Jumaat, Disember 18, 2009

Doa selamat

(dari kiri jawer, aku, kudo, apam, ying dan tak dikenali)

(line up malaysian idol yang serupa walaupun dikira dari kanan...)

(kudo tengah pikir apasal lah depa jemput kami...)

(orang baca doa kat dalam, kami kat luar...macam time sekolah dulu jugak...tu yang ustad dollah marah sangat dgn kami!)

(makan tetap makan...macam makan kat dining hall dulu!)

Hari ni pulak, lagi satu hal...aku ada jemputan untuk berjumpa 4-5 orang geng-geng lama aku di kawasan PJ. Seronok bila plan ad hoc ni...kawan aku ada buat kenduri doa selamat sikit. Tak lah ramai, cuma untuk kaum keluarga dia yang terdekat dan kami penyamun-penyamun yang sama-sama menyamun dulu masa zaman remaja...time-time wayang cerita Flashdance, Tootsie dan Micheal Jackson baru menang Grammy Awards! Memang seronok walaupun berjumpa dengan cuma 4 orang...tunggu bila 1000 orang berkumpul nanti pada 26 Disember di Putrajaya nanti...mungkin Tun akan datang sekali. Heh3...mesti meriah gila nanti...macam biasa jugak, kami dah pakat nak pergi ramai-ramai dan peningkan kepala otak cikgu-cikgu yang akan datang malam tu nanti!

Perjumpaan petang tadi selepas sembahyang Jumaat dimulakan dengan upacara makan-makan sebelum bacaan doa selamat bermula. Kami memilih untuk duduk kat luar sahaja dan mengikuti doa dan bacaan dari sana. Duduk kat mana tu tak penting, janji sama-sama berdoa...masa tu lah yang kami teringat masa kami kat sekolah dulu. Ustad Dollah, Ustad Shafie dok baca doa kat dalam, kami dok kat luar sambil usik-mengusik...mengekek-ngekek kami gelak sambil dok main. Bila prefect sergah, ataupun PIP sergah, kami diam 5 saat...lepas tu start balik....kenangan macam tu lah yang selalunya menjadi modal bila kami berjumpa dan berbual. Ada saja yang kami ceritakan. Modal memang banyak dan tak pernahnya habis!

Sebelum tu pulak, aku dan aunty sempat singgah sekejap kat the Curve. Aku berlari pergi check baju-baju kat Canterburry kot-kot ada baju Rugby World Cup yang baru. Katanya dengan sikap acuh tak acuh, baju RWC akan sampai bulan depan...lambat sungguh Canterburry KL ni...nampak gayanya, aku kenalah order online saja macam dulu dari Lovell Rugby. Lebih cepat dan lebih murah...by the way, aku melalui bantuan aunty, dah pun menempah jersey Jepun untuk World Cup dan hopefully akan siap soon. Siap letak nama aku sekali kat belakang...nombor 6. Nombor aku masa main bola dulu...abang dan yuya pun ada sorang satu!

Ramai sungguh orang kat Curve. Aku dah agak yang aku akan jumpa orang kat situ dan sangkaan aku memang tepat sekali. Aku terserempak dengan Nazli. Assistant Manager aku suatu masa dulu dan sekarang dah ada di Shangri-La sebagai Banquet Manager. Bersama-sama isteri dan anak dia yang berlakon drama 2 minggu sudah...title apa drama tu, aku pun dah lupa tapi katanya cerita pasal baby yang kena abandon! Amboi...kecik-kecik dah berlakon!

Sempat minum berdua-duaan dengan aunty kat Starbucks...pergh...romantica d'amor! Dalam dok minum tu kami teringatkan Royal Bintang Hotel. Lari sekejap kesana dan check room rate. Not bad...terus buat booking dan hopefully the kids will enjoy the stay pasal banyak aktiviti menarik kat situ...aku cuma nak anak-anak aku horey-horey masa aku ada kat sini....Aku cuma nak lepak minum kopi nanti. Depa nak buat apa, depa buatlah....ikut suka depa lah....aku suka sangat suasana cafe's kat situ. Ada style.......

Ni budak-budak sunat tu semua baru lepas basahkan badan...abang muka happy manakala yuya pulak dok geram sebab air terkena kat luka tu....mengamuk sakan dia dan sekarang tengah baring kat atas sofa dengan kain pelikat. Pakai serupa tak pakai sebab asyik dok terselak! Heh3...apalah anak teruna aku ni...Marina pulak jadi tukang report pasal abang-abang dia...sekejap-sekejapp dia datang bagitahu kata, "Papa, tadi Yuya nangis sebab sakit lagi..." lepas tu pulak dia datang report lagi bagitahu, "Papa, abang tak nak makan nasi...kalau tak makan macamana nak baik!" Angin abang-abang dengan Marina! Heh3....aku cuma perati dari jauh sebab aku suka tengok depa bertiga di depan mata aku...tenang aku rasa....

14 ulasan:

My Life berkata...

salam

dear unkel..

kita akakn rasa gembira.. bila org yg kita sayang ada depan mata...

MohdArshad berkata...

Salam...patut uncle baca doa sebab baru balek dari Makkah...

Uncle berkata...

Dear ML.
Tersangatlah bahagianya bila duduk bersama-sama yang tersayang....bahagia sungguh rasa...

Uncle berkata...

Dear Hj Arshad.
Eh, mai la balik KL sat pekena teyy!. Rasa-rasanya, doa, sapa2 pun boleh doa kot...

rezeki berkata...

salam uncle,

tentu seronok jumpa geng2 lama, byk peristiwa dan kisah lucu bila dikenang kembali

ok uncle, selamat horey2 dgn anak2 dan untie

Tanpa Nama berkata...

msti ankel eppi kn.. ahiksss..

Bullet berkata...

Uncle,
Sape kawan hang yg pakai baju putih jeans biru dlm first photo tu? Sopan sungguh gayanye, kalaulah aku ada adik pempuan yg tak kawin lg, nak rasanya jadikan dia adik ipar ...hahaha

ediannuar berkata...

bila uncle pasal marina, yuya dan abang...tiba-tiba saya rasa rindu sangat kat anak saya. la nie saya ada kat bukit mertajam, kg. isteri.... on the way ke jitra.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang seronok sungguh dan kami selalunya sangat rapat antara satu sama lain. Kami bernasib baik sebab persatuan sangat kuat dan unity daripada old boys sangatlah kuat...

Uncle berkata...

Dear UP.
Mestilah happy sebab ni semua geng2penyamun....yang dah berjaya!

Uncle berkata...

Dear Bullet.
pangkin tu sebenarnya sempit. Kami duduk ramai-ramai. So basically ada yang kena sacrifice....tu yang duduk macam tu....

Uncle berkata...

Dear Edi.
Biasalah bila kita dah berkeluarga...jadi pada Edi yang ada keluarga didepan mata, jangan sia-siakan depa...

MohdArshad berkata...

Salam..Terima kasih uncle...pekena tey tarek d saji aje le kami...kalau uncle balek Makkah kami tunggu dgn tey n roti canai Hj Aby d saji...semuga cepat sembuh dari sakit belakang...Insyaallah

Uncle berkata...

Dear Hj Arshad.
Moga2 cepatlah sembuhnya...kirim salam kat teyy dgn roti canai!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...