Sabtu, November 21, 2009

Panjang sikit nih...

(tu dia aih......part 1)

(tu dia aih.....part 2)

(tu dia aih.....part 3)

(tu dia aih.....part 4)

(tu dia aih.....part 5)

Amboi seronok sungguh aku melayan tetamu hari ni. Malam ni aku tunggu lagi sorang VIP kita. Masa mata tengah dok juling tadi aku lari turun kat Saji kejap pergi minum teyy satu bagi mata cerah balik. Sementara mata cerah dan perut tengah lapar, baik aku taip dulu. Kalau dah sibuk satgi, tak sempat pulak nak karang cerita.

Tadi ada sorang pakcik Indonesia aku jumpa terduduk letih kat depan office aku. Aku tanya pegawai Indonesia yang ada dari mana pakcik ni datang dan pasal apa ada terduduk kat depan office aku? Lepas disoal-siasat, rupanya ada jemaah Indonesia yang tinggal kat hotel aku terjumpa dia kat depan hotel, sesat tak tahu nak pergi mana lalu diajaknya pakcik tadi masuk hotel ni. Bila dah sampai waktu makan, dia tak sampai hati dan diajaknya sekali pakcik ni makan. Jadi bila aku nak masuk office tadi pukul 9 malam aku terkejut tengok pakcik ni dah letih tergolek sorang-sorang kat depan pintu. Petugas Indonesia tu bagi makan tapi dia mintak maaf kat aku sebab tak bagi tahu aku yang dia ajak pakcik tu makan...Ish...takkan aku tak bagi pulak? Blind stomach ka aku ni? Kalau jadi kat arwah bapak aku dulu apa perasaan aku? Aku ajak pakcik tu masuk pejabat aku dan aku suruh dia baring kat atas sofa so good aku. Lepas setengah jam, petugas bagitahu yang kereta dah sampai nak hantar pakcik tu balik hotel dia berdasarkan jag haji yang dia pakai. Alhamdulillah...semoga pakcik selamat ke hotel dan selamat mengerjakan haji...

Lepas pada tu aku tersandar sorang-sorang kat kerusi office sambil dok berfikir masalah dunia! Macamana kita nak memajukan pemikiran kita? Macamana aku nak sampaikan message pada adik-adik semua macamana nak menghadapi cabaran kat tempat kerja? Ditempat kerja ni ada macam-macam perangai. Ada yang terpuji dan ada yang tidak...aku bermula dari bawah. Sama-sama susah tapi aku berusaha dan berusaha. Ada jugak yang sama-sama aku susah dan kurang berusaha tetapi berjaya. Kat situ aku ada sikit sikap jealous. Tapi sikap tu lebih menjurus kepada macamana nak mencapai tahap yang lebih baik daripada kawan aku tadi. Sikap positive. Aku cari strategi dan strategi-strategi aku ada aku cerita dalam entry yang lepas-lepas...tak menyusahkan orang dan tak menyakiti hati orang. Bila tiba masanya aku dapat promotion, kawan aku yang sama-sama tadi dah berada kat bawah aku pulak...Alamak, macamana aku nak bagi instruction kat dia suruh dia buat kerja? Kat situ aku terbantut sikit...lama jugak aku ambik masa untuk convincekan depa yang aku tak pernah berubah...luckily, depa terima aku dengan baik dan kami bekerjasama dengan baik...

Aku selitkan cerita ni bukan pasal apa, Usop Santorian yang ada sekali tu aku masukkan dalam entry sebab dia aku calonkan sebagai "employee of the month" dan dia menang. 2 bulan lepas tu aku tengok prestasi kerja dia bagus dan aku promote ke position Sr Waiter. Kalau kat tempat lain depa panggil Captain. Usop bangga. Usop kerja dengan lebih giat lagi. Minggu lepas aku dapat complaint daripada budak-budak yang sama-sama waiter dengan dia dulu. Depa kata Usop dah banyak berubah dan arahan-arahan yang dia bagi kat penyamun-penyamun tu semua agak keras. Depa tak suka dan rasa macam Usop cuba menunjuk-nunjuk....hmmm...payah jugak situation macam ni.

Aku sebenarnya faham sesangat. Usop muda lagi. Masih didalam awal 20-an. Promotion untuk Usop aku rasa kena pada masa dan tempat lepas kerja dengan aku selama hampir 2 tahun. Tapi apa masalah Usop ni? Masalah si Usop ni sebab tiba-tiba dia rasa yang dia dah senior dan semua orang patut dengar cakap dia. Aku faham yang Usop bukan berniat tak baik ataupun menunjuk pandai. Tidak sama sekali. Cuba perubahan sedikit tu membuatkan kawan-kawan dia kurang menyenangi Usop. Bagi aku Usop tetap Usop yang dulu, cuma kawan-kawan tak dapat terima arahan dia. Usop memang tegas tapi bertempat walaupun kadang-kadang tersasar sikit. Dulu depa sama-sama makan kat cafeteria. Horey-horey sama-sama....tapi la ni bila Usop dah ada tanggungjawab sikit, dia agak sibuk menguruskan tanggungjawab dia. Jadi Usop dah tak sempat nak makan sama-sama kat cafeteria dan dah tak sempat nak horey-horey dengan kawan-kawan dia macam dulu lagi...kawan-kawan dia rasa terpinggir...dan bila depa ajak dia makan sama-sama, dia kata tak boleh sebab nak habiskan assignment dulu. Lagilah kawan-kawan rasa diketepikan...

Aku panggil Usop pulak masuk opis aku dan kami bersembang lama. Aku cakap kat Usop, kerja dia bagus dan ada peningkatan. Aku suka dan aku harap, dia dapat teruskan prestasi kerja dia. Walau macamanapun, aku pesan kat Usop, promotion tu tak bermaksud yang Usop dah ada kuasa veto....Usop masih lagi seorang pekerja biasa yang diberikan sedikit tanggungjawab lebih daripada kawan-kawan yang lain. Laksanakan tanggungjawab tu dengan sempurna. Bagi arahan dan perintah dengan berhemah...jangan tengking-tengking...buat kerja sama-sama...Usop angguk-angguk tapi dia tak geleng-geleng! Usop lebih memahami kawan-kawan tu sebab sama-sama kerja waiter jadi jangan terburu-buru....take your time.....lama-lama kawan-kawan akan dapat terima yang Usop bukan lagi waiter macam depa tapi dah berpangkat Senior Waiter...dan depa akan mengikut arahan Usop. Usop keluar office.....tadi aku tengok si Usop Santorian dengan budak-budak yang complaint pasal dia tengah dok horey-horey sambil lipat napkin yang cuma berjumlah 2500 tu! Depa senyum kat aku dan aku senyum kat depa...

Ok, berbalik pada cerita waiter-waiter tadi, macamana kita nak menangani masalah ni? Sebagai orang yang telah dilantik keatas, kita sekarang dah jadi ketua depa semua. Buatlah kerja dengan baik, bagi arahan dengan baik dan dengar masalah-masalah depa semua. Jangan berubah mendadak sebab kawan-kawan kita tak boleh nak terima sebab dulu kita sama-sama horey-horey dengan depa. Since kita pernah sama position dengan depa, advantage tu terletak kat tangan kita. Waktu santai atau waktu makan duduk sama-sama dan bercerita macam biasa dengan depa tetapi indirectly bagi isyarat yang waktu kerja, depa kena ikut arahan kita. Macam kita main rugby jugak....sebelum masuk padang, kita pi minum teyy tarik sama-sama tapi lepas masuk padang kita Captain dan depa mesti dengar arahan kita. Lepas main rugby kita masih sama-sama duduk minum teyy dengan depa. This is teamwork...laksanakan tugas kita sebagai ketua dengan baik...tunjukkan contoh dan tauladan yang baik sebagai ketua...orang kata "walk the talk" errr...betul ke ayat ni? Fahami masalah depa, be a good listener...bagi advice yang baik...semuanya bergantung kepada kita....

Kepada adik-adik yang tak dapat promotion pulak, terimalah hakikat bahawa adik-adik kurang bagus daripada Usop Santorian tadi. Belajar lagi dan berusaha lagi supaya sama ataupun lebih baik dari Usop...jangan berniat jahat...jangan mengumpat atau mengutuk......sebab nak tak nak dia dah jadi boss kita! Dengar arahan Usop dengan baik selagi dia menyuruh kearah kebaikan...

Pada Usop pulak, aku nak pesan, jangan ego, jangan tunjuk besar kepala, jangan sombong dan jangan tak hiraukan keluh-kesah depa....bantu depa, dengar masalah depa, duduk dan berbincang dengan baik dan cari jalan penyelesaian...

Petang tadi masa aku tengok Usop dok lipat napkin sama-sama dengan penyamun-penyamun, timbul rasa bangga aku kat Usop....aku rasa, he deserved the promotion!

12 ulasan:

http://www.almakki.com.my berkata...

salam uncle....
apa khabr?
thanks dengan nasihat yg berguna ini...saya suka baca blog uncle...everyday mesti buka punya..

CUMA uncle perlu tukar lah background blog uncle dari HITAm ke yang warna cerah sedikit...
Supaya tak sakit mata bila baca...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle
alangkah seronoknya dapat boss yang memahami
kerje pun leh ceria selalu kan uncle...

terharu dengar cerita jemaah indonesia tu
mesti dia penat. nasib baik ada urang tulun dia...
moga bagi mereka yang menolong itu mendapat ganjaranNya

rezeki berkata...

salam uncle,

alhamdulillah, jumaat terakhir sebelum wukuf, penuh haram sehingga melimpah ke luar, jalan jadi saf tempat solat, sungguh indah , allhuakbar

jemaah yg agak tua seringkali sesat di Makkah , pandang semua kelililing sama je, yg muda pun ada sesat, betul kata uncle, kalau kena org tua kita mcm mana, hari ni kita bantu org, esok lusa insyallah org bantu kita.

sebagai ketua, apa yg uncle lakukan tu , memberi nasihat pada sontorian mmg amat betul dan bermanafaat krn ilmu dia masih muda dan sikit pengalaman . Byk ilmu tu takde kat sekolah. Tentu uncle rasa puas apabila teguran uncle yg berhemah dapat diterima dan digunapakai olehnya, akhirnya suasana kerja semakin baik dan ceria sebagai satu pasukan

kalau usop tak mau dgr, uncle suruh dia masuk kump. ahli fikir, baru dia "angguk2 geleng2" ngeh,ngeh,ngeh

ok uncle, selamat berkerja dgn penuh kecerian dlm meraikan tetamu Allah , bulan dpnkan dh balik KL, boleh kita pekena tey tarikk .

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

dear uncle,

kadang2 orang kurang senang melihat orang lain senang! ini dengki namanya. mungkin orang tu tak dapat menerima kenyataan yg orang lain tu lebih baik dari dia! dalam kes usop ni...tentulah dia nak kena tegas bila bagi arahan2 kat bawah tanggungjawabnya tu..tapi kawan2nya pulak tak leh terima, anyway bila uncle dah nasihat tu, mungkin usop dah kureng sikit garangnya tu!!

Uncle berkata...

Dear Man.
Man sehat ka? Man mesti sibuk dok lari merata ni...takpa, nanti kita balik KL sama-sama....jumpa kat aloq staq sama-sama...

Pasal hitam tu, Uncle belum ada masa nak buat, tapi Uncle suka hitam tu sebab peminat "all blacks".....heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Uncle doakan semoga jemaah tadi selamat sampai ke hotel pinganapan dia dengan selamat. Alhamdulillah sebelum dia balik semalam dia kata dia kenyang makan! Yay!!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Uncle tengok, orang tua "sesat" cara lain, orang muda pulak "sesat" cara lain pulak....Uncle pernah ter"sesat cara muda" dulu dan didoakan semoga tak ter"sesat" dihari tua nanti....

Uncle berkata...

Dear KN.
Setakat ni nampaknya bagus...ala....budak-budak baru belajar KN....kalau kita tak nasihat, depa terlencung ke lain pulak....

tajamkannuraniku berkata...

Salam perjuangan...Uncle, salam perkenalan, kali pertama saya singgah di sini..posting yang sangat menarik...uncle punya emosi yang mudah merasa..tahniah syabas..semoga emosi itu memudahkan uncle merasa dekat dengan NYA..tentang kisah Yusuf tu saya sangat bersetuju..kita pasti akan menuai apa yang kita tanam..teruskan memberi dan memberi sebelum sesuatu datang dengan mudahnya...moga di rahmati Allah sentiasa...

Uncle berkata...

Dear Tajam.
Thanks for reading.. Uncle suka advice..bukannta melenting tak tentu pasal..Uncle pernah tiba2 riak bila naik sikit dulu. Uncle pernah lalui apa yang Usop Santorian lalui..semuanya dalam poket Uncle. Pada masa tu tak ada orang yang nasihatkan kecuali mengherdik dan mengherdik. Uncle sedar yang itu bukan cara terbaik untuk mengajar. Uncle duduk dan dengar masalah kedua2 pihak kemudian nasihatkan kedua2 pihak dan tunjukkan jalan yang betul supaya suasana kerja lebih effective. Actually Uncle pun masih belajar lagi.....heh3...

NSK berkata...

Salam uncle....
Fuhhhh lamanya x jenggah blog uncle nie.terima kasih ats story nie.. akan dfkrkan,dpertimbangkan n dphalusi sdlm2nya....
Thanks uncle.ada yg blum selesai antara kita.moga x terhenti,akan bjaya jua.

Uncle berkata...

Dear Nas.
Memang betul...ambik yang elok sahaja....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...