Sabtu, November 14, 2009

Mulanya Disini Part 10

(masa dating dengan budak jepun tahun lepas..)

(kakak aku punya suami punya adik-beradik datang umrah dulu, duduk kat hotel najd. baru rtahu hotel tu...kalau tidak...)

(aku tak sabar nak cubit pipi budak ni)

(teringin nak buat macam pullman ni kat rumah aku nanti)

(bersama penyamun-penyamun sebelum sembahyang jumaat)

Amboi...lega sikit hari ni. Bukan pasal apa, guests aku dah kurang sikit 3-4 hari ni. Sampailah 29 Zulqaedah nanti...heh3...pada yang terkebil-kebil mata dan fikiran nak tukarkan pada gregorian calendar, padan muka...tulah dulu ustad mengajar, tak nak dengar...yang tahu cuma Ramadan dengan Syawal yea....pulas telinga nanti baru tahu! Alamak, bunyi dah macam Ustad Supian lagilah....heh3...jadi dalam 3-4 hari ni sempatlah aku gosok gigi!

Berbalik kepada cerita "Mitos" aku yang macam semalam tu. Tiap-tiap kali kelas Finance, aku mulalah naik mengantuk...dia debit sana...dia kredit sini....dia pi simpan duit kat sana....dia pi simpan duit kat sini....ish....apasal susah sangat nih? Arwah nenek aku dulu simpan duit dalam tin "cream crackers" tak payah pakai buku pun....Dalam dok blurr tu, aku angkat tangan kat Mr. Hains. Dia tanya aku nak pergi mana pulak? Aku cakap nak hisap rokok sekejap. Yang bestnya (eh, best ke?)kat situ, kalau nak hisap rokok, duduk saja kat luar tepi tingkap. Sambil menenggek kat tepi tingkap sambil dok tengok dan dengar Mr. Hains mengajar...macam tu pun ada....mula-mula aku keluar....lepas aku, Karin keluar....lepas tu Marco keluar....last-last dalam kelas cuma tinggal 15 orang sebab 6 orang lagi tengah bertenggek kat tingkap belah luar!

Satu lagi lecturer maths aku, nama Dr Ali. Suka sangat duduk kat depan aku. Aku tanya dia pasal apa suka duduk kat depan aku? Dr. Ali cakap dia nak suruh reccommend marrrrka sorang kat dia...Pergh, biar betul Dr Ali ni...part reccommend-reccommend ni aku kurang sikit. Nanti jadi apa-apa, sapa nak jawab! Tapi aku drama jugak kat dia cakap ada sorang "gadis melayu terakhir" dok tunggu-tunggu "prince charming" dia. Dr Ali punya happy.....bila Dr Ali dah happy, penyamun lagilah happy...penyamun happy bukan pasal apa, Maths dapat 81%......tu dah kira sejarah dunia tu....kalau kat sekolah dulu maths, kawan aku budak set A yang tolong buatkan (selit celah dinding sebab dinding papan, yang boleh lipat-lipat tu..)...errr...in fact budak yang tolong buat add maths aku dulu tu nak datang haji minggu depan...heh3...kalau aku terjumpa si Raden Azlane Tukimin tu, aku ambik gambar dia, ok?

Ada sorang lagi lecturer aku nama dia Karim Arifin. Karim mengajar French kat kelas aku. Punyalah baik nak mampus...bapak orang KL tapi mak orang suisse. Malangnya dia baru meninggal beberapa tahun lepas sebab cancer. Gila moto besar ni si Karim ni walaupun dia sendiri tak lah besar tara mana! Ada lagi sorang pulak, nama dia Madame Vicari. Pun mengajar aku French. Pergh...kalau tengok dari belakang, memang sah mengerikan...rambut punyalah panjang...ala-ala Jane Austen punya cerita Madame Vicari ni. Klasik habis....Kalau dia boring dengan penyamun-penyamun semua, selamba je dia keluar tepi kelas (kelas ada corridor dan mengadap Lac Leman) terus hisap rokok...aku pun masa tu selalu jugak lah light kan cigarette dia....ala-ala gentleman gitu....Madame Vicari ni gila kucing. Kadang-kadang aku confuse samada kat jacket dia tu actually rambut dia ka bulu kucing! Heh3...

Front Office Manager masa tu nama Lopez. Kepala botak dan pakai glasses. Muka serious tapi kelakar nak mampus! Kalau aku kena duty dengan dia, aku punyalah susah hati. Bukan susah hati pasal apa, pasal si Lopez ni kalau partner dengan aku on duty, selalu dia belah balik bilik tidur...sebab dia cakap, "Ali, I know you can handle alone!" Mak aiii...haru-biru aku jadinya, mana tak nya, nak jawab talipon in French...tergeliat lidah aku...nasib baik French, kalau German ka, Italian ka? Ada satu hari tu aku ada baca dalam FB budak-budak Cesar Ritz dan alumni mag, depa kata Lopez dah jadi "buddhist monk" dan la ni duduk kat Tibet! Wooooo, biar betul kawan-kawan aku ni! Heh3...

Mrs Waals ni pulak, husband dia pun Director of School jugak. Misai melenting! Kalau masuk kelas, lain dia tak pegang...dok belek misai kucing dia...ngeri tengok. Suara punyalah kuat! Kalau jerit dari ground floor, merudum budak-budak lari keluar bilik masuk kelas...aku kat toilet bilik di tingkat 3 pun lari sama! Ada sekali satu malam, lepas handle function, aku dengan penyamun lain duduk melepak kat koridor bilik yang mengadap lake tu. Sambil minum-minum. Aku minum air kotak...bila dah malam tu kami pun cakap good night la nak tidur. Semua penyamun nak balik bilik masing-masing...masa nak masuk dalam bilik, si Marco budak Portugal tu dah baling air kotak dia ke bawah...pedepap naik atas kepala Mr. Fracheboud! Hari-biru kami lari. Dari bawah dia dah jerit. Aku kalut tutup lampu. Alamak....bila tutup lampu, dia perasanlah yang tu bilik aku..terus dia talipon suruh aku turun kat reception. Aku kena marah macam dok kena dengan warden dulu tahun 84/85....esoknya semua kena mengadap Mr. Waals kat office dia...heh3...

Seronok sungguh bila kenang-kenangkan balik cerita tu semua. Pada adik-adik yang teringin nak belajar dan teringin nak tahu the real hospitality, silalah pergi kesana belajar. Memang fun....tak boleh dapat kat tempat lain. Kawan-kawan aku la ni ramai yang dah tersangatlah berjaya...ada yang jadi Head of Department, ada yang jadi GM, ada yang jadi Regional Directors dan macam-macam lagi. Yang seronok tu kami masih lagi keep in touch...jadi pada adik-adik, Uncle tak banyak nak bagi pengajaran pada hari ni. Tapi adik-adik semua bolehlah google ke www.cesarritz.com, bila dah masuk page tu, sila click ke alumni dan tengok pencapaian kawan-kawan Uncle semua...bacalah dan download kan newsletters yang diterbitkan every quarterly dan baca sendiri...semoga adik-adik akan mendapat pedoman career dan selamilah pengalaman depa tu semua! Enjoy reading!

24 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

alhamdulillah, spt biasa cite uncle mmg menarik, pengalaman semasa muda belia kat perantauan.

bila dikenang, mmg byk jasa guru2 kita dalam mendidik kita.

masa tu kat sana, rokok apa yg dijual ?

rasa2nya sekrg dh takde jenama rokok tu lagi keh,keh,keh

sekrg kebanyakan rakan2 uncle dan uncle sendiri telah berjaya dlm karier masing2.

ok, uncle kjp lagi rutin hari minggu, nak cari ikan,nk cari ikan,nak cari ikan , stok utk seminggu kat pasar tani

have a nice day

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

salam ankel,

saya sudah mula passionate terhadap kerjaya yang saya ceburi ala-ala serious ini. Ditambah dengan kata2 motivasi dari ankel yang macam kena jer dengan laluan yang saya hadapi hari ini menjadikan saya berminat untuk terus bekerja. Hasilnya, semalam (walaupun masuk pukul 8.30am) saya telah bekerja selama 13 jam. Iaitu dari 8.30am sehingga 9.33pm. Tapi di kotak punch kad hanya 10 jam sahaja saya letak. Yang lain kira halal jer. 11 pm sampai rumah, tidur sat dan bangun balik pukul 3 ni sebab duk terpikir kerja yang bertimbun pagi ini.sesambil layan belog motivasi. Amacam? ada perubahan tak? hahahaha. Terima kasih atas 'role-model' yang ditunjukkan.

p.s : esok astro oasis nak datang around 7 am gitu. jom pekena teyyy!~
tadi bz sampai takleh pekena teyy skali. huh!

olive oyl berkata...

salam uncle,

kalau Kabir Bhatia buat drama cerita uncle ni..mesti beat nur kasih.watak uncle leh bg kat remy ishak..aunty irma hasmie..

comelnya marina pakai topi..uncle dgn aunty secocok..bagai apple di belah 2..

dah buka website tu tp bila klik kat alumni dia jem..

olive oyl berkata...

dah buka dah uncle website tu..kagumlah ton dgn uncle... dapat mengaji kat sini.....

tp ada org tukan uncle.. dok frust tk dpt jd teller kat BSN ..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Rasanya baru 2-3 hari lepas kita dok bercerita pasal ikan kat Pasar Tani. Tengok-tengok dah pergi cari ikan lagi! Kellasss!

Cerita Uncle di Suisse tu masih terbayang kat ruang mata. Rasa dekat sangat. Mungkin sebab Uncle enjoy apa yang Uncle buat kot...sebab tu masih teringat..

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Cari didalam diri apa yang Lotfi suka buat selama 30 atau 40 tahun akan datang. Ramai orang yang tak ada hala tuju. Semua dia nak rebut. Buat satu, concentrate dan jadikan sebagai teras pendapatan ataupun kerjaya. Yang lain2 tu cuma sampingan tambahan pendapatan tapi pastikan yang teras tadi tak terganggu oleh sampingan itu.

Uncle berkata...

Dear Ton.
KB? Amboi menarik sungguh! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Ooo dah bukak baca website tu? Tengok kat alumni tu? Nanti Uncle bukak dan cari penyamun2 kat situ dan cerita...

Pasal BSN tu (i'm sure her name is Natrah). Dia tu Boss Besar BSN. Dah pencen. Ada sekali dia datang ke Sagano (japanese rest kat renaissance kl) dan Uncle approached dia, tanya lagi sekali. "Puan dulu saya apply BSN Teller apasal tak dapat?"

rezeki berkata...

salam uncle,

tadi kat psr tani mcm2 ikan ada, banyak dan fresh psl yg jual tu tokeynya ada bot sendiri kat kuala sedili. Ikan merah ada, kerapu ada,kurau ada , parang dll

mcm biasa, hari ni mrs msk asam pedas daum kesom ikan sembilan
lawan dgn ikan masin bulu ayam dan sayur bayam keh,keh,keh

mau kalau timbang hari naik 1/2 kg keh,keh,keh

olive oyl berkata...

salam uncle..
laa uncle...pastu puan natrah cakap apa uncle??dia tak terkejut ka?hahahaha...


kat sini banjir..syok uncle..td pagi ton bawa keluar bike dari stor pastu kayuh main ayaq..syok sungguh

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Jangan jelez yea...Pagi ni Uncle timbang dah jadi 74.3kg!!!! Yay...dah macam 20 tahun dulu dah...confirmed!

Malam tadi Uncle tengok youtube rugby Fiji dengan Tonga...terbayang macam dok main dengan All Blacks dulu!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Oooo nak tao jugak yea...then Puan Natrah kata, "kalau dari dulu I tahu pasal you, dah lama I ambik you kerja dengan I..." kami sama-sama gelak...then Uncle bagi dia extra "chawan mushi".....heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle...
haha...mestilaa nak tau..uncle cerita tergantung....
hahaaa.....rugi puan natrah tk ambik uncle kheja...
rasanya klu uncle keja kt BSN...lani mesti uncle dah jd bigg boss juga..


dgr kata..ramai org malaysia dok apply kheja dgn bank al jazira di jeddah....

Uncle berkata...

Dear Ton.
Saja bagi tergantung supaya lebih suspense cerita dia..tapi kalau UNcle kheja kat BSN tu, silap2 BSN pon bankrap...heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle

la uncle..takkan bankrup punya...tp rasanya kan klu uncle kerja dgn BSN dulu... lani BSN mesti dah tukar nama jd BSA(Bank Shahir Ali)

arini samir tak bawa gi jalan jalan ke???

Uncle berkata...

Dear Ton.
La ni cuti dah takdak ni. Kami semua dok kheja la ni...5 minggu tak cuti...

catz berkata...

cunnya awek jepun dan cutenya awek yg nak dicubit tu....
cute banget..
pinjam.....err..seminggu..
ihiks..

catz,
live from brunei.

nas09 berkata...

uncle, baru je trgt nak tny, tak dak ke astro oasis nak shoot dlm hotel uncle, nk tgk. tu lotfi dah bgtau. nnt maklumkan la bila nk keluar kat tv. boleh tgk uncle live..sy punya follow blog nih, smpi kat ofis siap suruh kwn2 masuk utk tujuan memotivasikan diri

Uncle berkata...

Dear Catz.
Lah...ada kat mana pulak nih? Jalan sungguh aih....

Uncle berkata...

Dear Nas 09.
Rasanya depa dah shoot kat DSaji kot pagi tadi...bila siaran tak tahulah pulak...memang Lotfi ada bagitahu semalam..

Asnija berkata...

Salam Uncle,
Tadi try buka website tu, tapi asyik tak dapat je...nanti nak try lagi...
Wah...mengaji sampai ke luar negeri, biasiswa penuh pulak tu...nasib tak dapat kerja kat BSN...syukur sungguh dengan aturan Allah ni kan...

Uncle berkata...

Dear Asnija.
La...macamana buleh tak dapat? Cuba try lagi sekali.....ada tu...mungkin Mr. Lopez pun ada kat situ! Heh3...

ms.legolas berkata...

Hi Uncle,
best nya cite uncle kat swiss..
mmg ms.L tunggu2 kisah uncle kat sn.. kiranya brp thn uncle kat sn ye?

tp yg ms.L paling bangga dgn uncle,
walaupun dah pi jauh sampai swiss masih tetap setia pada yg satu.. cuti pun balik jepun ye..

ok uncle teruskan menulis , cite uncle mmg byk memberi pengajaran n semangat...rugi siapa yg tak bc..

rgds.

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Memang seronok kat sana....Uncle ada kat sana tak lah lama, ada lah a few years...sempat belajar, kerja dan mengajar balik kat sekolah yang sama..

Aunty tak perlu risau part tu...Uncle tetap macam dulu jugak walaupun rambut dah putih melepak..heh3....dulu sebelum kahwin kan dok janji macam2....masa nilah nak kotakan balik! InsyAllah..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...