Selasa, November 03, 2009

Mulanya Disini Part 5

(besarkan dan baca apa yang dia tulis!)

(dah nak siap sepenuhnya)

(kat bawah jabal rahmah pun ada pesan jangan buat yang tak senonoh)

(jabal rahmah dari jauh)

(jauhnya nak naik gua hira')

Selamat petang Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta adik-adik sekelian....hari ni aku sambung lagi cerita yang tersangatlah sedih lagi syahdu ni. Bakal di alihkan ke layar perak tak lama lagi dengan dibintangi oleh Angelina Jolie sebagai aunty....Tom Kurus sebagai Uncle....Osman Kering sebagai ustad supian......dll lagi yang mungkin anda semua tak kenal. Heh3...KOG...nak joint sekali ka? Kleenex, kacang GOOD, kopi Hang Tuah...semua dah siap? Macam ni cerita dia...

Lama aku kerja kat PJ Hilton tu. Macam-macam cerita dan drama aku tengok selain daripada aku sendiri yang buat cerita dan aku sendiri yang buat drama. Lama aku kerja jadi waiter kat situ. Tak naik naik jugak pangkat. Aku heran..apa yang tak kena ni? Kalau nak kata aku tak handsome, aku handsome...tapi yang tu bukan ciri-ciri untuk naik pangkat..heh3...saingan aku masa tu memang banyak sangat. Sama-sama waiter dengan aku masa tu, ST ada, SB ada, S ada, I ada.....pergh, semua tu senior aku yang super-duper. Tak terkejar aku dengan ketangkasan depa...Satu station 15 meja boleh pukul sorang-sorang...patutlah aku masih terperok jadi waiter. Penyamun-penyamun tu semua pun waiter jugak sama aku. Kalau depa yang senior tak naik pangkat, macamana aku nak naik pangkat? Dekat setahun setengah aku pikir! Aku study cara setiap sorang. Level of work, speed, courtesy dengan guests, sama taraf....punctuality, attendance.....huh kat situ aku study betul-betul...mungkin kat situ aku menang sikit sebab depa ada yang selalu terbabas bila bab punctuality ni...jadi kat situ aku jaga betul-betul. Kalau siapa-siapa pergi check attendance aku selama bertahun-tahun aku kerja kat situ, tak kan jumpa punch card aku warna merah sebab aku tak pernah sekalipun lambat. Part tu aku sendiri pun terkejut...Jadi dari situ aku dah ada kelebihan dari yang lain-lain.....(1-0)...ingat adik-adik yea.....cari kelebihan diri sendiri...

Lepas pada tu aku terpikir pulak, alamak, menu kebanyakkannya dalam bahasa Peranchis sedangkan aku tak tahu apa-apa....sama macam penyamun-penyamun yang lain. Kalaulah aku tahu cooking terms tu semua, mungkin aku ada kelebihan....jadi kat situ, aku dah bersemangat nak belajar french. Aku daftar kelas malam kat Alliance Francaise di PJ (dulu depan sekolah sri aman) selama 2 tahun kelas malam. Abang aku heran dan tanya aku pasal apa aku ambik bahasa Perancis sedangkan bahasa Jepun tengah "in" masa tu. Aku diam sebab aku dah ada matlamat jangka panjang. Exam semua aku pass....huh, sekarang aku dah boleh bersembang dengan guests dan baca menu dan faham semua cooking terms...

Sekarang adik-adik tengok....kelebihan dari segi tahap kerja, aku dan orang lain semuanya sama. Tapi apa kelebihan aku sekarang ni? Sekarang ni, kelebihan aku ialah, tak pernah datang kerja lambat dan sekarang berkemahiran untuk bertutur, membaca dan menulis didalam bahasa Perancis. Penyamun-penyamun lain boleh buat? Aku rasa tidak....jadi disitu aku dah menang 2-0! Aku cuba cari jalan macamana aku boleh belajar daripada kelemahan depa dan berupaya untuk memajukan diri.

Kami ni dekat dengan airport Subang. Jadi selalulah ada flight delay especially Phillippine Airline (masa tu ada lagi). Jadi bila sampai part tu, penyamun-penyamun semua cepat-cepat lari selamatkan diri walaupun stewardess semuanya lawa-lawa...heh3...Aku tidak. Aku akan volunteer buat overtime. Jadi bila ada emergency cases, nama aku akan naik dulu dan aku seronok buat kerja. Aku tak menyusahkan siapa-siapa dan kami masih lagi main bola sama-sama. Keluar pergi DV8 (masa tu la..) sama-sama dan buat benda yang tak senonoh sama-sama....jadi, takada timbul perasaan iri antara kami semua. Kat situ aku ada kelebihan lagi satu. Dah 3-0!

Nak dijadikan cerita, JPA ada keluarkan tawaran untuk ke Jepun. Aku terbaca kat notice board depan HR. Aku cerita kat kawan-kawan aku yang lain masa kami tengah makan kat cafetaria. Depa bantai gelak jugak kat aku. Depa kata, "hang tu waiter....sekolah tak pandai...." Aku sedih dengar cerita depa. Mahu 2-3 hari depa dok cerita pasal tu. Aku tak kisah..kami masih lagi boleh mengutuk antara satu sama lain. Tu semua geng aku, takkan aku nak marah kat depa? Sama-sama angkat pinggan, angkat kerusi, angkat meja...sama-sama pergi DV8, sama-sama tak balik rumah! Dalam diam aku ambik alamat JPA dan buat permohonan berserta dengan surat sokongan dari pihak hotel. Err...orang yang sokong kuat permohonan aku actually sekarang ni dah jadi orang besar kat Mekah! En. WS, aku nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kat dia walaupun aku tahu dia tak baca blog menyeleweng aku nih...Lepas buat permohonan, aku lupa...

Lepas 3-4 bulan, aku dapat surat interview dari JPA (masa tu kat Kiara kot). 2 kali aku attend interview. Aku cuba jawab soalan dengan terbaik sebab aku tahu kelulusan aku cuma sikit berbanding dengan budak-budak lain yang apply. Gerun aku tengok depa...lepas interview aku lupa lagi.....then lepas 2-3 bulan, aku dapat surat dari JPA suruh aku lapur diri. Pergh...biar betul ni....penyamun yang SPM grade 3 tuh! Yang 24 jam teringat kat bola lonjong dan bukannya teringatkan kat buku BIO! Sebelum aku sambung belajar bahasa Jepun dibawah kelolaan JPA/ITM, aku ucapkan selamat tinggal kat budak-budak Paya Serai yang sama-sama jatuh terlentang dan pernah terlingkup dengan aku dulu dan sama-sama main bola kat padang tepi A&W PJ dan yang sama-sama tengok midnight show Jurassic Park kat panggung STATE! Dan of course yang selalu menyusahkan Gopal, Abang Joe, Anuar dll bos-bos yang ada...heh3...

Ada sekali sebelum aku pergi Jepun aku ada terserempak dengan Training Manager aku kat sana. Sorry, nama dah lupa. Dia seronok tengok aku. Kami bersembang sakan. Dalam dok bersembang tu, entah apa lah soalan yang aku tanya, tapi dia jawab, "Shahrir, I tengok you ni ada kelebihan walaupun bekerja sebagai waiter selama beberapa tahun. You tak pernah masuk kerja lambat.....(1-0)...then you sanggup belajar kelas malam dan ambik bahasa Perancis untuk memajukan diri....(2-0)...then selalu I dengar bos-bos semua sebut nama you sebab you rajin dan tak pernah kata tak boleh bila diperlukan...(3-0)......dan sekarang you akan ada kelebihan lagi satu sebab tahu pulak berbahasa Jepun...(4-0).....

Tu dia aih....aku dah tersedak....masa aku naik moto honda cub C70 aku tu balik rumah KA, kat dalam helmet aku senyum sorang-sorang.....dan dalam hati aku kata, "the time has come..."

Heh3....Tuan-Tuan, Puan-Puan dan adik-adik sekelian....pelajaran kita pada hari ni pulak adalah seperti berikut yea....

1) know your strength..
2) change the negative in others into something that can spur you to move forward
3) well discipline
4) when you run in the Olympics, you only go for GOLD!
5) jangan menyusahkan orang lain
6) berbaik dan berkawan dengan orang sekeliling kita. Kita memerlukan depa dan depa memerlukan kita
7) meanwhile, don't forget to have fun....tu yang selalu pesan, work hard and play hard! Has to be equal...

Heh3...berapa banyak kleenex hari ni? Tak banyak kot....pasal hari ni aku tiba-tiba bersemangat tak tentu hala la pulak.....jadi cukup sampai disini telenovela "...kasih" untuk hari ni...(psst...nyamuk cukup gila kat drama nih). Nyamuk...kau biar betul ni....tak groovy lah! Heh3...

30 ulasan:

Asnija berkata...

Salam uncle,
bila baca cerita ni...baru paham kenapa Allah terkandaskan uncle in the first place...sebab, lepas satu, menjadi the next turning point....nampaknya turnin point lepas ni ke arah Dewit Jones...sebab tu saya suka kata-kata dia, celebrating what's right with the world..makanan kat hotel uncle sekarang ni pasti membayangkan benda yang sama...
teruskan telenovela ni yer...

Uncle berkata...

Dear Asnija.
Uncle selalu terpikir macamanalah nak sampaikan message2 ni semua kat adik-adik kat luar sana tuh supaya dapat membakar semangat depa untuk terus berusaha? I want to do something that can benefit them tapi tak tahu macamana. Heh3...Takpalah...kat medium ni pun ok kot...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

brad uncle,

medium inilah sebenarnya yang banyak membantu kita untuk menyampaikan maklumat dengan terus tanpa urusan prosedur2 lapuk seperti kelas, matapelajaran membosankan dan lain2 lagi prosedur yang tak best.

hari esok saya akan usahakan untuk mendapatkan 'hitam'!!

teruskan telenovela ini kerana mak saya pon baca. hehehe.

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Errr correction yea....bukan Brad Uncle tapi Uncle Brad! Heh3...Brad Pitt tu sebenarnya budak Perok...Nama betul dia Badrul kampung Bukit Berapit! Heh3...Dye rambut skit macam mat salleh tukar nama jadi Brad Pitt...

Kirim salam kat mak....karang terbakar kepok lekor tuh!

rezeki berkata...

salam uncle,

melihat kelemahan org lain untuk memperbaiki diri sendiri adalah satu teknik yg berkesan utk memajukan dan memotivasi diri kita sendiri. Tapi sekrg org byk melihat kelemahan org lain utk diperlekehkan tanpa mengambil sebrg iktibar.

satu perjalanan hidup uncle yg sgt menarik utk direnungi bersama .

Tanpa Nama berkata...

sgh uncle.. arini klenex xpkai pn..
sonok.. ahiksss..

khairyn berkata...

Dear Uncle

I feel you bro (slanga ek). Tak ada peluang belajar ke uni but Allah dah buat jalan tu cantik-cantik untuk kita. Rasanya kalau tak susah2 zaman dulu mungkin sekarang saya tak appreciate peluang yang diberikan.

Dulu masa tunggu result spm, pernah kerja as promoter baju sukan kat CSq huhuhu.. barulah nampak langit tu tinggi ke rendah, biru ke kelabu. Tahulah gak nama2 kelab yang bersepah kat LA (lebuh ampang). DV8 tu memang la terkenal utk org PJ ek.

P/s - I'm onna's friend ler

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

hari pepagi dah baca telenovela nih...sebab kena masak hari nih!!

kucingorengemok berkata...

uncle cruise, kog jadi penulis skrip atau assistant casting director je lah, hehehe... ketawa sorang² "dalam helmet" :)

Fida berkata...

Uncle Pitt,

parlez vous francais, oui?
felicitations, oncle riche!

haha! pardon my kelantanese. getting rusty because i speak only french these days. :-)


waah..multi lingual betul uncle ya. lepas ni belajar bahasa arab pulak? ma fi mushkila.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Great...you got my point....tu salah satu teknik yang Uncle pakai dari dulu...dan seperti kata rezeki, memang sedih bila orang yang tak berupaya diperlekehkan dan diperkecil-kecilkan. Kebanyakkannya berlaku sebab depa tak pernah bermula dari bawah...

Uncle berkata...

Dear UP.
Sekali-sekala mestilah horey2 sikit....tiap2 hari nangeh kalu....

Uncle berkata...

Dear KN.
Takpalah..pergi la masak dulu.....jangan sampai tangan kanan suap nasi tangan kiri dok usung mouse sudah....

Uncle berkata...

Dear Khairyn.
Heh3...Onna's friend yer....pernah kerja promoter yea....tak masuk universiti dulu2 yea...KITA SERUPA! Tapi kita masih berbangga kan? Yang berjaya mula-mula tak semestinya berjaya seterusnya kalau depa tak melalui liku2 yang macam ni..

Uncle berkata...

Dear KOG.
On.......you're hired! Heh3...lingkuplah production house kita.....

Uncle berkata...

Dear Fida.
Wah...pandainya Fida...Uncle la ni sampai tergeliat lidah...kadang2 bila nak cari ayat arab yang betul tak dapat2, uncle tibai cakap jepun....heh3...depa nganga, uncle pun nganga! Marina kat rumah pun macam tu...tiba2 keluar ayat jepun....heh3...

PINATBATE berkata...

Uncle..
saya bersemangat sungguh hari ni..! cepatlah sambung telenovela ni..

Fida berkata...

Uncle,
saya tak lah pandai..tahu sepatah-dua je. Eksyen je lebih tu.
waah, terrer anak2 uncle pandai cakap jepun ya..:-)

Uncle berkata...

Dear Pinat.
InsyAllah akan Uncle sambung nanti yea...bersabarrrr. Heh3...tak sabar yea...macam nak masuk sekolah darjah satu dulu yea....heh3...

Uncle berkata...

Dear Fida.
Depa tu no choice....kalau tak cakap jepun nanti aunty tak kasi makan...heh3...

CiK NuYu berkata...

Salam Uncle..

lompat melompat blog arini akhirnya masuk sini. seronok baca blog uncle sampai x jadi keje dibuatnye :)

Uncle berkata...

Dear Ainza.
Kalau tak jadi buat kerja bermakna Uncle dah 14.9% berjaya menyelewengkan Ainza....heh3...

mama ju berkata...

Sangat menarik dan bermotivasi.Rumah sewa mama masa dulu2 dekat PJ Hilton.Pernah jumpalah abang misai melintang tu....Mama nak bagi anak mama baca N3 ni..

hidungberantai berkata...

salam alaik uncle..

byk kekurangan diri sya yg disedari setelah sya baca apa yg uncle coretkan ini...cerita yg penuh dgn motivasinya...teruskan uncle..
thanks 4 sharing..

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.

Bagilah depa baca kalau cerita2 saya dapat menolong depa in any which way...dan kalau ada pertanyaan mengenai persoalan mengenai apa2 juga yang dapat membantu pun saya alu2kan..insyAllah saya akan cuba menjawab didalam kapasiti saya. Enjoy reading...

Uncle berkata...

Dear HB...salaam..

Uncle akan teruskan bercerita. Tapi rasanya minggu depan mungkin akan kurang sikit entrynya sebab hari sabtu ni jemaah dah mula masuk dan Uncle akan mula berlari balik...sekarang masih boleh jogging tapi minggu depan sampai habis haji dah mula berlari...heh3...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle...
mana komen ceq ni no..
rasa rasa dah komen pasal WHITE BALANCE kat bawah tu...
ke ceq hantaq pos tak sampai lagi ni uncle....(hu hu hu)

Uncle berkata...

Dear Dila.
La...mana pi "white balance" tuh? tak jumpa pon....betoi ka hantaq nih? Cheq lupa kot.....tak pon pi hantaq "white balance" kat orang lain.....*wink*

Noradlan berkata...

Uncle... Tengok Nurkasih tu ler yang berkobar2 semangat nak cari jodoh cepat... Sambil amek pengajaran... hehehe...

Uncle berkata...

Dear Nyem.
Aku pun doakan yang kau dapat yang terbaik!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...