(prawn curry)
(nak pergi haji mesti tak lepas tempat ni)
(appetiser yang appetising!)
(ada lagi appetiser)
(dan lagi...dan lagi...dan lagi...)
Aku sampai KL dengan hati yang cuak. Aku tumpang rumah Kak Anne aku kat DJ. Aku selalu tumpang dia. Dulu masa time sekolah dan aku kehabisan duit pun aku mintak kat dia. One thing pasal Kak Anne aku ni, apa-apa yang aku mintak tak pernah dia tolak. Rumah dia aku buat macam rumah aku sendiri pulak. Anak-anak KA semuanya tengah membesar. Masa KA kat US dulu, anak nombor 2, dia tinggalkan kat Mama, sebab mama dok jaga dari kecik. Memang berat KA nak tinggalkan anak dia. Jadi anak KA yang nombor 2 tu membesar depan mata aku di Penang dan sekarang ni dah pun bekerja.
Masa di KL aku dok melilau rata. Aku tak tahu nak cari kerja macamana. Masa tu ada disko nama Piccadilly kat belakang tu, tepi Atria dan Parkson (formerly known as Kimisawa then Printempts). Aku jalan pergi balik-pergi balik. Masuk Parkson, aku tanya, takada kerja. Then aku melilau lagi pergi Eden. Masuk kat dalam aku dah kecut perut tengok decor yang ala-ala Eric Leong tu. Masa tu Eden memang GRAND habis! Then ada Sparkman Shop....sebelah dia ada kedai nasi ayam hainan yang halal walaupun depa potong ayam kat tepi longkang! Malam tu sambil dok berjalan menyusuri lorong-lorong berliku, aku terrrr masuk kat Piccadilly. Yang aku tahu Piccadilly ni cuma ada kat London. Tapi kalau dah ada kat DJ, kira powerlah tuh...sampai kat tangga aku dengar bunyi music kuat. Aku naik atas dan tengok kat notice board ada tulis..."Live...Fredo and the Flinstones!". Aku selok tangan masuk poket, alamak, duit tak ada, macamana nak bayar cover charge ni? Aku turun balik longlai...kona kanan, jalan terus tepi kedai Nasi Ayam tadi. Lepas satu lorong kecik, aku nampak ada kedai aiskerim! Ada counter kat luar dan ada orang jual aiskrim. Satu scoop RM2.50 kalau tak salah aku. Pergh....mahal gila! Aku jenguk kat pintu kaca, ternampak satu notis...kedai tu nak pakai Cleaner dan Waiter. Walk in interview dengan Supervisor. Malam tu aku pun tanya kat pompuan di counter tadi...pompuan tu cakap, esok pagi datang pukul 11 jumpa Supervisor. Aku happy dalam cuak sebab nak interview kerja kat kedai aiskerim...heh3...malam tu tidur tak lena. Apa aku nak pakai esok? Nak pakai tie ka? Lepas kilat kasut, aku tidur...
Esok pagi tu aku dah bangun awal, siap-siap. KA tanya nak pergi mana? Aku cakap ada interview kedai aiskerim! 11 terpacak aku ada kat dalam kedai. Supervisor nama Lilian. Muka ala-ala Lilian Too. Sungguh, aku tak tipu! Muka garang gila, aku ingat kalau aiskerim keluar freezer, terus cair! Aku isi borang mintak kerja Waiter. Lilian cakap aku tak ada experience, dulu cuma kemas bilik...pergh...tegas tuh! Dia kasi aku kerja cleaner. Aku tanya nak buat apa? Dia cakap macam aku kerja cuci bilik dulu jugak tapi sekarang cuci kedai...laaa.....pulak! Aku tanya, bila boleh start? Lilian cakap sekarang pun boleh...huh? Biar betul Lilian ni...aku cakap esok tak boleh? Hari ni aku pakai tie, takkan pakai tie nak cuci jamban? Heh3...
Esok pagi aku start pukul 9 sebab kedai bukak pukul 10 kalau tak silap aku. Leader aku pagi tu nama Sundram. Baik budak Sundram ni. Aku heran tengok dia...dia heran tengok aku...Sundram tanya apa aku buat kat situ, macam dah lama kenal aku. Aku yang blurr tu cakap aku baru start kerja...lepas seminggu baru aku teringat. La....Sundram ni lah yang dok mesin rumput kat rumah KA hari tu...dan aku lah yang bayar! Sundram ni rajin. Selalu baca buku-buku motivasi. Kalau tak ada kerja, dia ajak aku bersembang dan tengok buku2 dia. Author aku dah lupa (ada nama Da Silva sikit kat belakang nama tu) tapi lepas tu, 3 buku aku baca! Aku jadi rapat dengan Sundram. Yang lain-lain kat dalam kedai tu nama Farah (yang ni NOOR kenal, aku pun terkejut!). Then ada Rogayah. Then Sulaiman, then Bob, then Chin then Syawal dan lain-lain yang aku dah lupa nama. Manager masa tu nama Yan (lelaki, budak Perak).
Kerja aku tiap-tiap hari, collect tub-tub aiskerim yang kosong then tunggu van datang collect untuk hantar ke Federal Hotel. Lepas tu sapu sampah dan mop lantai. Habis mop lantai, aku cuci tingkap pakai suratkhabar lama dengan window spray yang beli kat Parkson untuk cermin kereta! Dah habis semua, aku cuci toilet pulak. Macam-macam aku cuci. Afdlin, Hans Isaac dengan AC semua aku balun! Heh3...gaji aku dah lupa tapi dalam lingkungan RM270-RM400 tak masuk OT.
Dengan duit sebanyak tu, aku kumpulkan sikit demi sikit. Aku nak jadi macam kakak-kakak dan abang-abang aku. Kawan-kawan aku masa tu semua tengah buat AAD lah...KPP lah...AUSMAT lah....aku pulak, AUSCREAM lah....aku tak tahu yang kat DU tepi balai polis tu actually budak-budak KPP dok belajar sebelum sambung belajar...ada sekali tu masa tengah dok scoop icecream, ada penyamun tegur aku..."eh Uncle, apa kau buat kat sini?" Alamak, aku lupa pakai mask.....kalau pakai memang sah dia tak cam aku. Aku terkedu sekejap. Masa tu dia nak sambung belajar pergi UK untuk study Law. Aku terbabas....kami bersembang sekejap sebelum dia balik DU jalan kaki...malam tu sambil dok jalan kaki balik rumah, aku terpikir kat kepala otak yang benak ni...la...sampai bila aku nak macam nih? Dalam dok pikir masalah dunia tu, aku terbabas salah lorong....
Esok pagi aku jumpa sifu aku masa tu. Si Sundram....weekdays jual icecream, off day pagi mesin rumput dan petang jual suratkhabar lama dan botol kosong kat DJ.....dia cakap pelan-pelan kat aku belakang counter fountain tu..."eh Shahrir, banyak cara kalau kita nak berjaya....yang penting, never give up...". Malam tu lepas kerja dan dengan hayunan kaki yang lebih bersemangat supaya tak terbabas lorong, aku teringat kata-kata Sundram.....
Sekali lagi Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta adik-adik sekelian, pelajaran pada hari ini ialah...
1) jangan memilih kerja
2) buat kerja dengan bersungguh-sungguh walaupun kerja cleaner
3) percampuran dengan pelbagai bangsa membuatkan minda kita berkembang
4) bersemangat dalam membuat sesuatu
5) strive hard in whatever you do
6) if there's a will there's always a way...(kata2 lama nih tapi masih boleh diguna pakai lagi. Memang masih relevant)
7) Tak payah pakai tie kalau interview cleaner! Heh3...
Telenovela Sepanyol berbahasa Melayu tunggang-langgang dan bertajuk "La Isla Bonita" ni akan bersambung esok kalaulah aku rajin...heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
34 ulasan:
Salam uncle...
Td lyn jamal abdillah kat auditorium perdana angkasapuri... Mmg mantap.bila baca story yg nie teringat lagu aku penghiburmu.. Jd uncle lbh dr seorg pghibur dlm penceritaan nie.. thanks uncle.
Dear Nas.
Alamak, terlampau tinggi kata-kata Nas tu...Uncle ni apa lah ada, kalau kita jumpa pun, Uncle tetap naik motor pergi jumpa Nas heh3...
Lately memang Uncle minat Jamal...suara dia memang best. Kalau Nas dengar suara Uncle, Nas akan confuse antara Jamal Abdillah Ali dengan Mohd Shahrir Ali...heh3...
mmg incendiary la story uncle..
xsbq nk tgu nxt chpter.. ahiksss..
Dear UP.
Ni dah kena charge nih...hujung tahun dapat royalty...heh3...
salam uncle..
TQ uncle sbb publishkan part 3...baru sudah baca smp habis..
uncle,part 3 diselit dgn element lucu....kalini nak tergelakpun ada..
best cerita uncle,,ada sedih,ada lucu,ada suspen,ada happy..bermain emotion tatkala membacanya ..betul..pandai uncle compose(hehe)
uncle uncle..boleh tak nak tumpang tanya.... takder ke spoiler yg boleh kita download express utk part 4 telenovela "La Isla Bonita" ni..oppss.....
haaaa.. sdh.. chek dok ngaji lg ni..
lgu mana cita.. ahiksss..
Dear Ton.
Alah Ton...bukannya Ton tak besa...biasalah kalau mamu tanjong cerita! Semua carca-marba....macham darrrcha!
uncle tak mamu lg..uncle nana tanjung..
salam uncle
Dear Ton.
I totally forgot about the word "Nana". Heh3.....lama tak dengaq!
klu pompuan aci
aci ton..mak aiii...lawaknya bunyi
Dear UP.
Cepatlah perabih, then mai sini kerja...habeh...
Dear Ton.
Uncle teringat dulu masa kat Penang memang depa panggey marka tu "aci!" Heh3...
uncle doa2 la ek.. da rezeki lh la smpai..
tguuuuu.. ahiksss..
Dear UP.
InsyAllah Uncle sentiasa doakan adik-adik semua. Kesian jugak kat Q tu. Kalau tak mai kreja pon buleh mai umrah apa....kalau mai sorang, dok tang nih pon takpa...katey nyamuk hari tu ada lagi..
berdesup ja smpai stgi.. ahiksss..
mana address skype @ ym uncle ni.. lama dh dok tgu..
Dear UP.
skype ada address ka? Mana nak cari? ni semua aunty punya kerja la nih...rasa2nya skype tuh....shahrirali kot...ada lain lagi ka? Uncle nih jeneh pasang siap...aunty pasang dan siapkan! Heh3...
seb bek la auntie jnis sbaq.. klu dk.. tahwan uncle.. ahiksss..
dh add dh skype..
ok set....
dear uncle,
thrill...uncle boleh tulis buku motivasi lepas ni.
tak sabar nak baca the next part..
uncle,
pagi2 dah buat saya lapar..
duk ngadap nasik goreng masak campak-campak tadi...sambil baca blog ni..puhhh,,,terliur..
teruskan bercerita uncle...cerita uncle sgt menarik utk dikongsi...
bila baca teringat dulu catz pernah keje kat kedai..terserempak kawan2 yg sama2 grad mmg menyorok segan sebab mesti depa akan tanya..keje mana..etc...hiks..malu masa tu..
so selalu larikan diri, tak nak jumpa kawan2....segan.
now pun tah segan nak jumpoa kawan2..ada gath catz tak pernah join..tak tau knp, catz rasa idup org lain best..
baca cerita uncle ni banyak benda saya berfikir.
:)
salam uncle,
jgn pakai tie bila interview cleaner,
ngeh,ngeh,ngeh
itu menunjukkan betapa kita serius dan betul2 nak kan kerja tu, penampilan penting, tapi laa ni saya mmg tak boleh pakai tie psl badan saya dan leher mcm jonah lammu (pemain ragbi NZ tu), buat scrum tu sedap tu keh,keh,keh
mmg falsafah selagi ada kemahuan, pasti ada jalan memberi motivasi kepada kita . Hendak dengan tak nak je
semalam uncle dgn penyamun no 1 tu ronda2 naik motor ke ?
kalau buat drama bersiri agak² sapa nak lakonkan watak uncle ni... (terbayang kisah ni dalam bentuk movie, bestnya!)
Salam Uncle..
Ms.L baru je bc part 1 to part 3 pg ni..kalau bc satu-satu mmg confirm terseksa menunggu.. coz cite uncle mmg best bangat.. ni pun dah tak sabar nk tunggu part 4 n so on..
pengalaman hidup uncle memang menarik dan byk yg blh di jadikan pengajaran..Thanks for sharing those precious memories.
Ms.L pun berharap sgt anak2 Ms.L blh menteladani sifat2 baik dari cite uncle ni terutamanya sifat perihatin,rajin berusaha dan kuat semangat.Tak syak lg mak uncle mesti bangga ada anak cam uncle..
till then..take care.
initial hardship in life helps build one's character. harap adik2 di Makkah sana dapat timba ilmu & pengalaman dengan uncle. May Allah constantly protects you & your family.
Dear KN.
KN masih sempat masak tak? Kalau masih sempat masak, bermakna saya masih tak berjaya mempengaruhi KN. Heh3...
Dear Catz.
Uncle pun pernah lari menyorok dulu. Tapi lama-kelamaan Uncle fikir balik, sampai bila? Finally Uncle beranikan diri untuk attend gathering dsbnya dan dari situ Uncle belajar banyak dari kawan2 semua. Moral is, berani!
Dear Rezeki.
Semalam Samir bawak naik kereta dia. Kami sekali lagi pergi Arafah, Mina, Hira', Mudzalifah, Thur dan Jabal Rahmah...Orang dah ramai...tapi sedih tengok bila depa berdoa dan bersembahyang kat tempat2 tu semua...untuk kita, tak payahlah......(this is strictly my own personal opinion)
Dear KOG.
Untuk melakonkan watak ni, kita kena cari yang penuh penghayatan...maka, Uncle cadangkan Leonardo de Caprio, ataupun Brad Pitt dan aunty bagi kat Angelina Jolie...heh3...producer, Mamat Khalid! Cikgu Bibah, Mak Mah...Ustad Supian, Osman Kering! Mesti menang OSCAR!!!
Dear Ms Legolas.
Kat Swensen's tulah Uncle kenal si Rashid.....then dia pergi Jepun, heh3...
Untuk pengajaran, sila tapis betul2 dan pakai yang baik sahja sebab banyak juga yang tak molek dalam telenovela tu..
Dear Fida.
Thanks for your kind words....tak banyak pun sikit dijadikan tauladan, Uncle dah bersyukur...marilah kita berkongsi sebagai panduan...
uncle,
bila kenang zaman dulu, dulu habis spm saya kerja kilang sony buat tv basic gaji cuma rm290 je, pelik macam mana boleh cukup makan pakai masa tu....
Dear SS.
Memang betul tu. Waktu gaji sekecil tu, expenses kita pun sekecil tu jugak. Walaupun kita bergaji besar (insyAllah), keinginan kita pun bertambah jugak...tapi tak boleh ke expenses tetap macam dulu? Heh3...
Mama baru masuk N3 ni.Menarik dan tak sabar nak baca seterusnya.Betul kata hjh Zainab ,sdr boleh tulis buku motivasi..betul ni..Mama dah sign in....tk
Dear Mama Ju.
Terimakasih kerana membaca cerita merepek saya ni. Ada ka orang nak baca cerita merepek ni? Heh3...
Catat Ulasan