Jumaat, November 06, 2009

Mulanya Disini Part 7

(woooo jamal lah...)

(meeting Pak Lurah...)

(penyamun2 aku tengah dok drama...)

(ya akhi...cat jangan tak cat kat depan opis aku tuh...)

(ambulan aku tempah khas...untuk sapa2 yang sedih baca telenovela aku!)

Yay...ramai aku jumpa manusia hari nih...aku jumpa Hj Arshad (tokey hotel), aku jumpa Ridwan juruforo pro dari Tabung Haji , aku jumpa Rahman Hamzah (ni bukan adik Othman Hamzah yea...Puan-Puan..) dan yang lain-lain termasuklah budak yang paling rajin dalam dunia, si Lotfi! Bersembang dan minum-minum...tu sajalah yang aku dengan Lotfi tahu selain daripada tugas aku menyelewengkan minda masyarakat! Heh3...Puas....

On a more serious note, berbaliklah kepada cerita 1001 malam aku ni...duduk kat Jepun ni tak semuanya senang...makan sendiri, basuh baju sendiri, gosok baju sendiri dan tinggal pun sendiri. Panjang masa aku kerja. Mana ada kerja 8 jam satu hari kat Jepun! Berangan lah aku kalau dapat kerja 8 jam. Selalunya 14 sampai 16 jam satu hari. Pergi kerja 1.5 jam, balik kerja 1.5 jam. Bila sampai kat bilik, makan, mandi dan terus tidur. Letih ya'amat. Itu belum kira keluar dengan budak-budak Jepun lagi tuh...Memang selalu aku tertidur kat dalam keretapi. Tapi yang herannya, bila sampai stesen, mata aku auto focus terbeliak! Memang magis...mengalahkan David Copperfield...

Masa musim Autumn adalah satu musim yang sungguh cantik. Daun-daun berubah warna dan cuaca sangat nyaman...Kalau boring-boring, aku lajakkan keretapi ke Shinjuku ataupun Shibuya. Kalau weekend aku selalu melepak kat lorong di Shinjuku, tempat muda-mudi zaman ini berpesta, Seronok tengok depa dan depa pun seronok tengok aku! Heh3...Masa tu masih bersendiri....sungguh aih....tak tipu nih...lepas-lepas tu baru aku jumpa aunty...(ada cerita dalam entry aku yang terdahulu!)

Masa aku balik ke KL, aunty ada hantar aku kat bas ekspres yang datang sampai kat depan hotel. Aku ingat lagi, aku bagi dia sekole duit syiling Jepun, balance yang aku tak akan guna lagi...aunty sedih bila hantar aku balik. Aku rasa dia tereyak kot...aku dengan sikap macho tak bertempat pun actually nak tereyak sama, tapi control habis...heh3...

Balik ke KL aku buat permohonan "undi masuk" balik ke PJ Hilton dan diterima masuk dengan tangan terbuka oleh F&B Manager aku si Michael Luible. La ni Michael Luible dah jadi GM kat salah sebuah hotel yang terbaik di Singapore. Well done ML.....bila aku masuk balik ke PJ Hilton, aku dah risau, apalah post yang depa nak bagi aku nanti? Tiba-tiba satu hari ML dah panggil aku mengadap dia kat office. Bercerita punyalah panjang...last-last dia cakap, tak ada post yang sesuai untuk aku. Yang ada cumalah post yang aku tinggalkan dulu. Yakni, waiter! 4 hari 3 malam aku pikir sambil lengan bersilang kat atas dahi....pergh...macamana aku nak face muka penyamun-penyamun lain? Macamana aku nak face family aku dan macamana aku nak cerita kat aunty nanti kalau dia tanya? Aku tension...mengalahkan SPM tak pass! Kalau Habsah Hassan jumpa aku masa tu, mesti dia buat lagu sedih satu....aku memang sedih. Penat aku kerja kuat-kuat...penat aku pergi kerja jauh-jauh...last-last balik ke position yang sama. Memang sedih...

Sekali ni depa transfer aku ke Genji. Genji ni Japanese Restaurant. Chef aku Umezawa masa tu. Nak tak nak, aku pun kerja lah jugak...dalam diam-diam aku buat application ke Carcosa Sri Negara (masa tu baru nak bukak). Aku mintak post Captain. Tapi entah macamana, aku sayang pulak nak tinggalkan tempat lama sedangkan apa yang aku nak masih lagi tak dapat. Takpa-takpa, aku tetapkan pendirian, aku kuatkan semangat, aku mesti lakukan sesuatu...jadi aku terus kerja kat situ dengan lebih giat lagi. Aku mesti tunjukkan yang aku boleh berjaya macam orang lain jugak. Dalam diam aku perbanyakkan membaca buku-buku yang bercorak "positive thinking". Aku cuba praktikan "paradigm shift" walaupun paradigm shift tak masuk list lagi. Aku terus berusaha sebab cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu pernah berpesan, "usaha itu tangga kejayaan"...aku jadi bertambah tense bila aku kira-kira balik, alamak, budak-budak yang pergi overseas semuanya dah nak balik Malaysia. Kalau depa balik dan ajak aku minum teh macamana? Kalau depa balik ajak aku pergi reunion macamana?

Selang beberapa bulan, ML panggil aku dan cakap depa ada plan nak tukarkan Anggerik Lounge dan jadikan Fun Pub. Dan nama aku tercalon untuk jadi kepala kat situ. Huh? Aku tersedak dalam terharu...ML explain yang sebenarnya depa dah plan dari awal dan depa nak tengok macamana penerimaan aku bila balik dari Jepun dan masih lagi bermula dari bawah. Katanya, aku dapat kembali ke bawah dengan baik sambil mengatur balik langkah aku yang satu waktu dulu dah sangat longlai...kali ni aku terdiam. Balik rumah, dengan lengan masih kat atas dahi, kopi "O" secewen, aku pikir balik...boleh ka aku jadi kepala ni? Dulu orang lain kat atas aku dan aku kena report kat depa, tapi la ni, depa pulak yang akan report kat aku! Wah kacau nih...dalam debaran, aku beranikan diri untuk sign surat promotion aku.

Dari situ, bermulalah satu lagi pengembaraan merentasi masa untuk aku...Aku bermula disitu daripada mula tempat tu dipecahkan sampailah dinaikkan. Tiap-tiap hari aku kena mengadap FB Manager aku dan PR Director aku (Puan Adlina Borhan). Chef aku masa tu memang number one in the world. Nama Tengku Farazil dan sekarang ni dah jadi Executive Chef kat Indonesia. Ada lah sangkut kat belah-belah N9 tu tapi very down to earth dan sama kepala dengan aku. Sama-sama kami usahakan tempat tu sampai jadi meriah.....

Aku agak terhanyut bila kerja kat tempat tu. Hanyut dengan nafsu muda. Aku terbabas jauh. Aku memang tak sedar yang aku dah tersasar dan tak mampu berpatah balik. Tapi Allah masih sayangkan aku. Dia bagi petunjuk kat aku. Tiba-tiba masa aku tengah makan nasi lemak kat "mapley" malam tu lepas habis kerja, aku terfikir balik, ish...sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku muda lagi, tenaga masih ada, pasal apa aku tak buat apa yang aku patut buat? Malam tu masa naik honda cub, airmata aku berlinang...sampai kat rumah KA, aku tengok mama dengan arwah bapak tengah tidur tunggu aku. Aku renung muka depa lama-lama......

Esok pagi aku bersemangat. Aku buat satu surat permohonan ke pihak pengurusan lagi. Kali ni aku bagitahu yang aku nak sambung belajar! Depa terkejut. Dan aku? Macam biasa, aku pun terkejut...biar betul tindakan aku nih? Selang 2 bulan aku dapat surat balas yang suruh aku pergi jumpa pegawai atasan di HQ. Aku pergi...masih dengan honda cub dan helmet shoei warna merah ang-ang...sampai kat HQ, pelan-pelan aku parking motor bawah pokok. Angkat seat moto dan tarik tie aku dari bawah seat moto, tepi tangki minyak...tutup balik dan capai sikat terus sikat rambut kat bawah pokok! Tengok kiri-kanan, ambik fail dari bakul moto, terus jalan....lama kami dok bercerita kat dalam office tu. Selang beberapa minggu, depa panggil aku lagi. Interview lagi dan lagi dan lagi sebab permohonan memang banyak. Depa tanya aku nak pergi mana? Aku cakap....Hawaii Pacific ka......New Haven ka.......Johnsons and Wales ka.....busuk-busuk pun hantarlah aku kat Cornell di Ithaca tuh! Depa gelak...depa cakap depa tak hantar kesana tahun tu. Memang the next following year baru hantar. La....habis mana nak hantar aku? Aku dah panic...aku tak naklah pergi Shatec kat Singapore tu...kalau Shatec, dengan honda cub pun aku sampai....

Hari berganti hari...bulan berganti bulan...sambil naik moto kat seksyen 14 nak balik DJ, aku nyanyi lagu Harmoni...."Penantian satu siksa...yang tidak terrrrrtanggung....". Esok tu aku dapat call dari Abang Borhan (dah pencen pon dia la ni). Dia cakap, "Shahrir, kau siapkan passport...board decided to send you to Suisse, tunggu surat, nanti Abang hantar...". Pergh...biar betul ni.....

Heh3....tu lah mulanya cerita aku....

Di episod telenovela yang dah mula horey-horey ni, aku titipkan sikit pengajaran kat sini untuk adik-adik buat renungan....

1) tak semua yang kita plan akan menjadi
2) jangan patah semangat, Allah bagi kita tenaga untuk berusaha dan otak untuk kita berfikir
3) jangan malu untuk kembali bermula dari bawah
4) sparekan sedikit masa sebelum tidur ataupun masa tunggu lampu merah tukar lampu hijau untuk berfikir macamana nak ubah taraf hidup
5) always stay in the positive mode
6) sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada (in this particular case, honda C70 dan helmet shoei kaler merah ang-ang...) heh3...
7) trust in Allah and be yourself....

Wahai adik-adik semua, kasihanilah mak-bapak kita yang dah banyak berabih dan bersusah-payah nak menyekolahkan kita. Belai kita dari kecik sampailah besar dan dalam kesusahan, depalah yang menjadi pendengar kita dulu masa kecik-kecik...tak ada apa yang depa harapkan kecuali melihat anak-anak depa berjaya.....

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

touchin' la uncle lst para tu.. trigt kt mak+ayah+tok.. tp yg len2 mmg brsemngat chek bca..

ni uncle.. chek nk tnya skit ni.. shhhh.. kita2 dh la.. uncle tereyak dk msa auntie antaq p stesyen bas tu..?? off recrd ni.. ahiksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Shhhhh...jangan habaq kat sapa na....pagi tu pukoi 5...aunty pi tunggu kot hotel pasai baih nak mai...dia tunggu kat lobby. Dia pakai sweater dan bawak stuffed toy yang Uncle dapat pree (bagi prezen lepaih dapat main tikam2 kat shibuya!), dia selit kat sweater...nampak kepala anak patong ja....tangan kanan pegang koley shiling yang Uncle bagi tuh! Lepaih baih jalan nak pi epot, Uncle bukan lagi tereyak, tapi dah meraung....sampai Ma'e (la ni kat Best Western Sari Pacific KL) penat dok pujok! Heh3...shhhhh jgn habaq kat sapa na...

Tanpa Nama berkata...

ishhh.. xhbaq kt sapa eh.. lotfi pn xtau ni.. kn kita dh jnji dh, ni kita2 ja.. ahiksss..

la ni uncle dok men stuffed toy tu lg dk.. jgn dok bg org len nmpak no.. stgi depa nk jgk satu lgu tu, hahaharu..

Fida berkata...

*kesat air mata & blow hingus*

rezeki berkata...

salam uncle,

jika kita berusaha, insayallah perjalanan hidup kita dirahmati Allah.

Alhamdulillah, uncle mendpt petunjuk dr Allah agar tidak terus terbabas kat corner berbahaya tu ngeh,ngeh,ngeh

mmg pengorbanan ibubapa membela kita sgt besar dan tidak ternilai

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

terharu betul baca citer uncle...

ya..your experience is very good..

patut uncle karang buku,,autobiografi...

so macam mana skrang..makkah dah sure sibuk macam nak raya..kan..

kucingorengemok berkata...

o yes, kami amat bersyukur dengan motor kriss kami walaupun warnanya tak ang²... uncle buat kita ter'dengar²' suara zubir ali nyanyi lagu penantian tu la

Ibu n Abah berkata...

uncle,
untuk dijadikan buku memang boleh sangat coretan uncle ni... sure laris. cara penyampaian yang menarik... buatlah uncle. bukukanlah pengalaman uncle ni. sangat2 berharga buat panduan anak2 muda kita...

JHaZKiTaRo berkata...

huhuh.. menarik baca entry ni.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. rajin2, datang laa jenguk blog hamba.. :)

onna berkata...

salam uncle,

betul2..setiap orang Allah uji macam2...redha n usaha saja....

PS: nak tanya agaknya Puan Adlina Borhan kat ne sekarang ek..

Uncle berkata...

Dear UP.
That was already 17 years ago....tapi kenangan tu semua masih clear terbayang kat mata Uncle. Tu yang boleh cerita satu-satu tuh...even la ni kalau pi Tokyo balik pun, Uncle masih boleh jalan kat sana, naik keretapi sorang2 pasal semuanya masih fresh dalam ingatan. Cuma tambang yang dah naik la ni!

Uncle berkata...

Dear Fida.
Ala...bukannya sedih tara mana pun...(sambil dok kesat air mata jugak!)....

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Selekoh yang Uncle lalu tu memang macam "Rothmans Corner". Silap haribulan terus terbabas...Uncle adalah salah sorang yang bernasib baik dan ditunjukkan jalan lebih awal. Ada lagi yang kat luar sana yang masih terkapai-kapai dan perlukan bantuan...sama2lah kita berdoa!

Uncle berkata...

Dear Hussain.
Another person reccommended me the same thing and he mentioned about PTS. Nanti Uncle balik dan cari dan try dan organise. Kalau dan....

Uncle berkata...

Dear KOG.
Apa kata kalau KRISS jumpa WAVE nanti? Depa mesti seronok bersembang...heh3...

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Ayah.
Terimakasih dan Uncle amat terharu. Macam Uncle tulis tadi, Uncle akan cari syarikat tu dan cuba buat apa yang patut bila di KL nanti. Tu pun kalau depa tak reject tengok moto Uncle!

Uncle berkata...

Dear JK.
Thanks for dropping by. Seronok rasa bila ada orang datang jenguk Uncle...of course i'll visit yours right after this...by the way, "how's their rugby team?"

Uncle berkata...

Dear Ona.
PAB la ni kalau tak salah, ada di Paris dan kadang-kadang di Geneva. Met her couple of years back di RKL when she attended Tourism Malaysia punya promotion..

DadaIQ berkata...

Salam Uncle
Interesting peice. We read a lot of Islamic Novels published by PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. You can check from the website. Memang cerita Uncle ni patut dibukukan buat pedoman generasi muda.

Good Luck.

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Thanks for the input. Tadi dah google kat PTS tapi masih tak reti nak cari sapa! Heh3...anyway, i'll try again later..tiba2 dia mai semangat.....

Noor berkata...

Dear Uncle,

mak aih.. dah sampai episod ke7, laju noo.. baca telenovela uncle nie dari awai.. menaikkan semangat cheq untuk memulakan sesuatu.. mula2 cheq rasa macam dah terlambat.. tapi kalu nak pikiaq lambat sampai bila pun kita tak buatkan!.. what say you??

kuat sungguh ingatan uncle.. cheq dah lupa pasai 'kimisawa' tu.. emm "Rothmans Corner" tang mana arrr.. cheq tau 'round about' rothmans je.. heh heh

Uncle berkata...

Dear Noor.
Heh3...la ni dah ingat ka kat Kimisawa tu? Then tukaq jadi Printempts? Btw, you got it right with the roundabout Rothmans tu dan la ni ada pulak "Lisa De Inn"....

Noor, kalu nak mula sesuatu, bila2 pun buleh..jangan dok tunggu lama2...ada nenek sorang tu, dia buat "bungee jumping" untuk celebrate 80th birthday...nasib baik gigi palsu tak tercabut! Heh3...

Noor berkata...

Dear Uncle..

10 markah untuk cheq, untuk roundabout rothmans tu.. tak pernah bertukaq roundabout tu, bulat cam tu je since tahun 70an. nie misti uncle balik DJ lalu SS2 kan.. la nie DJ dah tak happening cam dulu2.. orang pakat p OU..

Uncle.. kalu p MH, tolong doa untuk cheq na.. bagi pemudah segala urusan.. psst.. 'bungee jumping' tu bagi pree kat cheq pun cheq tak mau.. bukan takat gigi pelesu tercabut.. tulang temulang abih lerai.. gayat wooo

Uncle berkata...

Dear Noor.
Memang sah dulu Uncle balik kreja dok ikut SS2. Aik..dok usyar apa....Uncle ingat lagi dulu pi tengok Evita Peron kat OU naik moto dengan aunty, balik-balik, tayar panchat...kami tolak moto dari OU sampai DJ...dahlah tengok midnight show....heh3...

Part bungee jumping, Uncle pon tak mao...takut tercabut lutut satgi...heh3...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle..........
dah sampai siri ke 7 dah ka:-)
sorry uncle dilla lambat reply.....

pasal white balance tu uncle dah dapat ka msg tu? dilla dok cari reply uncle ni (he he he)

musim haji ni uncle busy no
tapi best kan uncle ebery year leh jumpa rakyat malaysia yang berbagai negara kat sini...

Uncle,
nanti balik Malaysia boleh buat photoshoot ngan family uncle erk. Port Putrajaya maybe...habaq no

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang sah UNcle tak jumpa menatang tu. Btw, pras@frust punya pasal, Uncle hantar kamera tu balik kat hotel. Sekarang Uncle dah sedar diri balik, pakai yang lama!

Musim haji ni memang busy....kalau tak pon, Uncle busy body, heh3....

Nak kena jadi model ka? Habis duit macam ni, mana larat nak bayar pro photographer!

hidungberantai berkata...

salam alaik uncle...
huhu mmg mnyedihkan cita uncle..ssh nak cri org mcm uncle yg leh turun kebawah blk dgn mbuang ego uncle..mmg btl la..tak smestinya apa yg kita tak suka tu adalah tidak baik bg kita..tgk dgn uncle terima kerja dipringkat bwh uncle dah dpt tawarn lain yg lbh tinggi..mmg dasat..org yg sentiasa bersyukur mcm uncle mmg murah rezeki..semangat yg uncle terapkan dlm diri uncle tu mmg ssh nak ditiru..thanks uncle dgn nasihat2 yg bguna tu terutama yg last skali..

Uncle berkata...

Dear HB.
Selalunya manusia ni macam tulah...bila dah kat atas, dia lupa nak jengok kat bawah, padahal dia dulu pun mula dari bawah...semoga kita tak macam tu...

rina berkata...

Salam Uncle

Very thought-provoking stories... ada 3 part lagi tu.

Tulis la lagi.

Cheers!
Rina

Uncle berkata...

Dear Rina.
Of course I will write more thought provoking stories....keep on reading!

olive oyl berkata...

bestlah uncle kisah hidup uncle...
mmg mcm telenovela.....

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang telenovela pon...cuma tunggu TV3 saja lagi..heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...