa si!
salam...
uncle di lahirkan di kelantan?? kat mana tu?? abah azie dan jemaah akan ke sana pada 10/11/09 nie.. doakan semuanya selamat yer..
yncle dah mula berlari2.. jaga kesihatan yer uncle..
abg minat sangat bola..
Dear Man.
Seronok cerita tu. Kalau start dah tak boleh nak stop tu...enjoy reading!
Dear Rezeki.
Hari minggu Uncle dah habis...ni terus takada off day ni sampai habis Haji...semalam pun dah sampai pukul 12 malam...heh3...hopefully turun 5 kilo!
Ikan apa beli hari ni?
Dear KN.
Semalam jumpa satu group haji. Tanya depa, bila sampai Jeddah? Depa kata sampai airport Jeddah pukul 4 petang....tapi sampai hotel sini pukul 12 malam!
Dear Azie.
Uncle dilahirkan di Pengkalan Chepa. Dulu arwah bapak kerja dengan jabatan penjara kat situ!
Abang memang minat sangat bola...tu yang kadang2 risau tuh!
Uncle....
kalo tgk saiz Abang tu lbh kena kalo dia main ragbi... Lg power.
abg pasti boleh bahagikan masa.. don't wory..
jaga kesihatan baik2..
salam uncle,
alhamdulillah, tadi dpt ikan tenggiri, siakap dan udang
hari ni tak banyak ikan kat pasar tani, psl dh 4-5 hari laut bergelora dan hujan memanjang. dh nak mula musim tengkujuh
kan kelantan dan trengganu dh banjir, mudah-mudahan tak sampai ke johor , kerana dh rasa pengalaman banjir 2 kali selang setahun kat kt ni.
tadi mrs masak sambal udang + petai
ngap2 je lah, lps ngap dan zohor, biasalah mata kuyu semacam, mana perut tak naik, lps mkn tidur. tapi bukan selalu mcm tu keh,keh,keh
ok uncle, have a nice day
Dear NAS.
I wonder, did you get the attachment in the e-mail that I sent? Please let me know because that project tu actually Uncle stop kejap sebab tunggu reply from you.
Part rugby tu actually mungkin Yuya will be good because he has the sense..and quick reflect. Very alert too!
Dear ML.
Ni yang Uncle dok susah hati ni..Tahundepan dia UPSR, Uncle tak ada, aunty pulak kerja...sapa nak tengokkan dia nanti masa belajar...actually Uncle tengah berbelah bagi ni....KL ka Mekah?
Dear Rezeki.
Alamak...bestnya...selalu on Saturday/Sunday, Uncle akan keluar breakfast with the whole family. Lepas tu aunty terus pergi pasar sementara kami dok horey2....anyway, jangan terlebih makan yea! Have a blissful Sunday!
salam..
makkah ler unkel.. ambik cuti sebualn @ 2 bulan sblm abg exam...
insyaallah abg boleh bahagikan masa dia.. abg pasti boleh tumpukan pada pelajaran... berdoa banyak..
tiba2 hati rasa sayu (-_-)
Dear ML.
Ni tengah pikir la ni....mama Uncle pun tak sihat...alahai...pikir...pikir...pikir....pi.....pi.....pi.....
salam uncle...
uncle yg gambar 1st tu abang ke?nmpk lain lah uncle...
bestnya marina berenang...
mcmana exam abang dgn yuya??dah boleh horreey hooreyylah mereka yer??
uncle nak blk kerja kt kl ker??
dah tak lama lg kan uncle akan berada dlm bisness class jeddah kl...betoikan ton cakap masa berlalu so fast...hehe
Dear Ton.
Memang abang dah nampak lain sangat bila dah besar sikit ni. Depa memang suka berenang dan Marina selalunya akan menangis kalau suruh dia keluar.
Part nak balik KL tu tak tahulah lagi. Berat jugak nak tinggalkan Mekah ni...tapi on the other hand, berat jugak nak tinggalkan family!
Catat Ulasan