Jumaat, November 13, 2009

Mulanya Disini Part 8

(tu bukan Leha!)

(jemput makan Pak!)

(ni nak masuk Asar)

(ni pun nak masuk Asar)

(depa dok tunggu nak surung salad set kat buffet!)

Aku terrrrrajin sikit hari ni. Kalau ikutkan aku nak sambung lepas haji nanti. Tapi lepas haji nanti aku takut terlupa pulak nak bercerita. Maklumlah banyak aktiviti dah nanti...nak usung Marina naik moto lah...heh3...

Macam nilah lebih kurang cerita dia....aku dapat pergi suisse tu untuk winter intake...sebelum ni ada jugak rasa sejuk tapi yang tu sejuk aku naik bas Mas Mara tahun 70-an dulu dari Penang ke KL...ala-ala sejuk cuping telinga...heh3...so sekali ni since aku nak pergi tempat orang sejuk, aku kenalah pakai baju sejuk! Aku punyalah pikir apa nak pakai nanti. Masa tu mana ada internet ka, google ka wikipedia ka...kat mana aku nak dapat informations? Jenuh lah nak cari kat library ataupun pergi tanya kat embassy! Nak beli Lonely Planet punyalah mahal! Aku tanya kat Abang Borhan...macamana keadaan tempat ni...Abang Borhan cakap kalau aku tanya pasal Parit Buntar, tahulah dia nak jawab...kerja dia cuma uruskan orang, sedangkan dia sendiri tak pernah sampai! Heh3...kelakarlah Abang Borhan nih..

Aku capai honda cub C70 aku yang plate number B__5181 tu, terus aku celapak pergi ke Parkson tingkat 1..aku tanya kat Leha, cakap nak cari baju sejuk yang tutup sampai kat leher. Leha cakap kalau setakat nak pergi Maxwell Hill, tak payahlah berangan...pakai sajalah t-shirt pagoda pun ok...aku hangin satu badan!

Aku beli baju sejuk satu yang aku rasa paling cun dalam dunia. Malam tu jugak aku pakai sambil pasang kipas nombor 4! Heh3...Aku dapat SwissAir dari Singapore. Naik MAS kat KL sampai Changi then tukar SwissAir ke Zurich then tukar flight ke Geneva. Lepas tu naik keretapi dari Geneva ke Montreaux. Sampai kat Montreaux yang famous denga Summer Jazz Festival tu, aku pergi tunggu kat satu hotel depan dengan stesyen keretapi. Lama aku tunggu. Alamak, aku teringat yang Montreaux ni dalam kawasan yang berbahasa Perancis...kat situlah aku start bercakap dengan French native speaker...ingat tak dulu aku dah belajar kat Alliance Francaise selama 2 tahun tu? Heh3...ni lah gunanya...memang aku dah plan dari dulu lagi. La ni sah-sah aku dah sampai. Actually masa naik keretapi dari Geneva tu aku tengok keluar tingkap, alamak...ada laut la...kalau tak salah aku, Suisse ni tengah-tengah negara lain, macamana aku ada kat tepi laut pulak? Last-last baru aku perasan yang tu actually Lac Leman...bukannya laut...amboi mak...punyalah luas lake dia!

Berbalik pada cerita tadi, aku tunggu punya tunggu, adalah sorang pompuan ni datang kat lobby hotel sampai bawak kad yang tertulis nama aku. Dia tulis nama "ALI" sebesar-besarnya....lama aku tengok nama tu. Mahu dekat sejam setengah aku tengok pompuan tu dok pi balik pi balik dengan kad nama tu. Last-last baru aku perasan yang tu sebenarnya nama aku....Shahrir ALI....la....depa panggil bapak aku buat apa? Actually kat sana depa panggil pakai surname...heh3...aku ambik beg aku, knapsack aku, longgok kat dalam volvo cabuk dia. Dalam kereta kami dok bersembang sakan. Pasal family aku, pasal Malaysia, pasal suisse, pasal cheese...macam-macamlah kami dok bersembang...last-last aku tanya dia, "dah lama ka kerja drebar?" Dia senyum tapi tak jawab..sampai kat sekolah, aku terpegun...alamak...depan mengadap lake, belakang mengadap Alps...penuh snow...kelllaaasssss! Kalau Leha kat Parkson tu tahu aku kat sini, mesti dia suruh aku beli baju sejuk yang paling mahal...huh, padan muka kau Leha ooiii...hari tu kau ekk sangat dengan aku!

Lepas daftar dan dapat kunci bilik, aku terus pergi bilik dan letakkan barang-barang aku yang sejemput tu...aku tengok kat luar tingkap...pergh...bahagia...aku share dengan 2 orang lagi kawan, Sorang tu nama Ramain Murugeson, budak Sungai Petani tapi dah duduk US bertahun-tahun dan sorang lagi budak Indonesia nama Paulus. Seronok kami dok bersembang. Malam tu ada Party Horey-Horey kat restaurant. Ala-ala Tupperware Party tu....semua students senior yang organisekan. Havoc habis...tengah malam aku dah malas nak ikut cara depa, aku balik bilik sorang-sorang. Letih...maklumlah flight saja campur transit dah dekat 22 jam...kebas ponggong aku! Masuk kat bilik, aku tengok ada notice kat bawah pintu. Aku tengok, dia tulis ada perjumpaan esok kat hall pukul 9 pagi. Oklah....malam tu aku tidur sambil teringatkan aunty! Heh3...

Pagi esoknya aku bangun, mandi, kemas-kemas dan kejutkan 2 orang lagi penyamun. Depa terkejut tengok aku...aku tanya apasal terkejut tengok aku? Depa kata ni winterlah....mana ada orang mandi masa winter? Huh? Winter takdak orang mandi pagi ka? Lepas kena kutuk dengan 2 orang penyamun tu, aku pun keluar bilik dan turun tangga pergi ke hall. Tepat pukul 9 pagi, Student President bagi ucapan.....lepas tu Cik Kiah pulak naik....lepas tu Pak Harun pulak buat ucapan selamat datang...adoi letih aku nak tunggu sampai habis. Menguap sakan aku....last-last depa announce yang ucapan paling penting akan datangnya dari Director Cesar Ritz sendiri. Aku gosok mata, garu hidung, angkat kepala dan tengok ke stage....Depa pun announcelah nama Director tu. Semua orang bertepuk sakan...maklumlah sekolah tu top 5 as a hotel school kat sana! Nama pompuan tu Mrs. Waals....orang habis semua bangun masa pompuan tu naik stage. Aku tak berapa nampak sebab kat depan aku semua mat salleh yang besar-besar. Dalam pada tu aku curious jugak nak tengok pompuan yang depa bertepuk sakan sangat tu. Jengok sana jengok sini, aku terpandang pompuan drebar aku semalam! Pergh...pompuan semalam yang ambik aku kat stesyen keretapi tu? Yang naik volvo buruk tu? Yang aku sangkakan drebar tu? Aku tepuk dahi sambil geleng kepala 6 kali........

Tu dia.....nak jadi cerita....jadi pada episod yang sangat menyentuh perasaan ni, masih ada pengajaran yang dapat kita ambik sebagai iktibar...ok adik-adik semua, keluarkan pen dan pensel, sila salin yea....

1) sebelum melakukan sesuatu tugasan, meeting, interview atau apa-apa saja, jangan lupa buat "homework" dulu...dalam kes ni, study dan cari maklumat tentang negara yang kita nak pergi i.e. cuaca dia, bentuk topography dia (ada ka topography ni?) dan lain-lain lagi. Tak lah jakun tengok lake tapi sangkakan laut!

2) preparation sangat penting. Kalau hotel terms, dia kata "mis-en-place" yang membawa maksud, persediaan sebelum melakukan sesuatu tugasan. Sebagai contohnya, kalau adik-adik kerja kat restaurant, sebelum mula tugas, pastikan barang-barang semua siap, i.e. gelas, sudu, garpu, napkin, air sejuk dll dah siap kat side station supaya tak kelam-kabut kalau guests mintak. Kalau untuk adik-adik yang masih bersekolah, buatkan jadual untuk belajar, ikut jadual betul-betul (bukan macam Uncle kat sekolah dulu!) supaya adik-adik tak panic masa exam nanti!

3) don't judge a book by its cover...dalam kes ni, jangan ingat pompuan yang bawak kad nama kita tu drebar kita! Heh3...kalau adik-adik tengok orang tu nampak selekeh, jangan pandang rendah kat dia. Mungkin dia tu artist yang mempunyai nama besar dalam dunia dia, tengok macamana rupa Einstein....

4) jangan kawan dengan LEHA! Huh, yang ni aku tak tahu nak bagi contoh apa...heh3...

Tu lah dia cerita aku untuk kali ni...dalam sibuk-sibuk jaga orang haji makan dan minum, aku masih sempat lagi nak merepek..heh3...Esok first group nak check out...lega...

26 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

dilla suka yang no 2 tu uncle..
memang betul sebelum kita nak mulakan sesuatu kerje briefing amat penting. selain dari kita baca note tu tugas leader jugak memainkan peranan disini.
-jadul kerja jugak menjadikan kita punyai kerja yang sistematic.Apa yang perlu dibuat tu semua tu kena listkan terlebih dahulu. Kalau main tangkap muat jek rasanya kerja pun tak tersusun.

Uncle
baju sejuk yang tutup muka tu yang macamana? yang ada slempang tu ka?

rezeki berkata...

salam uncle,

bermulalah satu titik perjalanan hidup uncle ke arah perubahan yang membawa uncle sehingga ke hari ini.
alhamdullillah.

tentu kenangan uncle di swiss masih segar dlm ingatan yg akan dikenang spi bila2.

sikap mcm leha tu patut kita hindari, pengajarannya jgn pandang orang sebelah mata, pandang dengan 2 belah mata dan mata hati.

p/s uncle, minta doakan seorg sahabat saya yg baru kembali ke rahmatullah pada pukul 4.00 pagi tadi dalam usia yg masih muda 38 tahun meninggalkan seorg balu dan 3 org anak yg masih kecil. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin. Sakit kanser hati yg baru sebulan lepas dpt dikesan , tapi dh thp 4.Allahyarham Cikgu Khairuddin b Mis. Akan dikebumikan slps jumaat.
Alfatihah.

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

hehe. saya suka tang 'mis-en-place' tuh. saya sudah amalkan pada syarikat saya sekarang ni dalam melayan buffet indonesia yang boleh tahan jugak dia punya 'songeh'. kami dah sediakan siap2 keropok diorang dan buah yang jenis konpem cepat abis. bayar murah pon expect nak lebih2.isk. tapi bak kata ankel, kastemer oweys rait. kita kena layan depa bagi depa puas hati. maaf adalah perkataan yang terbaik utk mengelakkan pergaduhan dan tak ada salahnya merendahkan keegoan kita yang berapa riyal sangat nilainya. so, mungkin kita agak bz minggu2 ini, tapi apapun, kalo turun pekena 'teyyyy' tuh, msg lah yer. hahaha

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

So..pastu camner bila uncle jumpa semula Mrs Waals tu? Wakakakah...:)

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle. Hari2 Mak Aji mesti buka blog uncle. Tertunggu-tunggu kisah uncle seterus dan seterusnya. Bagus sungguh usaha uncle ini yang dapat memotivasikan anak2 muda yang membaca. Macam Mak Aji nih tak berapa tahun lagi nak bersara.

Tanpa Nama berkata...

haaaa.. smbung jgk.. jenuh dh ni dok tgu.. best2.. ahiksss..

tu bju sejuk tu uncle smpan kt ampang ka..?? nnt yuya pkai, psang kipas no. 5, msti sejebik mcm uncle.. ahiksss.. tp dia lg advnce ar dr uncle sbb psang no. 5.. huahuahua..

tp sgh uncle.. byk lecturer2 obersee suka ngn stdnt m'sia.. sbb.. sbb org m'sia mndi pg..!! so msuk clss xla muka lemau..

Yours truly berkata...

ha..ha..ha..nasib nama i bukan LEHA...

Uncle berkata...

Dear Dilla.
Uncle tak teringat pulak Uncle cakap baju sejuk tutup muka...Ish...Dila ni, Uncle cakap tutup leher@turtle neck!!! Kalau tutup muka nak jalan macam mana? Heh3...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Leha tu dulu selalu mintak aiskrim PREE kat Swensens dulu....tiap-tiap kali dia lalu mesti Uncle lari...tapi kadang2 terserempak jugak dengan senyuman aiskrim dia tuh! Heh3...

InsyAllah Uncle doakan..

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Melayan tetamu ada banyak caranya....sila jaga body language kita, face expression kita, gesture kita, bila bercakap mesti ada eye to eye contact, suara yang lembut dll. Ni semua penting dalam "hospitality business"...

Uncle berkata...

Dear KN.
Apalagi...memanjang mengelak lah jawabnya...tapi salah satu subject tu pulak dia yang mengajar...aduh, parah!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Sama lah macam saya, tak lama lagi saya pulak bersara...kira2 tadi dalam 19 tahun lagi!

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni....

Uncle berkata...

Dear UP.
Ntah, apa angin semalam...tiba2 rajinlah pulak nak sambung....walaupun dah pukoi 11.15pm!

Uncle berkata...

Dear YT.
Anda bukan Leha? Mungkin anda Tipah....ataupun Same'ah...ataupun Bedah.....heh3...

Tanpa Nama berkata...

Uncle ucapkan good luck untuk abang.... besok sukuakhir jrleague
semoga berjaya


az(shah Alam)

Uncle berkata...

Dear Az.
Uncle confuse nih. Anak AZ main dalam jr league ka? Team mana? Sebab anak Uncle, Azumi (abang) pun main sama tu tapi team YFA-CIMB dan memang depa ada quarter final...hmmmm

Tanpa Nama berkata...

Anak saya main untuk PKNS tapi bukan team untuk jr league sebab umur dah lebih..he..he (kitaorang penyokong PKNS ler)

Kalau team abang menang sukuakhir dan team PKNS juga menang suku akhir
jadi semifinal YFA lawan PKNS le...ni ala-ala Kelantan lawan negeri sembilan


az(shah alam)

olive oyl berkata...

salam uncle

bestlah entry ni uncle...pandai uncle karang.suspenpun ada ,lawakpun ada...nak tergelakpun ada..

hahaha tak sabar nak baca sambungan part 9........

Uncle berkata...

Dear AZ.
Oh macam tu ka...ingatkan satu team...jurang umur berbeza la ni rupanya...tapi tak perasan esok abang lawan team mana. Main kat padang A&W tu. Aunty mesti sibuk gila...kesian kat dia!

Uncle berkata...

Dear Ton.
yang tu semua kisah yang terjadi kat Uncle dulu. Heh3...

NSK berkata...

Salam...
dahsyat gak ingtan uncle.hampir setiap pekara lps terperinci uncle garapkan kembali..
Teringat zaman mula2 jejak kaki di kaki banjaran titiwangsa,Kuala Kubu Bharu yg sejuk dan nyaman ( 1991 )....

olive oyl berkata...

salam uncle,
citer uncle ni boleh beat drama nur kasih yg tgh hot sekarang ni.....

Uncle berkata...

Dear Nas.
Tu yang Uncle heran sesangat tu...masa study tak pernahnya ingat apa satu...tapi bila horey-horey, semua benda Uncle ingat....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Huh? Nur Kaseh...tidak....not again...Nur Kaseh ni lah yang buat kawan Uncle si Nyamuk tu tak tidoq malam...kesian pulak kat dia, dah lah single!

olive oyl berkata...

salam uncle

syokk oo uncle nur kasih..
eh ingat org pompuan ja tgk nur kasih...tak sangka pulak ada kumbangpun tgk...

pstthhhh...uncle,,tgh karang part 9 ka ?

Uncle berkata...

Dear Ton.
Bukan karang part 9...dok kena hambat dengan tour leader! Heh3...tu yang entry la ni masuk lambat sikit tu...ni baru lepaih tengok American, French dgn Canadian makan...depa settle, Uncle pun lega, balik bilik!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...