Rabu, November 25, 2009

You're simply the best!

(untuk kerja tampar lalat, anda perlukan botol chemical, reket badminton berletrik dan plastik simpan lalat yang terkena renjatan....bro, I salute you!)

(belajar memandu cara sini...)

(penyamun ni lah yang buat mandi semalam...secukup rasa...alamak dahi dia berpeluhlah...secukup rasa???)

(ubi kentang untuk jemaah)

(telur untuk jemaah, setengah hari dah habis tu!)

Esok pagi kebanyakkan guests aku akan check out. Jadi esok, breakfast aku akan jadi tapak pesta....mesti meriah dan penuh dengan warna-warni...seronoknya...tak sabar rasanya nak tunggu esok!@#$%^&*. Tadi aku sempat bersembang pulak dengan guests aku dari Marakesh. Baik sungguh couple ni. Nampak macam muda lagi...semalam aku dah bersembang sikit dengan depa tapi hari ni aku sembang lebih sikit lagi dengan depa. Couple ni duduk kat Marakesh, Morocco iaitu sebuah tempat percutian yang memang aku teringin nak pergi sebab "souq" nya yang cantik dan very traditional. Kami bertukar-tukar name card. Aku tengok-tengok name card dia, mak aiiii.....Al Jazeera! Alamak...tak tahulah kalau Al Jazeera tu kedai jual coklat ka kat sana tapi aku tengok ada lambang-lambang tv...mungkin Jazeera tu la kot...yang ada Riz Khan tu! Mungkin depa wakil kat Morocco. Husband and wife lagi tuh! Dia kata next year nak bawak anak-anak buat umrah pulak. Aku tanya macamana nak tinggalkan anak-anak kecik kat rumah bila depa datang buat haji? Depa kata anak-anak depa boleh hidup berdikari...aku terkejut. Eh kecik lagi anak-anak takkan dah pandai berdikari? Last-last depa bagitahu yang anak sulung umur 18 tahun, nombor 2 dah 15 tahun dan nombor 3dah 14 tahun...alamak, jauh beza dengan aku sedangkan depa nampak muda sungguh! Depa bagitahu aku yang depa kahwin masa kat universiti dan umur depa belasan tahun lagi masa kahwin dulu...

Bab kahwin muda ni memang aku tahu kat Egypt pun serupa. NO OFFENCE PLEASE! Aku tanyalah kawan aku budak Egypt. Pompuan Egypt ni macamana? Depa kata masa muda memang cantik gila...lepas kahwin depa gemuk gila! Then, aku tanya lagi...chef nashat pun cakap yang pompuan Egypt ni garang-garang....kalau balik rumah tu dia malas nak cerita banyak sebab asyik kena potong cakap memanjang...heh3...aku gelak sorang-sorang...hai chef, kat dapur suara dia lah yang paling kuat aku dengar. Belasah sana, belasah sini tapi kat rumah diam rupanya! Heh3...

Ada sorang kawan kerja yang aku kenal ni, mulut dia, masyallah...pon serupa macam chef nashat. Punyalah kuat. Kalau cerita suara dia saja yang aku dengar. Ada sekali kami ajak pergi minum. Dia cakap, "aku nak kena balik awallah...nanti susah..." Heh3...

Aku bernasib baik sebab aunty paham kerja aku. Aunty pun tak banyak hal walaupun aku tahu dia sedih aku tinggal jauh dan aku jugak tahu yang dia susah nak handle semua sorang diri...jadi kat situ, aku sangat respect dengan ketegasan dan kecekalan dia. Walaupun kecik tapi semangat sangat kuat...semangat Jepun...Aku tak susah hati kalau aku tinggalkan lama-lama sebab dia pandai jaga anak-anak. Dalam pandai-pandai tu aku fahamm yang dia sangatlah letih. Nasib baik aku dapat pembantu yang membantu. Rumah aku kecik. Anak-anak aku makan makanan yang senang-senang. Jadi basically, pembantu aku dah tak payah nak jaga abang dan yuya. Cuma jaga yang kecik saja selain daripada jaga rumah yang sekangkang kera tu...dulu aunty selalu cerita yang dia letih nak jaga rumah sorang-sorang. Balik kerja dah pukul 9 malam...nak makan lagi, ambik anak-anak kat nursery lagi, basuh baju lagi, lipat baju lagi...sampai kadang-kadang kalau hujan, neighbour aku yang tolong kutipkan baju. Menangis jugak aunty masa cerita kat aku dulu. Aku jadi sayu terus...masa tu lah aku dok mengenang nasib. Apasallah aku kerja jauh-jauh...kerja kat MBO Galaxy Ampang kan dekat...selain tu dapat tengok wayang free!

In fact kalau aku cuba nak bayangkan apa yang dia buat tu, memang aku tak terbayang langsung...aku tak terbuat benda tu semua. Dah lah dia datang dari jauh...aku pulak tinggalkan dia sorang-sorang. Guilty tu ada jugak tapi aku pesan jugak kat dia kalau ada apa-apa, tolong talipon kat Kak Anne ka sapa-sapa ka adik-beradik aku yang ada kat KL. Infact Ah So yang kat atas rumah aku pun pesan kat aunty jugak. Kalau nak apa-apa, talipon kat Ah So. Dia terjun lompat balcony!

Macamanalah aku nak balas jasa dia ni? Errr...ada cadangan?

32 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ikhlaslah menyayanginya.. jangan sesekali sakiti hatinya.. :)

(pertama kali tinggal komen kat sini)

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle

Terharu dengan kecekalan aunty. Huh respect betul. Mak Aji memang tak larat nak manage rumah tangga. Syukur Alhamdulillah Pak Aji dan pembantu tolong. Uncle balas lah jasa aunty dengan kesetiaan dan kasih sayang. Perempuan tak rela dimadu heh3. susah senang bersama dari muda hingga ke tua.

p/s anak mak aji kawin masa tahun 2 kat universiti. sekarang mak aji dah ada 1 cucu perempuan (agaknya baya marina kot .. 5 tahun) dan sorang lagi perempuan gak, coming disember ni Insya'Allah.

Ibu n Abah berkata...

uncle,
memang besar pengorbanan aunty tu.. walau dibelikan rantai berlian pun tak terbayar pengorbanan isteri yg setia dan tulus menjaga anak2...
tapi, boleh juga kalau dapat rantai berlian tu, sure dia happy...:)

rezeki berkata...

salam uncle,

mesti kalau masa nk tidur , tgn dok atas dahi terkenang keluarga yg jauh ditinggalkan , merantau bekerja dan mencari rezeki

mmg pengorbanan auntie terlalu besar , dialah ibu dan dialah bapa semasa ketiadaan uncle . hanya berpeluang berjumpa dan bermanja setahun sekali sahaja

apa yg terbaik utk membalas pengorbanannya ialah dgn menjadi suami yang terbaik kpdnya dan ayah yg terbaik kpd anak2

semoga uncle terus suksess dlm kerjaya dan kehidupan berkeluarga
insyallah

pss bulan dpn dh nk balikkan coti

kucingorengemok berkata...

sejak kenal blog uncle ni, aunty has been my idol on independence... balas jasa? bawak aunty pegi umrah? how's that? :)

PINATBATE berkata...

Terharu..tak dapat nak bagi cadangan sekarang..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
La...terharu ke? Tak apa nanti Uncle tunggu cadangan Pinat yea..

Uncle berkata...

Dear KOG.
That's interesting. Akan difikirkan...thanks.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang besar bantuan yang aunty dah berikan selama 3 tahun ni. Tahun depan abang nak periksa, walaupun UPSR tapi risau tu tetap ada dan Uncle pulak tak ada...

Uncle berkata...

Ibu dan Ayah.
Psst...anty allergic dengan gold and diamond nih.....reason...reason...

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Saya memang masih setia dan insyAllah akan terus setia. Tak ada reason kenapa harus saya tak setia...thanks Mak Aji! Kirim salam kat Pak Haji..

mama ju berkata...

Ceritalah lagi tentang unti dan semangat jepun itu...nak tau kisah dulu2 tu.Terharu mama membacanya.mama pun ada adik yang bekerja offshore,isterinya memang cekap,boleh memandu jauh dgn anak kecil,semuanya sendiri tapi sedara sekeliling kenalah selalu ambil tahu.ambil hati,ajak dtg rumah,ajak makan dll.Setakat ni alhamdullilah

Uncle berkata...

Dear Kakcikseroja.
Memang Uncle perasan pun baru sekali...but let it not be the last....memang Uncle sayangkan aunty.....bak orang puteh kata.."till death do us part!"

mama ju berkata...

Ada ke panggil dia penyamun....terharu baca N3 ni

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
"Penyamun" tu adalah kata ganti diri bagi "para pekerja yang disayangi"...dan bahasa yang paling "molek". Uncle rasa lebig mesra dengan depa...heh3...err, biar betul nih!

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Uncle bukakan "permintaan" untuk Uncle bercerita...bagi cadangan dan Uncle serta ahli panel yang berjumlah seramai 993 orang akan menilai cadangan tu dan pihak produksi akan bertungkus lumus untuk menyajikan cerita untuk dimasukkan kedalam entry-entry yang akan datang....heh3...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Love her forever & ever! NEVER HURT her feelings...NEVER!

olive oyl berkata...

salam uncle

jasa dan pengorbanan aunty mmg sukar dibalas..
uncle...apa kata march ni uncle bawa aunty ke tokyo(Gotanda, Shinagawa).time tu sakura kembang ...mesti aunty suka...

uncle uncle..uncle ..ni terlambat ni nak ucap selamat berangkat ke arafah..semoga allah permudahkan segala kerja dan urusan haji uncle...take care..bawa selimut ..kot kot sejuk belah mlm...

tah tah uncle dah berangkat.

Mak Aji berkata...

Uncle, Mak Aji dapat bayangkan betapa bising nya dapur uncle. Arab kalau bercakap memang macam orang bergaduh, tapi sebenarnya mereka sedang bergurau.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Tu yang buat saya letih tu...memang kecoh macam kat pasar selayang kalau depa dok kheja..tapi kadang2 seronok jugak bising2 ni...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Kalau habaq kat aunty mesti dia mao...dulu ada kami balik masa season tu dan sangat seronok..that's our plan masa tua nanti. The whole season of Spring we'll be in Tokyo to enjoy the Sakura and jalan-jalan kat tempat kami pernah jumpa dan pergi masa muda2 dulu....by that time anak-anak dah masuk U ataupun kerja kot...and she likes the idea...rumah pon ada lagi kat sana..

Uncle berkata...

Dear KN.
Baik KN (sambil tangan dok tabik!).....coming from an experience person like you, I really have to adhere...thanks KN....

Mak Aji berkata...

Uncle, bila uncle dah habis contract ngan As Safwah, boleh le uncle mintak keja kat Marriot/Millenium Bukit Bintang. Tak lah jauh2 tinggal kan aunty.

p/s pejabat Mak Aji ada gak hotel. Ancasa Hotel (dekat ngan Puduraya). Hotel2 lain kat Tropical Island Resort Penang dan Ancasa Resort PD.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Great....kalau ada nak pakai orang, bagitahu saja....heh3...

Tanpa Nama berkata...

Uncle n Aunty sama2 hebat.

Ms.L pun kagum sgt2 kat Aunty sbb sorang diri menjaga anak2,
berjauhan dgn ayah-ibu,
di negara yg bukan tempat kelahirannya dan saudara baru pula tu...

Besar betul pengorbanan dia.

apa yg diinginkan seorg isteri..
cam dlm lagu terbaru Felix...
"aku tahu apa yang kau mahu..
kesetiaan dan kebahagiaan..."

Uncle berkata...

Dear Ms.L
Kami cuba yang terbaik untuk family didalam capacity kami dan Uncle pun rasa pasangan lain pun rasanya mesti dah buat yang terbaik didalam capacity depa..

Masing nak nyanyi lagu "Better Man..."

olive oyl berkata...

salam uncle...

sweetnya impian masa tua uncle..ni ton tgh bygkan uncle dan aunty tgh pegang tgn jln bawah pokok sakura.....wah romantiknyaaaaaaaa..
hope masa tu blog uncle ni still update ...

rumah kat sana sape yg jaga uncle?
hadiah aunty pearl ..wanita japan suka pearls kan uncle?

Uncle berkata...

Dear Ton.
Hai, dah pukoi beropa ni tak tidoq2 lagi? Esok ngantok jangan salahkan Uncle naa...

Memang teringin nak pegang tangan aunty dan duduk kat bawah pokok sakura sambey bunga dia dok gugoq kebumi....heh3...blog mestilah update!

Rumah tu actually rumah my parent in law....cuma tinggai depa 2 orang ja kat rumah tu...

Pearl kat aunty? Good idea...nanti uncle beli 3 sekali...boleh cat dindin rumah...ICI Pearl Glow! Heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle...bkn suruh beli cat dindinglaaa.pearls rafflesia tu..yg artis artis dok pakai tu.. satgi uncle kata oo rafflesia tu bunga pokok periuk kera la ton...

aritukan aunty ada ckp aunty miss sakura...bapa mentua /mak mentua uncle selalu tk dtg umah kt kl?

lps ni uncle kena tidok sbb esok uncle nk kena layan beribu guest lg...sian uncle...gd nite uncle..kalau lapar mkn..jgn diet...

Asnija berkata...

salam uncle,
bawak aunty gi umrah, berduaan, berpimpin tangan mengelilingi kaabah, berpimpin tangan ketika saie...kemudian, kau gunting rambut ku, aku gunting rambut mu...romantik gitu...

pssss...adakalanya memahami apa yang tersirat dan menberikan apa yang menjadi unexpressed wish aunty pastinya satu kezutan hebat...all the best...

reader x silent dah berkata...

laa, saya ingatkan uncle nak tanya macam mana nka balas jasa ah so yg terjun lompat balcony tu!!!

Uncle berkata...

Dear RXSD.
Thanks for not being silent anymore! Heh3...kesian kat Ah So tu sebab dia ada cancer yang dah masuk the last stage. Rambut semua dah gugur...kami selalu bersembang. Dia kat atas dan Uncle kat bawah...ada jugak Uncle cerita dulu pasal dia...you have a great weekend!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...