Isnin, November 02, 2009

Mulanya Disini Part 4

(kaki gunung gua Hira')

(signage yang tak bagi buat yang bida'ah)

(matahari nak terbenam kat Jeddah)

(macam bot PX masa aku pergi Pulau Jerjak dulu...nostalgia...tu yang tangkap tuh!)

(ni bukan adik-beradik)

Aku kembali lagi dengan episod terbaru. Heh3...kat Swensens tu pulak kawan-kawan aku semuanya baik-baik walaupun muka nampak ganas...Bob dan Sulaiman bukak gerai nasi lemak dan teh tarik betul-betul kat depan Piccadilly. Sebelah dia ada Yong Tau Foo dan Rojak Penang. Malam-malam akan penuhlah gerai depa. Especially weekend. Ada sekali, dengan aku sekali berlari usung kerusi meja sebab kena kejar dengan MPPJ. Mana tak kena kejar, lampu sambung tiang letrik kat sebelah, air pulak curi paip tepi jalan yang kami sama-sama bukak dan sambung paip getah....kadang-kadang hujung minggu aku akan melepak tolong Bob kemas meja sebab Bob dan Sulaiman busy. Depa panggil aku "Shah" ala-ala hero 80-an...Aman Shah! Depa tak bayar gaji aku tapi bagi aku makan nasi lemak dengan teyy tarik PREE! Horey-horey aku. Kadang-kadang Fredo turun makan. Aku tumpang seronok melayan Fredo. Kena pulak kalau dia keluar TV rancangan Dwiwarna ka apa ka, aku dengan bangga cakap kat orang, "woi, aku serve dia nasi lemak lah!"

Dalam dok kerja kat situ, aku dah mula gatal tangan nak pegang bola lonjong. Ada sekali tu (aku ada cerita dulu) aku pergi RSC dengan harapan nak kerja waiter. Tapi macam biasa aku kena reject sebab muka "ganas". Sedih aku...apasal lah muka aku tak macam Brad Pitt...(walaupun selalu orang kata macam tu...heh3...). Sebelum keluar dari interview, interviewer tanya aku kot-kot ada soalan. Aku terus tanya, macamana aku nak main rugby? Depa terkejut. Depa hantar aku kat Sports Dept. Jumpa 2-3 orang, depa suruh turun training for trial. Aku seram sejuk sebab masa tu 2-3 orang main untuk Malaysia i.e. Alan dan adik dia Norman Mannan. Selain daripada Richard Dutton dan ramai lagi Mat Salleh-Mat Salleh yang lain. Aku turun 3 kali trial dan last sekali masa bulan puasa, depa announced yang aku dapat first 15! Horey!

Aku balik kerja kat Swensens dan 2 kali seminggu, aku naik bas mini nombor 12 untuk ke RSC. Lilian memanjang complaint sebab aku selalu mintak kerja pagi sebab petang aku ada training. Weekend pulak selalu ada game. Masa kat situ, aku kenal dengan sorang lagi penyamun yang bernama R. Budak ni bijak bistari. Number 1 in the world...dia tak pernah cakap kat aku dia study kat mana tapi tiap-tiap hari datang kerja dengan motor cub. Kalau balik malam, dia akan hantar aku sampai rumah. Bagus budak ni. Ada sekali dia cakap dengan aku, "Shah, aku dapat sambung belajar..." Huh? aku ingatkan budak ni dah hancur masa depan macam aku! Aku tanya dia, hang dapat kat mana? Dia cakap dia dapat pergi Jepun sambung belajar. Wooooo...aku terkejut....malam tu kami minum kat gerai Bob sambil celebrate cara orang tak ada duit! Si R ni pergi Jepun selama 5 tahun kalau tak silap aku dan kahwin pulak dengan orang Jepun dan sekarang ada anak 4! And surprisingly, Ms. Legolas pun kenal kawan aku ni sebab sama-sama belajar kat Jepun dulu....OMG....what a small world!

R dah dapat pergi Jepun, alamak...aku pulak macamana? Masa tu jugak aku kalut cari address ITM. Jumpa....aku talipon, ada bunyi berdering...aku tunggu. Tak dak orang angkat...aku tunggu lagi, pun tak dak orang angkat jugak. Last-last, aku tengok jam. La......pukul 1.45 pagi! Patut lah tak dak orang.......

Esok aku kembali tension dengan nasib si Labu-Labi aku ni. Apa lah nak buat? 48 kali aku ulang soalan yang serupa sambil jalan buang sampah kat hujung lorong. Aku belek Yellow Pages yang aku pinjam kat Kakak Rock. Nama Rogayah tapi......ganas habis! Jumpa ITM Shah Alam. Aku talipon dan dijawab. Depa kata tunggu borang keluar. Bila keluar aku rasa akulah orang yang ke 1042 apply. First choice, Hot Cat....2nd choice, Chef Training. Lepas sebulan, depa panggil interview. Err...lupa nak cakap. Yang sama interview dengan aku kat Shah Alam pagi tu ialah...........Anuar Zain @ Kain Pelikat.......heh3....lepas beberapa purnama, aku pun resign dari Swensens dengan linangan air mata dan hingus....kakak aku terkejut, mama terkejut, arwah bapak terkejut....dan aku? Lagilah terkejut...heh3....

Aku pergi ITM dengan duit yang aku simpan masa kerja kat Swensen's dulu. Mama nak hantar, aku cakap tak payah, aku naik bas pergi daftar sendiri kat Dungun. Tu yang aku tahu pekan Dungun tu...masa tu Azam Dungun tak dak lagi...kalau ada, kami sama-sama buat lagu! Heh3...Maka bermulalah cerita sedih aku sebagai pelajar kat sana pada umur aku yang dah masuk 23 ke 24 tu....

Masa kat sana, aku masih gila dengan bola lonjong tu. Aku main untuk ITM Trengganu dan pergi Shah Alam lawan. Kat Shah Alam aku terjumpa pulak penyamun yang sama-sama dengan aku kat Seremban dulu. Faisal (la ni dah migrate ke US) dgn Siput. Dua-dua masa tu tengah tunggu result nak ke US. Punyalah happy jumpa kawan...depa tu buat "preparation course" nak pergi seberang laut. Bertambah semangat aku nak sambung belajar lepas jumpa depa.

Lepas belajar aku buat practical kat PJ Hilton dan terus diserapkan kat Paya Serai. Aku jadi bussboy. Kerja aku, cuci meja, hantar barang pergi cuci dan re-set meja. Tu lah kerja aku sebelum naik pangkat untuk jaga buffet. Chef aku masa tu Chef Marzuki @ misai melintang! Manager aku si Gopal dan dibantu oleh 2 orang pelakon telenovela, Abang Johari dan Anwar. Memang time tu memang meriah...

Masa tu jugak, Headwind tengah ligat main kat disko Reflections kat bawah tu...Pergh...Suraya la...macam-macam aku tahu. Malam-malam kalau nak makan, dia cari aku. Dari situ aku mula kenal Zainal Abidin!

Ada sekali tu pulak, (ada jugak aku cerita), masa dok kerja, Sabarudin cakap aku kena jaga satu family VIP. Aku kata ok tak dak hal...aku pergi dapur kemas-kemas. Abang Din cakap guests dah sampai. Aku terpa pergi depan. Pergh terkejut aku tengok.....alamak....VIP aku rupa-rupanya Nyamuk and family.....aku tengok Nyamuk, Nyamuk tengok aku...dia tanya, 'La...Uncle kau buat apa kat sini?" Pergh...aku masak betul dengan soalan yang macam ni...sama dengan soalan masa kat Swensen's dulu! Aku terbabas lagi.....Mak dia tanya, "eh kau kenal ke Lan budak nih?" Nyamuk cakap, "apa tak kenal....satu batch kat SDAR nih!". Malam tu aku balik dengan kepala otak yang penuh dengan kekesalan.....apasallah aku tak belajar dulu?

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terimakasih kat mak si Nyamuk..."Makcik, ikan masin yang makcik kirim minggu lepas, saya dah goreng....sedaplah....terimakasih makcik...ni lah penyamun yang makcik jumpa kat Paya Serai dulu tuh!" Heh3...

Pengajaran untuk adik-adik pada hari Isnin ni adalah seperti berikut yea adik-adik....

1) Work hard, study harder and play hardest...heh3...
2) Belajar ni tak pernah ada kesudahan
3) Jangan mudah patah semangat. "Never Say Die"
4) Cuba sebaik mungkin selagi mampu
5) Sentiasa beringat (simpan duit...)

Macam biasa telenovela "Soya si Betty Fea" akan bersambung kalau tak ada gangguan rancangan dan cuaca baik.....heh3...

34 ulasan:

khairyn berkata...

yang menurut pesan!
Eh doa tak termasuk dalam pesan keramat ke bang?

hahaha..

salam perkenalan
Glasgow

Uncle berkata...

Dear Khairyn.
Eh, tak cakap ke? Lupa lah tuh! Biasalah...Uncle Mudah Lupa! Hheh3...

Btw, thanks for reading. Patut rasa sejuk, rupa2nya dari Glasgow. Uncle dulu kat Glugoq!

olive oyl berkata...

hi uncle..salam

comel comelnya kawan kawan uncle yg berjanggut tu...
uncle dgn nyamuk kenal dah lama ye..
tak sabar tunggu sambungan "Soya si Betty Fea"..


uncle ada apa apa nk kirim tak dari sini before ton berangkat pulang..
dill ka..rosemaryka..mustardka..gingerbread ka..

rezeki berkata...

salam uncle,

spt biasa, byk iktibar dan pengajaran yg boleh di ambil sebagai motivasi diri.

mmg betul pengajaran no. 1 tu
psl coach saya dulu pernah kata, kalau buat, buat betul2, dan kalau main, main betul2.

tentu uncle dah lama tak pegang bola lonjong tu, last sekali bila ?

kucingorengemok berkata...

ok dapat dah, watak nyamuk boleh dilakonkan oleh azhar sulaiman... mak dia fadilah mansor. heheh, tak pasal², main character pun lom ada pelakon lagi (brad pitt? errr...)

Tanpa Nama berkata...

salam uncle...saya faradia..dari melaka..skang nie keje n blaja partime...best la bace post uncle kebelakangan nie...bagi semangat skit kat saya...terima kasih banyak2 uncle...saya doakan smoga rezeki uncle sekeluarga murah dan diberkati..salam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

KN dok tunggu ni...telenovela yg kian menarik...kian mendebarkan!! rasanya tak masak hari ni...sbb dok depan laptop memanjang!

Fida berkata...

besh!

Ibu n Abah berkata...

uncle,
akak ni dah lama mengikuti cerita-cerita uncle...
teruskan bercerita kerana uncle memang terrer.. mengarang cerita.

Tanpa Nama berkata...

syoq3.. smbung lg uncle.. ahiksss..
btw.. nice chat wif u la uncle..
adviser+morale burner.. thnx a lot.. really appreciatd..

mama ju berkata...

Wah nampaknya mama dah jadi peminat ni...menarik...sekejap muka aman syah,sekejap muka 'ganas'....kalau anak2 baca lagi bagus,byk pengajaran n pengalamam.tk

ms.legolas berkata...

Dear Uncle...
sungguh dramatik cite hidup uncle ni... rupanya kat situ uncle kenal R.
FYI,R tu kwn sebatch masa we all buat persediaan 2thn di UM(RPKJ) before gi Universiti di Jepun. Kiranya belajar kat RPKJ tu lebih susah berganda2 berbanding masa kat U Jepun coz bayangkan dlm masa 2 thn we all kena belajar dr tadika sampai tingkatan 5nya syllabus.Then tiap2 hari ada ujian bahasa jepun.Setiap semester ada shiken then siapa yg tak lulus kena tendang.. one of them is R.

We all ramai yg sedih masa dpt tahu R kena tendang since dia mmg friendly n selalu tlg kawan tp Alhamdullilah dah rezeki dia (n jodoh dia kan,kan,kan)dpt juga gi Jpn through tawaran kosen(kolej).
We all happy bila dpt tahu dia dpt gi jpn(kira tu berkat doa kita org..heh3)

Regarding UITM Dungun, pasti nostalgia bila bc blog ni...
http://rozaroslan.blogspot.com

blog uncle,blog Pn Roza n suaminya Prof Kamil adalah top 3 blog pilihan Ms.Legolas...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Kami kenai dari taon 81 lagi....Ton balik sini bila? Uncle nak pesan TGV satu....buleh?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang dah lama tak pegang bola lonjong tu. Last sekali main dengan anak-anak. Terpeleot sikit terus sakit pinggang...heh3...tu yang selalu dok kata, "keinginan tinggi...tapi kemampuan dah kurang!"

Uncle berkata...

Dear KOG.
Awat payah sangat nak cario main character nih? Ala.....Tom Cruise kan ada...cuma tengok dari tepi, agak2 sama tak dengan Uncle Cruise?

Uncle berkata...

Dear Faradia.
Bagus kalau macam tu. Melaka kat mana? Bukit Beruang? Heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.
Tak masak? Dapor terbakar? baju tak kutip? Horey....kira berjaya dah....nanti saya pikir apa nak cerita lagi.heh3...

Uncle berkata...

Dear Ibu dan ayah.
Sedap nama tu....akan saya sambung lagi telenovela yang merepek nih....

Uncle berkata...

Dear UP.
Pergh...moral burner tu....jangan sampai terbakaq kelambu sudah!

olive oyl berkata...

apa dia uncle..TGV???
besar gabai tu...
kah kah kah..
flight esok kul 10.50

uncle tak simpan janggut ka???
mesti comel kalah britt prit
tom criuse..

salam uncle

Uncle berkata...

Dear MJ
Memang harapan Uncle agar semua mendapat pengajaran daripada perjalanan hidup saya....saya sendiri pun dok belajar lagi pasal perjalanan kehidupan orang!

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Memang tak sangka orang yang Uncle kenal rupa-rupanya orang yang Ms L kenal. What a small world...sekarang ni dah jarang kami jumpa sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing...Uncle baru tanya kat aunty samada dia ada contact A ke tidak last sunday masa dok bersembang...

Uncle berkata...

Dear Fida.
Besh ka? Heh3....tu belum sampai climax lagi tuh...baru 14.9%!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Heh3...senang Uncle nak naik dari Lausanne ke Paris macam tahun 95 dulu...then dia lalu kat ladang mustard! Seronoknya...

Laalaa berkata...

cantiknye gambar kaki gunung gua Hira' tu!.. teruja nak datang lagik (minta uncle doakan.. dapat laalaa kesana..)

Gambar-2 makanan semua nampak enak.. hurghhh. Lapar dibuatnya.. tapi apakan daya makan banyak mana pun, badan saya masih kurus-kurus.

Tanpa Nama berkata...

zaman la xpkai kelambu dh uncle..
umah flat, nyamuk pn xlarat trbang dh.. ahiksss..

CATZ berkata...

uncle,
belajar course apa kat itm dungun?
ke catz terlepas pandang..rasanya dah baca 10 kali kots...

teruskan ke siri seterusnyaaaa

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Datanglah lagi, apa salahnya...umrah la ni murah....insyAllah Uncle akan doakan.

Uncle berkata...

Dear UP.
Do you know that la ni....some boutique hotels are using "kelambu" untuk meng"eksklusif" kan bilik depa? Heh3.....maybe you should revert to that idea again...heh3...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Uncle dulu belajar macamana nak jadi "Penanggah" ataupun orang panggil "Mentara". Heh3...and of course Uncle akan sambung cerita tu nanti...bila nak habis pun Uncle tak tahulah...tapi rasanya by next week, cerita Uncle dah kurang sikit kot...

hidungberantai berkata...

fullamak best la pulak ikut crita ni...sambung lagi uncle...byk benda yg leh sya belajar dri kisah uncle ni...

Uncle berkata...

Dear HB.
Terimakasih kerana mengikuti cerita yang tah apa-apa dan tak ada kesudahan nih...heh3...Uncle akan sambung lagi!

Tanpa Nama berkata...

uncle, sy suka baca blog uncle ni..memang tiptop habis.kira blog wajib jugak lah skrg ni. lagipun sy kenal uncle melalui blog my kezen !!

Uncle berkata...

Dear Tanpa Nama.
Sila baca cerita merepek Uncle ni dan yang elok jadikan tauladan....btw, sapa kazen Tanpa Nama tu?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...