Jumaat, November 20, 2009

Small touch!

(persidangan meja bulat)
(muka aku diblurrkan oleh penyamun...mesti dia ada niat jahat nih...)

(balik nanti aku nak jogging kat sini)

(horey...pisang dah sampai!)

(masa minum teyy tarik dengan faisal petang tadi sebelum maghrib)

Wooohhh, hari ni pun serupa, aku tergolek-golek melayan tetamu. Tetamu yang diundang! Macam aku cakap hari tu, sulah libu-libu woooo. Pagi ni awal-awal pagi aku dapat panggilan talipon. VIP aku dah sampai. Penat dia sampai. Kesian kat dia dan isteri. Sekali ni kedatangan dia aku sambut dengan tangan terbuka. Lari pergi kat Lobby pukul 7 pagi tadi, checked-in kan dia dan terus bawak ke bilik. The moment dia tengok bilik tu, dia senyum pandang aku sambil wife dia kata, "macam balik kampung!". Aku lega dan terus tersenyum. Maksud dia kata macam tu actually dia rasa selesa bila set-up dan bilik aku organise kan yang serupa macam masa dia datang Ramadan hari tu. Aku pesan suruh dia rest sekejap dan aku tunggu kat restauranyt untuk breakfast sama-sama. Bila sampai kat restaurant pulak, staff aku pulak sambut dan ucap "welcome back" kat VIP ni tadi...Kami breakfast sama-sama. Ni penting untuk aku sebab dia tetamu VIP aku dan seorang tokoh yang disegani. Sama-sama memimpin negara beberapa tahun yang lalu. Tokoh ni memang "down to earth". Lama kami bersembang. Dia bertanya pasal aunty dan anak-anak aku. Aku tersentuh bila isteri dia bertanya banyak pasal family aku. Dulu kami bercerita panjang. Cerita-cerita menarik semasa dia masih lagi berada didalam kabinet. Cerita-cerita yang sungguh menakjubkan aku. Membuka minda aku dan cerita-cerita yang membuatkan aku bertambah positive.

Tokoh ni sangat berjasa pada negara kita. Memegang jawatan-jawatan penting dalam party dan salah seorang orang kuat bekas PM kita. Aku terharu bila isteri dia memanggil aku dengan panggilan Encik Shahrir. Nampak sangat halus budi-bahasa dia. Pasangan ini sudah melalui banyak peristiwa-peristiwa penting negara. Aku tak pernah puas bila duduk bersembang dengan depa. Aku tahu apa yang kedua-duanya suka. Malam tadi sebelum sampai, aku letakkan satu bowl daun pudina kat dalam bilik sebab isteri dia suka minum teyy dengan daun pudina fresh dari Madinah. Aku ingat semua tu. Walaupun kecik, ia sangat bermakna untuk aku. It's the small touch that counts.....setiap kali VIP datang ke hotel, aku akan tulis dan hafal semua likes dan dislikes. Sampaikan dulu masa aku kerja kat Sagano, aku cam kasut yang ini siapa punya. Aku susun elok-elok kat luar tatami room jadi bila depa keluar, depa terus serlom masuk...

Ada sekali masa aku jaga sorang isteri VIP ni, dia pun heran macamana aku boleh tahu apa yang dia suka makan. Ada sekali dia panggil dan tanya aku, "Shahrir, macamana you tahu I suka makan ni dan bukan yang tu?" aku senyum...dia sambung lagi, "Then you tahu pulak I suka kalau dihiris macam ni dan bukan macam tu...". Aku senyum panjang. Pada adik-adik yang baru nak mendalami "hospitality" ni, aku ada bagitahu dulu yang "attention to detail" tu sangat penting. Aku cerita sikit pasal attention to detail ni....maksud dia, kita perati, kita ingat dan kita ulang sesuatu yang dia suka dengan ada hadnya. Tak keterlaluan dan tak jugak kurang...part ni payah aku nak cerita sikit but once again, biar aku elaborate melalui cerita merepek aku.

Masa isteri VIP ni ambik makanan kat buffet, aku tengok, dalam kata lain, observe apa yang dia ambik. Kemudian aku tengok apa dan macamana dia makan. Then aku perati kat dalam pinggan dia, apa yang habis dan apa yang tak habis. Lepas tu aku tengok lagi apa yang dia ulang ambik. Makan dengan relax....ulang makan lagi.....makan benda yang serupa dengan santai dan kat situ aku dah capture. Kalau aku takut lupa, aku tulis kat kertas. Nama dia, title dia, apa dia ulang makan. Bingo...aku dah dapat. Jadi hari kedua masa dia datang nak makan, aku tanya samada dia suka makan makanan yang dia makan semalam ataupun dia ada apa-apa permintaan yang specific. Aku bet dia akan terkejut kalau aku tanya dia samada dia nak makan makanan yang dia enjoy makan semalam tu atau tidak. Voila...adik-adik dah berjaya menawan hati dia....kalau dia ada permintaan special, adik-adik keluarkan pen dan kertas dan tulis. Nampak remeh tapi ini menunjukkan yang adik-adik memberi perhatian penuh pada permintaan dia. Tulis dik....garam berapa banyak? Seasoning ok ke tidak? Apa specific sayur yang dia nak etc. Tulis dik......then bila dah habis, ulang balik dan dapatkan approval dari dia sebelum berjumpa chef dan explain supaya chef faham...bila siap, adik sendiri yang ambik dari kitchen dan serve dia. Tunggu for approval dari guest tadi. Bila suapan pertama tu masuk mulut, adik tanya kat dia samada makanan tu kena dengan apa yang dia mintak atau pun tidak....once guests tu angguk dan senyum, adik-adik dah menang half of the battle. Lepas daripada tu, adik-adik cuma perlu cruise along....life is going to be very simple for you...ingat adik-adik, attention to detail in whatever you do. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suruh orang lain buat. They are full of surprises...yang last-last akan jadi nightmare!

Berbalik pada isteri VIP yang kedua tadi tu, setiap kali dia makan, aku letakkan apa yang dia suka kat atas meja dia. Aku tahu warna apa yang dia suka. Jadi makanan tu mesti datang dari one particular country, has to be the same common color that she likes, nicely wrapped, properly sliced......the moment dia terpandang apa yang aku letak kat atas meja, aku tengok dia tersenyum dan mata dia liar cari aku....the moment dia nampak muka aku yang selalu nampak macam kepala penyamun tu, dengan senyuman manis dia cakap "thank you" dengan isyarat mulut saja kat aku......dia senyum...aku senyum....ingat adik-adik, "it's the small touch that counts..."

22 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

alhmadulillah, apa yang uncle dapat tu dari pengalaman yg tidak boleh dipelajari di mana2 universiti pun.

pengalaman mengajar dan mendewasakan kita dalam memeberikan perkhidmatan yang terbaik , syabas uncle

semalam kat tv sebelum tidur tgk total rugby IRB , games 6 nations dan Hall of Fame dia lagenda dr ireland , kalau tak salah Oleary

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle.

Tak letih ke Uncle kerja, lari sana lari sini, layan gess ribu2. Kalau Mak Aji dah terjelepok kat lantai. Bagus nasihat uncle tu "attention to detail". Sama gak kita kena apply kerja kat ofis. Memahami boss apa yang dia suka dan tak suka. Bukan "mengampu" tapi "memahami". Betul tak uncle!

p/s siapa le VIP uncle tuh. let me teka! nama dia S.H.A kan! orang Johor.

Ibu n Abah berkata...

Uncle,
banyak tips hebat dah uncle dok curahkan disini.. akak rasa kalau akak umur 17tahun sekarang ni, akak nak ikut kerja macam uncle lah..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

dear uncle,

pandai betul uncle atur strategi nak menawan hati guest! macamana agaknya strategi "tawan" hati aunty masa memula dulu...heh3 :D

My Life berkata...

salam..
dear unkel
nak teyy dengan daun pudina fresh secawan... hehhehhehe

jaga kesihatan dan dapatkan rehat secukupnya...

kucingorengemok berkata...

ok uncle, cepat - saya suka makan apa? tanya seorang VIC (vi-cat) ;)

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Yang tu memang tak dapat dari sekolah. Yang tu memang dari pengalaman. Sebab tu Uncle suka turunkan...kalau ada yang berminat.

Apasal lah rugby suka tunjuk sekarang ni? Tunjuk lah masa Uncle balik KL!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Saya tak letih sebab kerja ni memang saya dah minat. Saya suka dan saya sayang...saya membesar dengan kerja ni...this is like my "pride and passion"...

On likes and dislikes, tahu kemahuan boss bukanlah mengampu. Tapi yang lebih2 tu yang membuatkan ia terarah kesitu...jadi semuanya mestilah berpada-pada....

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Ayah.
It's never too late...you can do it at home. Memahami apa yang spouse suka dan tak suka....insyAllah akan menjadi bertambah disayangi nanti...boleh juga dengan anak-anak!

Uncle berkata...

Dear KN.
Heh3...yang tu ada strategy lain....

Uncle berkata...

Dear KOG VIC
Uncle rasa KOG ni suka...........................................................................................................................................MAKAN...........................

VOC!

Uncle berkata...

Dear ML.
Memang menyegarkan.............mesti dicuba ni...

PINATBATE berkata...

Uncle seorg pemerhati yg baik..

Yattisa Roslan berkata...

superb!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle suka tengok dan analyze. Ni semua modal jugak untuk Uncle bercerita selain memberi pesan. Heh3...

shaisham berkata...

salam...satu ulasan dan tips yg amat berharga utk mereka dalam industri FnB... inshaAllah tahun depan bln Mac saya akan ke sana,.. besar hati sekiranya dapat ziarah tuan...

Uncle berkata...

Dear Yatt.
Merci beaucoup!

Uncle berkata...

Dear Shaisham.
That will be great! InsyAllah Uncle dah ada kat sini masa tu. Err btw, please address me as Uncle. Lebih "kow tim!"....Uncle bukan bermaksud saya dah tua tapi merupakan panggilan samaran ataupun nickname dari bangku sekolah lagi dan nama tu jugak digunakan didalam cerekarama disini....heh3...

olive oyl berkata...

hi uncle...

dan dan rasa
dahaga dgr teh pudina...
pudina sana segar..depa tanamka uncle..
syok baca cerita uncle...nanti blk nak concern la apa makanan kesukaan family ton..nak buat catitan mcm uncle buat ..

ton kat KLIA ni ..pagi tadi ada meeting kat kl..ni tunggu flight nak blk..flight kul 8.10mlm satgi..

tadi ton nmpk ramai menteri menteri,vip vip..isteri isteri nak berangkat pi haji..pukul 4 td semua dah terbang..

Uncle berkata...

Dear Ton.

Meeting kat KL? Office Ton kat mana? Taiping ka? Cheq dok kat Trong ka? Dulu Uncle terjebak satu projek Biotech kat Trong. Siap keluar paper lagi. MB Perak rasmikan...last2 nganga semua duit takdak! Press conference, Uncle buat kat Mandarin Oriental KL. Gaji pon tak bayaq!

NSK berkata...

Dear uncle....
sy setuju ngan pandangan uncle n mak aji.
Dgn sape2 pun sbenarnya kita harus memahami.kerja akan jd lbh mudah & ringkas.
Yg payahnya kalau... lgsg xda pemahaman.blk2 benda sama gak dbuat.pening...

Uncle berkata...

Dear Nas.

Uncle suka kalau adik-adik concentrate pada satu2 pekerjaan tapi lakukan yang terbaik pada pekerjaan itu. Jangan sapu semua sekali tapi hasilnya tidak seberapa..bak kata orang-orang VANUATU, "Jack of all trades, master of NONE!" yang membawa maksud, "semua nak sapu, tapi satu pun tak bagus!".

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...