(Miss Lee Pui Leng, cikgu Norzila, cikgu Sazali Sam dan cikgu takraw aku, Sabarudin Ahmad - gambar cilok FB senior aku...sorry bro, heh3...)
(tiap-tiap kali aku usung kamera, ada saja penyamun menyelit!)
(buffet pesyen lama tapi trendylah kat sini..)
(gado-gado)
(ikan masin - lepas ratah 7 ekor, aku telan ponstan terus!)
wooooh...hari ni memang aku terasa bahang haji, Breakfast aku dah masuk dekat 1500. Lunch aku dalam 800 dan dinner aku tadi 1300 orang yang makan. Punyalah sibuk bagai nak gila. Dalam dok sibuk-sibuk tu, lauk untuk jemaah Indonesia dah habis. Aku pun lari kedapur nak jerit kat penyamun-penyamun tarbus suruh replenish...budak-budak steward tengah cuci kitchen masa tu...aku nampak Chef Adil tengah bawak "lamb tajin" kat dalam chafing dish untuk replenish international buffet aku. Entah macamana dia tergellincir betul-betul kat depan aku...bedebab jatuh tertiarap. Chafing dish tu aku tengok melayang-layang......(ni macam cerita Matrix nih..). Aku yang dok berdiri tercegat sambil cekak pinggang ala-ala Mak Gayah dan dok bising suruh budak-budak isi makanan cepat tak sempat pulak nak lari selamatkan diri. Habis terpelanting lamb tajin tadi dan kena baju aku...wooohhhh, kuah dia melekat kat jacket aku, melekat kat tie aku, melekat kat rambut aku, seluar aku, muka aku dan segala-galanya pasal aku. Budak-budak dah panic...habislah...kalau kepala penyamun marah.....nasib baik aku ni baik...kalau aku kepala yakuza, habis budak-budak tu semua aku suruh potong jari...penyamun tarbus semua datang kat aku bawak tissue lah, bawak napkin lah, nak simbah air lah...macam-macam...ada yang suruh bukak baju, tie, baju, semua sebab nak tolong aku. Eh gila ka? Takkan aku nak bukak semua? Pelan-pelan aku lap muka dan naik lif balik bilik. Ibu-Ibu dengan Bapak-Bapak tengok aku terkejut! Aku cakap tadi aku masak kuah kacang nak buat gado-gado untuk depa makan! Depa blurrr! Heh3...
Hari ni aku nak cerita sikit pasal cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu. Yang first, Miss Lee Pui Leng. Cikgu ni mengajar aku masa aku form 1 pakai seluar pendek stokin panjang tu. Dia baru keluar universiti masa tu. Selain daripada tu dia mengajar aku Music. Ala...yang kelas horey-horey tu...aku bukannya pandai nyanyi pun tapi pasal Miss Lee ni lah aku masuk jugak kelas koir. Heh3...Miss Lee ajar aku lagu "100 Miles" but in French. Aku dapat join koir group sekolah. Punya happy tak sangga. Seminggu 2 kali kami practise kat IA Block dengan Hall sekolah. Pergh...dalam toilet pun aku nyanyi 100 Miles.....kellasssss...kami masuk pertandingan kat TKC masa tu untuk peringkat daerah Seremban. Aku beratur paling belakang sekali sebab aku besar. Penuh perasaan kami nyanyi. Masa lawan tu, saingan datangnya dari TKC, SPI dan KGV kalau tak silap aku. Nyanyi bagai nak gila, last-last kami dapat nombor 4 dari 4 buah sekolah yang bertanding...heh3...sapa kata aku tak boleh nyanyi?
Miss Lee ni jugaklah yang menambahkan minat aku pada English Literature dizaman muda walaupun aku cuma baca Jane Eyre 10 mukasurat ulang-ulang 8 kali! Ms Lee ni very the caring. Miss Lee mempunyai magnet yang sangat kuat. Sampai hari ni aku heran pasal apa masa dia mengajar, aku tak pernah mengantuk, tak pernah menguap, tak pernah berkelip mata aku dan tak pernah paham apa dia ngajar...heh3...Satu kelebihan Miss Lee, dia suka pakai baju traditional. Selalu pakai cheongsam masa mengajar. Sampailah ke hari ni, masa aku ternampak gambar dia dalam FB senior aku, dia masih macam dulu albeit nampak berumur sikit, tapi tetap pakai cheongsam....manis sungguh...
Yang nombor 2, Cikgu Norzila. Cikgu Norzila ni pun dulu baru keluar universiti. Mengajar Commerce. Kalau aku tak salah, dia tak mengajar aku sebab aku tak ambik commerce. Tapi pasal Cikgu Norzila ni cute masa tu dan penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, aku yang tak kena-mengena pun menyelit masuk dalam kelas tu jugak...heh3...ada sekali tu Cikgu Norzila dah terperasan muka aku dok terselit kat belakang. Dia tanya, "eh cikgu tak pernah nampak pun muka awak sebelum ni?". Pelan....aku keluar dan masuk balik kelas aku.....aku rasa sebab aku tak ambik commerce dengan Cikgu Norzila ni lah sampai sekarang aku tak pandai-pandai....hmmm, part ni aku heran, macamana lah Mak Aji boleh minat dengan nombor-nombor ni semua? By the way, sekarang ni Cikgu Norzila dah jadi Senior Asistant kat SDAR baru yang kat Sungai Gadut tu. Tahniah cikgu....
Yang nombor 3 tu pulak cikgu Sazali Sam. Yang ni memang best sebab dia treat kami macam adik-adik dia. Kami pulak anggap dia macam abang kami yang selalu dok bagi nasihat. Baik sungguh cikgu ni. Dia warden sekolah kami. Kami tak takut kat dia tapi tersangatlah hormat dengan dia. Bila kami dah hormat, kami selalu terpikir tak nak susah kan dia. Macam keluar malam-malam tu....cikgu Sazali Sam ni memang sangat prihatin dengan students semua. Aku tak tahu nak express macamana hormatnya kami kat dia. Tapi memang hormatlah...kalau berlumba lari, memanjang dia menang. Main bola boleh, main takraw boleh, serba boleh ni cikgu Sazali Sam ni...last year aku ada jumpa dia kat reunion di Putrajaya. Nampak yang cikgu Sazali Sam ni dah dimamah usia. Sayu aku tengok....
Yang nombor 4 tu, pergh...nilah yang aku ada cerita dulu kat entry yang terdahulu. Cikgu Sabarudin Ahmad. Dalam entry tu aku sebut SA. Pergh...ganas tuh....kalau dia ronda malam, aduhai....kadang-kadang kami terpikir, cikgu ni tak pernah selsema ka? Deria bau dia memang fantastic. Dari satu block ke satu block kami lari dari dia tapi tetap dia dapat ikut....power sungguh! Dengan rotan satu kat tangan....wooohhhh larik......ni yang aku kata best pal dengan Singh ni.....heh3...Singh, kau jangan marah aku Singh.....
Pada semua cikgu-cikgu yang diatas tu, saya nak ambik kesempatan di musim haji ni nak memohon ampun dan maaf dari cikgu-cikgu semua sebab banyak menyusahkan cikgu-cikgu dulu. Hasil tunjuk ajar daripada cikgu-cikgulah yang banyak menyedarkan saya balik walaupun dah 24 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Kalau boleh masuk "time tunnel" mahu saya patah balik ke alam persekolahan tu dan belajar bersungguh-sungguh daripada banyak main bersungguh-sungguh! Salam hormat dari saya bekas pelajar Tahun 1 Putih, 2 Putih, 3 Putih, 4 Al Tabari dan 5 Al Tabari.......insyAllah kita jumpa di reunion pada December nanti!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, November 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
22 ulasan:
Uncle..
kirim salam kat chef adil..pesan kat dia kalau main skate board tu jgn laju-laju sgt..nanti terbang pulak..susah kepala penyamun nak syampoo rambut dah kena kuah tajin..huahuahua..
ada ker murid-murid lama saya yg dah berjaya ingat kat saya..? tak dak kot...;(
wooo mimpi ngeri betul bila kuah tumpah ke muka dan seluruh badan bermandikan kuah...
macam kisah dalam drama... suka tengok tapi takut kalau terkena...
salam uncle,
jasa guru2 kita mendidik kita mmg tidak terbalas
mcm2 lauk ada, semua menyelerakan
rasanya hari ini dan hari2 seterusnya uncle dh masuk gear 7 kalau ada gear 7 keh,keh,keh
lps habis musim haji , dh slow balik sebelum visa umrah dibuka
diam tak diam dh nk habis tahun 2009
tentu kat dapur tu licin psl ada air, kesian jatuh bedebab, nasib baik bosnya tak naik hangin ngeh,ngeh,ngeh
salam uncle...
hahaha baru dok sebut nama chef adil semlm..
uncle kuah yg mercik tu panaska???
kulit uncle tak sakit/lukaka?
wah uncle bestnya dapat mandi dgn kuah tajin
lawa lawa cikgu cikgu..sekarang
mesti mereka bangga dgn pencapaian uncle
Dear Pinat.
Mesti ada former students yang masih ingatkan Pinat. Mesti ada...cuma la ni depa masih muda belia lagi jadi mungkin kurang yang nak ucapkan terimakasih. Tengoklah 10-20 tahun lagi ramai yang datang usung anak-anak jumpa Pinat!
Dear Ibu dan Abah.
Memang ngeri. Jet Li pun tak pernah buat macam ni. Mungkin Chris Tucker dengan Jacky Chan ada sekali buat...Uncle dah masuk senarai la ni..heh3...
Dear Rezeki.
Memang gear maximum la ni...pagi tadi ada dapat call kata VIP sampai. Kelam kabut gosok mata, sempat mandi ok! Lari turun, organise bilik, organise luggage semua...dan breakfast sama dengan VIP tadi...heh3...depa happy datang balik sini. I gave them the same room they had before. Mengadap kaabah...first sentence depa kata kat Uncle, "Thanks Shahrir, rasa macam balik kampung!" Heh3...
DEar Ton.
Memang hangat. Tu yang hangat hati sama tuh! Anyway nasib baik kuah tajin...kalau kuah masak cabai...jenoh dok mengelupoq tang tu jugak...mata kiri rasa sikitlah...tapi la ni dah ok. Suit Uncle pun dah hantaq express dry clean. Towkay dry clean mai antaq malam tadi jugak kat Uncle. And voila, la ni Uncle dah pakai balik suit semalam tu tanpa bau kuah tajin...heh3...
Assallamualaikum uncle
heh3 uncle heran mak aji suka nombor2, tapi mak aji tak pernah main nombor ye :p. Mak aji pulak heran uncle boleh manage guess 1500 800 1300 dalam satu2 masa. Respect sungguh & tak terbayang macam mana nak masak makanan sebanyak tu. Mak aji nak masak untuk 10 orang sedara mara bertandang pun dah lembik .. heh3.
p/s penyamun2 uncle ganteng le :p. macamana miss Lee boleh maintain ek! gamaknya dia makan 1/2 senduk sehari. Tak le macam Mak aji makan nasi 1/2 periuk sehari .. heh3
Dear Mak Aji.
Jangan terdedaya dengan tipu muslihat penyamun2 tu semua Mak Aji.....semua drama kuat tuh! "Step ant not die one..." @ pijak semut tak mati! Heh3...
dear uncle,
kesian betul kat uncle! tak ambik gambar ke...kak nab dok imagine hingar-bingar-gelak-ketawa-marah-etc yg berlaku tu...tentu si penyamun tu kecut perut lima hari...heh3!
Dear KN.
Petang semalam sebelum Maghrib, Chef Adil datang office apologise. Dia heran pasal apa saya tak marah..saya kata kalau marah apa guna, benda dah jadi...lain kali hati2 sikit...the fact that he came personally to apologise tu dah buat saya happy. Mengaku akan kesalahan!
salam uncle...
tajin ni selain buat kuah..leh buat seterika bajukan,,arwah maktok dok citer dulu dulu depa seterika guna tajin...bg lendik baju
bagus noo dry clean kt sana expresso..uncle..mata uncle dok skt lagi ka?
mujur tk tumpah icing cake ka..jawabnya bkn suit ja..sekali dgn tuan suit kena pi polish kt dry clean...hehehe
Dear Ton.
Tajin ni merupakan sejenis makanan dari morocco. Selalunya kambing. Sedap hingga menjilat kaki! Heh3...
salam uncle
hahahahahaaaa..cheq ingatkan tepung tajin...
Dear Ton.
Oh you got mixed up with "tepung kanji.." Uncle pun selalu jugak mixed up...kita serupa....kita serupa.......heh3...
uncle,
1.suka cerita pasal zaman sekolah kan..saya pun duk teringat cikgu cikgi saya pulak..mmg ada beberapa yg saya sgt ingat,.hahah..teringat cikgu fizik ku yg sgt old pesen, pakai thai besar, suar bawah besar singkat sket dan kdg pakai stoking sebelah lain (carik stokin x jumpa gamaknya)..hehhee
2. nak resepi tajin lamb...mintak kat chef tuh..nak resepi yg sedap dan asli.
3. saya dah letak gambar2 swiss garden resort kat Lumut tu di blog..jadi ke sana dgn family uncle? or lepak di pullman saja...?
perjalanan agak jauh..tpi banyak gak benda bleh buat disana..budak2 tentu suka..
Dear Catz.
Huh? Nak resipi? Yang tumpah habis satu badan tu? InsyAllah nanti Uncle cari but not now...
I'll check your blog but Pullman dah booking!
uncle...
ikan masin buat ku tak tahan
masak pulut cicah ngan IKAN masin
HARU dibuatnya....................
perrghhh....!!! dahsat la Uncle...!! Cikgu Ziela dah jadik SA kat SDAR...!!! fuuuhhhh....!!! dulu ana memang one of the top scorers dlm kelas commerce dia... tapi kecuuuuttt woo dgn "cikgi" ziela nih... garang gak dia...!!
Btw, dunno if Uncle remember, cikgu Sabaruddin, trade mark dia, dia akan sentiasa berdehem kesana kemari & sentiasa ada gula2 hacks kat mulut dia.... hisap rokok banyak sgt cikgu Sabaruddin nih agaknya...!
haha... terkonanggg Den...!
Dear KM.
Mana boleh lupa sebab dia yang ajar takraw dan Geography Uncle yang selalu tak pass tuh! Might be seeing them during reunion nanti, btw, Datuk Shabery Chik is coming tonight. Dia tu senior kita kat SDAR!
Dear Dila.
Tu yang Uncle lepas tu kena telan PONSTAN! Heh3...
Catat Ulasan