Isnin, November 16, 2009

Mulanya Disini Part 12

(pandangan dalam tingkap bilik - reflection dari tngkap bilik aku)

(orang dah start jalan ke haram untuk zohor walaupun baru 10 pagi)

(atas bumbung)

(semangat ke haram)

(satu lagi pandangan sisi)

Aku kembali lagi macam biasa dengan cerita suka-duka aku yang selalunya lebih duka dari suka...heh3...lepas aku agak-agak dah nak habis belajar, result pun dah dapat, cuma tunggu nak ambik sekeping kertas tu saja kat atas stage, aku ada buat permohonan sekali lagi kat HQ semoga dipertimbangkan permohonan aku untuk ke US pulak. Aku cuba dapatkan list-list universiti yang diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran dan aku dapat banyak balasan...pergh...kira qualified la tuh! Ni kalau Cikgu Muhardi tahu aku nak ke US masa tu.....mahu dia tampar dahi sambil geleng-geleng tak pun hantuk kepala kat dinding bilik guru sambil pikir "macamanalah penyamun ni boleh dapat?". Aku yang sentiasa kembang hidung (pensel boleh masuk!) pun hantar transcript aku kasi depa tengok. Lepas check sana check sini, Washington dah approve kemasukkan aku kesana. Horey....aku happy....yak-yak yay! Dalam diam aku pun buat persiapan untuk terus masuk ke sana dari suisse. Masa tu aku tengah kerja kat Geneva. Wui...punyalah sejuk Geneva tuh...rasa macam nak pergi kerja pakai kain selimut!

Ada sekali aku buat panggilan talipon ke HQ dan bertanyakan samada permohonan aku dah masuk BOD Meeting ke belum? Depa kata sudah dan baru habis tapi keputusan belum muktamad lagi...fuh...suspense gila aku...lepas 2 minggu aku bangun tengah-tengah malam dan jalan keluar ke phone booth tepi bus stop.Duit syiling penuh semua poket. Aku risau jugak takut-takut masa dok jalan tu, police depa buat spot-check mampus aku...apa nak jawab? Dah lah after midnight, duit syiling penuh semua poket pulak tu! Memang sah penyamun ni pergi menyamun kat "convenient store" ataupun korek phone booth ni...takpa-takpa...niat aku bersih walaupun "suci dalam debu!" Pelan-pelan aku masukkan tangan kat dalam poket. Kereching-kereching bunyi dia. Semua coin Sfr5. Patut berat aku pagi tu naik 2.5 kilo! Aku dial nombor ajaib tu, Ada suara dihujung talian. Dalam hati aku dok kata, "cepatlah-cepatlah...duit nak habis nih..". Panggilan aku disambungkan kepada "orang besar" yang aku nak bercakap sangat tu. Aku bagi salam sebagai tanda hormat. Dia jawab. Tak sempat aku nak cakap apa-apa, dia dah tanya aku dulu...ni pukul berapa ni? Aku cakap after midnight dan aku tengah menggeletar sejuk kat dalam phone booth dengan temperature dah minus 5 kalau tak salah aku...dii hujung talian aku dengar dia tergelak sikit. Aku lega....

Perbualan singkat terus aku focus kan ke soalan aku. Lama dia diam...last sekali dia cakap kat aku, "Shahrir, I want you to come back!" Pergh...satu jawapan yang aku rasa paling syahdu pernah aku dengar....macam petir pun ada jugak...dalam duit balance tinggal Sfr25, aku cuba merayu macam lagu Rahim Maarof tapi jawapan yang aku dapat masih lagi....."jangan kauuuuu rayuuuuuu, jangan kauuuuuu rayuuuuuuu, tak guna merayuuuuu, aku bukanlah......alat...........woh...........". By the way, ada aku cerita dulu yang adik si Rahim Maarof tu pernah kerja dengan aku dulu-dulu. Nama dia Rahman Maarof! Sungguh aih, tak tipu! Suara pun sebijik macam abang dia...malam-malam selalu buat s/w bagi aku makan masa aku dok study french untuk exam kat dalam bar Paya Serai tu!

Berbalik pada episod "White Onion Red Onion" tu, aku tergamam. Sambil tangan digenggam erat dan menumbuk-numbuk manja cermin phone booth di tengah-tengah malam buta! Dia ada explain kat aku pasal apa depa nak aku balik dan aku tersangat faham dan menghormati keputusan depa. Dia bagitahu suruh aku tunggu surat dan tiket untuk aku balik. Longlai aturan kaki aku naik lif ke tingkat 6.....sedih sungguh aku....aku teringin nak pergi US sebab kakak aku sorang kat Boston...sorang lagi kat Connecticut....dan kalau aku kat Washington pulak..pergh...mesti cun punya! Tapi takpa, bukan rezeki aku...aku tekan butang naik ke tingkat 6. Lif terbukak luas.....seluas masa depan aku...heh3...aku pun mula berjalan mengatur tapak menghala kepintu apartment aku. Tangan aku selok masuk dalam poket seluar sebelah kanan...dahi berkerut. Tangan masuk poket kiri...dahi berkerut. Tangan masuk poket belakang...dahi berkerut. Tangan masuk dalam poket jacket aku....dahi berkerut..oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk kunci rumah tinggal kat dalam phone booth..............

Adik-adik....setiap apa yang Uncle cerita, adik-adik baca betul-betul. Bukan ada binatang tersembunyi kat dalam tu tapi ada maksud yang tersembunyi...adik-adik kena tahu yang perjalanan hidup kita tak sentiasanya lurus. Kadang-kadang bengkang-bengkok macam lalu kat Bukit Putus nak pergi Pilah tu...tapi Uncle nak adik-adik semua bersyukur. Pada waktu dan ketika itu, Uncle ada sedikit tamak. Selepas dihantar ke Suisse, Uncle nak ke US pulak. Tapi kalau depa hantar ke US, entah apa pulak yang Uncle nak nanti. Jadi adik-adik jangan jadi macam Uncle yea...bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kemudian dilain waktu, sambung balik berusaha.

Jangan lupa ucapkan terimakasih kepada yang membantu kita. Jangan lupa jasa depa. Bila balik, bagilah courtesy call sebagai syarat bertanya khabar. Tapi mesti ikhlas dan jangan dibuat-buat...dalam hal adik-adik yang masih muda remaja, Uncle nak cakapkan courtesy call tu seumpama kita menalipon mak-bapak kita untuk bertanya khabar. Orang tua kita mesti seronok dengar suara kita bertanya khabar pasal kesihatan depa.

Errr, by the way, kunci yang aku tinggal tu masih ada kat atas talipon dalam phone booth tu...heh3...

18 ulasan:

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle. 7:30 pagi Mak Aji dah on PC nak baca perjalanan hidup uncle. Betul kata uncle bersyukur dengan apa yang kita ada. Berusaha dan terus berusaha untuk terus melangkah ke depan. Uncle tak dapat gi US hanya Allah saja yang tahu hikmahnya. Mungkin salah satu hikmahnya, uncle dapat kerja kat Madinah Makkah, MasyAllahhhh. Sentiasa dekat diri dengan Allah.

*** Teringat Makkah - 1998 hotel Mak Aji kat Abraj Al Khuzammah Ajyad. 2005 kat Dar Al Ghazzah (depan Masjid Kucing). 2007 kat Pondok Farrah (sebelah Sofitel). Dah roboh dah semuanya. Next, doakan Mak Aji ye dapat gi sana lagi.

rezeki berkata...

salam uncle,

mmg jadi lumrah manusia,kadang2 kita lupa dan tamak dan nak lagi dan nak lagi dan nak lagi
tapi bila kita tersedar, alhamdulillah, apa yang ada didepan kita

mmg courtesy call tu sangat penting, kadang2 bukan apa sekadar bertanya khabar dan berbual pendek. budaya ni telah lama diamalkan oleh kaum cina yang menjalankan perniagaan .Kadang2 towkeynya sendiri call bila lama tak jumpa

tu yang keciwa punya psl sampai tertinggal kunci
pasti masa tu uncle berjalan pulang ke apartment dengan satu perasaan keciwa yang teramat mendalam

berapa lama uncle kat swiss dulu ?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Poyoooo!! jauh sungguh perjalanan uncle...letih rasa ikut uncle tadi..heh3.
betul apa yg uncle katakan tuh...kena bersyukur di atas kurniaan Ilahi, kena call mak-bapak bila berjauhan...very good advice.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Hotel-hotel macam sofitel tu semua dah tinggal kenangan dah Mak Aji...ramai staff2 sofitel yang ada dengan saya la ni...kalau mak aji tengok muka depa mesti kenal termasuklah Dollah yang dok goreng tempe tu!

Awalnya mak aji bangun..ni mesti lepas subuh terus tak tidur dan terus kemas rumah...Have a good day Mak Aji and thanks for reading!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Malangnya, kita tak nampak kepentingan2 macam tu tapi dari segi business memang panggilan2 tu sangat penting. For business purpose, itu untuk mengekalkan perhubungan jangka masa panjang...

Pada masa tu memang keciwa sangat tapi kembali tersedar yang Uncle dah dapat rezeki kat situ. Mungkin orang lain pulak dapat rezeki ke US tu. Alhamdulillah...

Uncle kat suisse taklah lama tapi alhamdulillah sempatlah habis jalan2...dan habis belajar dan sempat jugak kerja dan mengajar balik kat sekolah tu..

Uncle berkata...

Dear KN.
Taklah jauh mana....saya suka jalan2...tu yang jauh sikit tu...heh3...ada ramai lagi yang jalan jauh dari saya....

KN, you take care...eat well, rest well.....

Mak Aji berkata...

Uncle, Mak Aji masih keja lagi kat Bukit Bintang KL. 6 tahun lagi nak pencen. Singgah le kat laman web pejabat Mak Aji - www.udaholdings.com.my

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Aduh...Mak Aji ni bagi suspense lah..cakap kerja kat Bukit Bintang...saya ingatkan kerja kat Marriott Hotel ka...Millenium Hotel ka....ok nanti saya masuk website Mak Aji..kelllaaassss!

Tanpa Nama berkata...

ni kira cekgu muhardi xdn nk tmpaq dahi+hntuk kapala kt dnding bilik cekgu la ni uncle no.. ahiksss..

btw.. luv ur stories.. full of advices.. a huge thnx fr ur guidance uncle.. cnt wait to meet u in dec..

Laalaa berkata...

salam, betul cakap uncle. Time mak & pak ada. Kena rajin call & tengok-2 depa selalu.

Bila mereka dah tak ada. Semua hanya tinggal kenangan. Macam laalaa sekaranglah, mak & ayah dah tak ada. Rasa sunyi. Hilang tempat mengadu dan bermanja. Memang rindu giler.

Tapi itu yang telah ditetap oleh-Nya.

Uncle berkata...

Dear UP.
Memang sah dia tak dan nak buat...heh3... thanks and keep on reading!

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Pesanan tu Uncle tujukan kepada diri sendiri semestinya!

NSK berkata...

Salam uncle...
Sya suka antara kata2 ending uncle.
Bersyukur dgn apa yg kita ada,then berusaha dkemudian hari plk...
Yg utama peringatan uncle.. Jgn lupa mereka yg berjasa pada kita.. Kenang Budi.
Terima kasih uncle... Mulia manusia kerana budi bahasa..

Uncle berkata...

Dear Nas.

terimaksih Uncle ucapkan kerana suka dengan kata-kata tu. Sekali lagi Nas, apa yang Uncle pesan kan didalam blog Uncle adalah merupakan pesanan kepada diri Uncle sendiri. Uncle takut kepada Allah, Uncle takut kepada sikap riak, Uncle takut kepada sikap sombong dan Uncle takut menjadi takbut. Sama-samalah kita peringat sesama sendiri. Tak semestinya yang muda tak boleh peringatkan yang tua...

Btw, projek kita tu terbengkalai sikit lah...errr after Hajj sikit boleh? Heh3...Ala...sikit jer!

olive oyl berkata...

salam uncle...

sekarang ni mrs walls ada kat mana uncle??
uncle phone booth ni public phone ka uncle??tak faham pasai kunci tu..kunci tu uncle letak kat mana??

Uncle berkata...

Dear Ton.
Lepas Uncle keluar dari situ, kalau tak salah Uncle, dia pun keluar sekali kot dengan volvo cabuk dia...heh3...

Yes public phone dan Uncle tertinggai kat atas phone booth tuh!

catz berkata...

banyak pengajaraan citer uncle ni...
:)

Uncle berkata...

Dear Catz.
I hope I can assist whoever is reading this agar terbuka minda sedikit dan mengarah kepada yang positive...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...