(budak ni lain kerja takde, cuma balut limau!)
(fruit cake aku sebelum dipotong dan di icing kan..)
(orange aku pulak sampai..)
(tempat aku main jengket-jengket kat lobby pagi tadi..)
Hari ni aku masih lagi sempat minum kopi, minum teyy, horey-horey, main galah panjang dan lari jengket-jengket kat lobby. Kebanyakkan guest aku masih lagi berada di Mina. Cuma sebilangan sahaja yang mampu balik ke hotel untuk beristirehat. Penat sungguh depa kata. Tahun lepas aku kata...tahun ni depa kata...heh3...walau macamanapun kepada yang mampu physical dan mental silalah kesini. Aku syorkan buatlah dari sekarang...sementara kederat masih ada..
Aku turun ke bawah dan berjalan kat luar sekejap tadi. Cuaca telah agak dingin. Orang masih bersesak kat luar nak ke Haram manakala lepas sembahyang maghrib pulak, berlaku traffic jam yang amat dahsyat...semua berlumba-lumba ke Mina. Ramai jemaah yang complaint kat aku pagi tadi masa breakfast yang pengangkutan disini macam tahun 1940-an. Yang tu memang aku setuju sangat. Sangat tidak teratur dan menyesakkan nafas. Ala-ala Puduraya tahun 80-an (masa aku beratur nak ke seremban naik sks RM2.70).
Tadi tiba-tiba aunty hantar sms kat aku. Dia cakap dia tengok cerita Face Off kat rumah dengan abang. Dia teringat yang kami tengok cerita tu masa dia mengandungkan abang hampir 12 tahun yang lalu...John Travolta berlakon lagi...heh3...aku terkejut sebab teringat yang aku dah kahwin selama 12 tahun! Rasa macam tak sampai setahun...heh3...abang pun dah nak masuk 12 tahun...yuya dah nak masuk 9 tahun...dan marina nak masuk 4 tahun....aku pulak dah nak masuk 42 tahun...mak aii...berapa lama aku boleh bertahan ni?
Aku tak sabar nak balik KL. Yang pentingnya aku dapat jumpa family aku. Yang keduanya aku dapat jumpa kawan-kawan penyamun aku dulu...aku dapat message yang reunion akan diadakan pada 26hb Disember di Putrajaya. Tarikh dan tempat yang sama macam tahun lepas. Masyallah..dah setahun ke? Ingat tak gambar dalam entry yang aku ambik dulu masa kami kat atas jambatan putrajaya tu? Tu lah tarikh 26/12/08....dan next reunion pulak pada 26/12/09....whoohooo biar betul dah setahun ni?
Lepas tu apa yang aku looking forward lagi? Melepak dengan anak-anak sempena musim cuti sekolah...horey...yak-yak yay! Pagi hantar aunty pergi kerja....lepas tu kami boleh ronda satu kl jalan-jalan sambil berpimpin tangan sambil skipping kat Kampung Baru...lepas tu makan-makan....lepas tu golek-golek kat depan tv main game, lepas tu boleh swimming sama-sama...lepas tu makan lagi...lepas tu tidur sekejap sambil marina tidur kat atas lengan aku...bliss....cium rambut dia yang sikit masam tu...heh3...bangun dari tidur, siap-siap ambik aunty lagi...balik rumah singgah kat ampang point beli dvd...masak, makan, baring depan tv tengok dvd...horey!
Weekend jalan jauh sikit...mandi sungai...mandi pool....kayuh basikal, main badminton, main touch rugby dengan anak-anak...then, apa lagi? Jangan aku sakit belakang sebab main rugby sudah! Heh3...
Esok apa jadi? Esok mimpi ngeri akan bermula lagi. Breakfast mungkin tak berapa busy lagi. Dalam lingkungan 500 orang nak makan. Then lunch pun mungkin dalam jumlah yang serupa. Tapi dinner? Heh3...dinner aku mula mendapat lebih kurang 1000 orang sekali lagi....khemah kenduri kahwin aku akan pasang balik...macam tulah seterusnya sampai 15 zulhijjah. Lepas dari tarikh keramat tu, aku mula kembali santai sampailah ketarikh 8 zulhijjah yang mana last group akan check out. Jadi sementara nak tunggu sampai esok, baik aku rehat dan tarik napas secukupnya sebelum aku tercungap-cungap nanti...heh3....selamat bercuti lagi yea....kepada yang nak pergi pasar tani beli ikan, aku pun dah tak terkira, si Rezeki dah berapa kali cerita kat aku dia pergi pasar tani. Bila dia cakap pergi PT, baru aku teringat yang hari tu hari Ahad! Heh3.....sekali lagi selamat berhari minggu....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, November 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
26 ulasan:
uncle,
lepas saya post semalam, saya baca tahun 2007... baru lah saya tahu yang semuanya bermula di konsert zainal... hehehe....
mamat afrika yang balut limau tu dari negara mana?
salam uncle...
morning......uncle..mesti tak sabar nk blk kl dah ni...hehe...
selalunya menu apa yg uncle masakkan utk aunty,marina,yuya dan abg???
Yooo Uncle dear,
Wahh tak lama lagi uncle dah nak hip hip horey yaa balik KL:))
Take care and happy weekend!
Salam dari Phoenix, Arizona
NR
Dear NR.
Lama tak dengar cerita yea...sekali sekala saja nampak NR. Mungkin sibuk ni...yes..memang tak sabar nak balik horey2...
Dear Ton.
Uncle nak makan japanese food dan selalunya aunty yang masakkan...kadang2 pembantu yang buat. Dia pun dah pandai buat miso soup...heh3...
Dear Edi.
Kenal aunty memang dah lama dah...sekarang edi dah tahu sejarah dia yea...heh3...
Mamat tu budak Nigeria yang duduk dah lama kat sini...tu casual staff Uncle. Cuma untuk haji saja..
salam uncle,
dr cite uncle, mesti dh tak sabar nk balik kl jumpa keluarga , dh tak lama lagi kan, kalau tak salah uncle balik on 25 dis he he he
saya pun baru spi kt , dr kl umah mertua ke muar umak mak , pagi tadi sempat menziarahi pusara ayah, diam2 tak diam dh 19 tahun ayah meninggal.
hari ni pasar tani tutup psl raya
tapi stok minggu lps beli banyak dan seminggu kami takde di rumah
betul kata uncle, kalau nk tunaikan haji masih mudalah dan kudrat masih kuat , yg lain serahkan pada Allah SWT, mmg memerlukan fizikal dan mental yg kuat
sekarang tgh live French Union , All Black vs France ke Marseile,
Tgk mereka buat tarian Haka , mcm uncle pun ada kat tgh2 tu, tapi masa uncle mudalah he he he
Dear Rezeki.
Mungkin Uncle akan balik lebih awal dari tarikh tu. Tengah tunggu confirmation from MAS sebab ramai sangat nak balik lepas haji..MAS cakap please be there 3 hours before..
Ayah Uncle pun lebih kurang macam tu jugak. Dah lama tapi masih terbayang arwah ayah lagi...
Rasanya depa agak tersalah strategy tu...
Alhamdulillah Uncle dapat tunaikan haji tahun lepas dalam umur 40 tahun...life begins at 40...that's a kind of "hijrah" for me...
Rugby lagi? All Blacks tu tengok kat "standoff" baru dia. Young and has a bright future as one of the best... macam Uncle dulu tahun 84-89...heh3..."Hall Of Fame!"
salam uncle...
bestnya dah nk blk kl..nti boleh main jengket jengket dgn marina kat rumah...
teringat pula kat miso pula.....ton suka miso shiru dgn makizushi ..dorayakipun best...mkn panas panas....
uncle,
cuti berapa lama? boleh lah kita jumpa nanti,insya-allah.....
fb tu uncle belum reject lagi sebab saya dapat message awaiting approval...
Dear Ton.
Sapa yang tak happy kalau nak balik jumpa family? Perasaan tu macam masa uncle form 1 nak balik cuti sekolah naik keretapi dari seremban sampai kl tukar train ke butterworth dan sampai esok pagi pukul 7! Heh3...
Miso soup memang sedap dan menyihatkan badan. Senang nak buat sebab paste dah ada dijual...
Dear Edi.
Uncle akan bercuti for almost 2 months....dan of course we can meet up sometime someday...
On the FB pulak, i'll have a look again when I go back to my room this evening.
bila balik kl nanti, bawaklah anak uncle pergi kota kinabalu... saya baru balik dari sana 2 minggu lepas....
Dear Edi.
InsyAllah never thought of going there...maybe I should...will definitely enjoy the holiday with my beloved!
salam uncle...
ton dapat rasai mcmana yg uncle rasai sekarang..counting days....hehehe....
jom turun penang...
bln februari ni ton dah nak pi sambung belajar kat us uncle..
Dear Ton.
Uncle confuse. Ton dok Penang ka Pereleh? InsyAllah Penang tu Uncle akan sampai jugak satu hari nanti bila balik cuti.
La...Ton nak pi US buat apa? Cheq nak sambung belajaq apa? Kalau sambung belajaq bagueh la pasai belajaq ni tak pernahnya habeh!
salam uncle..
nk pi sat ja uncle..
syokkan blk png...nti klu uncle & family blk png bgtaulah..teringin nk jmp aunty..
marina mau tak kawan dgn org yg dia tak kenal???(aunty tonla)
salam Uncle...dah sampai KL ko?
wah best balik Kampong ni.................
uncle gather2 nanti erk
Dear Dila.
Uncle sekarang masih lagi berangan ada kat KL. Ni dok Mekah lagi la....InsyAllah Uncle akan cari masa untuk berjumpa....
Dear Ton.
Balik kampung memang seronok. Tempat jatuh lagikan dikenang....
salam uncle,
alhamdulillah, saya pun sama mcm uncle, menjadi tetamu Allah sebelum umur 40 dan genap 40 tahun di Tanah suci Makkah, lagi beberapa hari ni nk masuk 42 tahun dah keh,keh,keh
tadi lepas saya tgk rugby , masuk second half all black leading 22 -12 , lps tu rugby tgk saya kek,keh,keh
seminggu ni tak brp sihatlah uncle, batuk masih tak baik, mcm org pegi makkah pulak, tu yg terkenang kalau kat MH, batuk bersahut-sahutan mcm ayam berkokok di pagi hari
sini cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas, badan dh "season" keh,keh,keh
mengikut berita, jemaah kena stay another 10-15 days krn kerajaan arab hanya benarkan 4 penerbangan saja bagi sesebuah negara berlepas pulang utk elak kesesakan di aipot,
dasar mrk mmg cepat boleh berubah , tak boleh nk jangka
kalau begitu, MH akan terus meriah dgn jemaah, tapi selalunya dia punya "sun" dh kurang psl kemuncak haji dh tamat, mulalah depa teringat kg halaman
2-3 hari nie asyik tengok astro oasis sebab ada liputan di mekah dan mina. hati saya meronta untuk berada di mekah... lebih-lebih asyik tgk yang uncle tangkap tu.....
Dear Rezeki.
Memang kita dua bernasib baik sebab terpanggil untuk buat haji diusia yang masih muda (kalau boleh dipanggil muda)
Bila rezeki tak sihat, Uncle pon tiba2 jadi seram sejuk ni. Dah start demam pulak...tadi dah makan panadol 2 bijik..tengok malam ni apa jadi...
Dear Edi.
Kalau dah mula teringat nak datang tu insyAllah tak lama lagi lah tu...memang malam ni mekah dah penuh sesak sebab semua orang dah balik dari mina..
salam...
dear unkel... dok menghintung hari yer unkel.. insyaallah dah tak lama dah nak balik tu,,,, nanti jemput ke kelantan...
to kak olive
dah lama akak tak masuk blog azie
Dear ML.
Memang dok menghitung hari sambil nyanyi lagu Kris Dayanti....sambil tu dok skipping kat jalan ajyad...heh3...
Catat Ulasan