(budak jepun manalah sorang ni?)
(posing ala-ala bintang filem..)
(cair whooo)
(pi, confirm barang dah clear/ errr budak kecik tu anak aku dan bukannya anak depa...jangan risau pi!)
(tanpa budak kecik!)
Aduh penat aku hari ni berlari kesana-kesini. Apa aku buat pagi ni? Aku sebagai suami mithali dengan bangganya menghantar aunty ke tempat kerja. Sebelum sampai ke office aunty, kami sempat berdating breakfast dan minum teyy tarik sorang secawan....romantic habis...heh3...aku jugak dengan semangat membara telah menjadi seorang gentleman yang sungguh-sungguh gentleman bila dengan bangganya aku membayar teyy tarik yang berharga RM1 segelas tu.....aunty terpegun dengan kemachoan aku...heh3...
Lepas hantar aunty aku dapat satu panggilan yang amat dahsyat diabad ini. VIP aku call dan buat appointment untuk dapatkan tongkat dia. Kami berjanji untuk jumpa kat satu kedai kopi disalah sebuah hospital ternama yang dok ada kat kawasan ampang. Orang masih tak ramai jadi VIP aku sempat menyamar untuk menjadi orang kebanyakkan....mengekek-ngekek kami gelak bila dok cerita pasal Mekah dan Hajj trip dia tempohari...Ni lah VIP aku yang tak toleh kiri-kanan bila makan "sardin goreng" tu...heh3...kembong perut aku.
Aku bawak kereta macam alonso pergi ke office president aku pulak...si Kudo. Meeting place? Di sebuah kedai kopi yang separa ekslusif dicelah-celah bangunan buruk dan berhadapan dengan sebuah syarikat insurance ternama.....apa kami buat? Minum teyy tarik lagi....mak aiiii.....kaya mamak hari ni...kami pekena sorang 3 gelas...melelong jalan ke toilet lepas tu! Tapi berjumpa dengan president aku yang tak perlukan protocol ni bukannya senang...dia ni pun "geng kapchai" jugak...dan bukannya "geng bas sekolah"...yang tu confirm...
Aku lari ke Parlimen sekejap sebab ada jemputan dan nak jumpa orang penting kat situ. Lepas Press Conference F1 dan nama-nama pemandu diberitahu dan lepas aku shake hand dengan Alex Yoong, errrr...memang pendengaran anda masih baik...aku tak tipu...Alex Yoong driver F1 tu shake hand dengan aku. Unfortunately, terkejut punya pasal, aku tak sempat nak ambik gambar...kalau ada pun mungkin sipi-sipi muka aku terselit dalam Berita jam 8 malam tadi kot...lepas tu kami pergi minum lagi. 3 cawan kopi aku bedal!
Balik rumah tadi aku dah kembong perut senang hati...memang gendang gendut tali kecapi betul!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, Disember 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
25 ulasan:
mau kencing maneh la ankel lgu ni.. ahaksss..
ankel ada umah kn kt s.d..?? smpang lepaih mekdi tu..
perghh!! uncle sampai Malaysia dah masuk geng VIP,jumpa president sana-sini,keluar masuk parlimen..isyy! peristiwa paling gempak dia abd ini..
hehehe..nampak camera Yashica ..untukmu ibu
salam uncle,
gendang gendut tali kecapi,
kembong perut senang hati.
ngeh,ngeh,ngeh
selamat berhari minggu utk uncle walapun hari ni hari selasa
dear ankel,
tengkiu bebanyak ankel.. mesti my mum senyum sorang2 tengok barang nostalgia tuh.
ankel sempat tak brainwash budak2 tuh. kasi cerdik sikit. wakakaka..
doa2lah bagi jadi elok semua. insya
allah keep in touch. sekali lagi, terima kasih bebanyak. nanti diorang kawen, jemput datang terengganu! belasah keropok lekor! hehehe
sibuk betul uncle....
tapi.. kalau dah sehari 7 gelas teh tarik, cuti sebulan ni nak tambah berapa kg!
tambah dengan makan masakan aunty lagi!
Dear Pinat.
itu actually jemputan terkejut tu....dan Uncle pun terkejut sebab first time masuk Parliment....ramai sungguh menteri kat situ...tak sangka yang Malaysia ni ramai menteri!
Dear Pinat.
Yashica!
Dear Rezeki.
Memang gendang-gendut habis...tapi masalahnya bukan gendang...tapi gendut!!!!!
Dear Lotfi.
Jangan mak dok senyum sorang2 masa makan keropol lekor sambil cicah budu sudah!
Dear Cikgu Math.
Ohhhhh tidak..........tu babak ngeri tu!
Dear UP.
Rumah tu abang Uncle dah take over dan la ni disewakan....
As'sallamualaikum Uncle
Alex Yoong! hah, jelez lagi Mak Aji heh3. Uncle, hati2 minum teh & kopi. Jangan bebanyak, nanti terpaksa telan Nexium. Boleh dapek gastrik ooo.
Mak Aji sekang ni terpaksa kurangkan makan nasi sebab dah mengah nak memanjat tangga monorel & LRT setiap hari ... heh3
Uncle & Aunty breakfast ala2 romantik gitu, memang satu pasangan yang ideal :)
Dear Mak Aji.
Yang seronoknya, since saya tengah dok bersembang dengan CEO Proton, dia datang salam dengan Datuk Proton then bila sampai kat saya, saya sebutlah nama saya, I'm Shahrir...", tahu apa Alex cakap? How are you Dato'? Heh3....memang dia tak tahu yang dia salam tu driver kapchai....bukannya driver F1.....heh3....I'm on cloud 9!!!!!
Wah, si Alex Yoong nih memandai betul. heh3
Insya'Allah satu hari nanti Uncle memang boleh dapat Dato'. Rupa dah ada, ketinggian dah ada, warna rambut !!! memang dah layak heh3.
Selamat berlibur dan berhoneymoon uncle :)
Salam uncle...
harap2 masin mulut Alex Yoong tu ye..tp kalau dah bergelar datuk opss Dato' Uncle,
jgn la lupa kat kita, org kebanyakan ni..heh3
Hi uncle, sorry Ms.L baru je tau uncle dah ada di M'sia..Welcome back... moga ceria & meriah selalu di samping keluarga..
Bulan ni Ms.L sibuk memanjang..nak akhir2 tahun ni sampai 3 new model jln serentak..
masa cuti sekolah ni la pulak, tak blh nk ambil cuti..kesian kat anak2 memerap je kat rumah.
Tp last month Ms. L ada bw diorg gi Pullman Putra jaya tu..tp my opinion tempat tu tak begitu memuaskan..(tak setaraf htl 5star)
kolam mandi kanak2 pun kecil.semuanya jauh-jauh..dari bilik nk ke lobby pun ambil masa.restorant pun byk tak operation lg..emm pendek kata not satisfy la dgn harganya..
Anyway harap2 u all will enjoy gi sn coz ada pertunjukan bunga api ye masa tu..
sore ja genki de ne
Dear Uncle..
amboi busy habis...
kalau menteri wilayah persekutuan macam nie..
enjoy your day uncle...
p/s: amboi kena teh tarik tak ingat dunia....control..control...nanti harga teh tarik naik bcoz demand tinggi sangat...
hehehe
salam...
dear unkel..
dah balik malaysia upanya,,,
bawak ler family bercuti ke kelantan
Dear Mak Aji.
Rambut saya hitam...yang putih tu sebab mata Mak Aji dah diselewengkan...heh3...keciknya si Alex Yoong tu, patut boleh masuk dalam kereta F1 tu...errr lupa nak cakap, saya sempat bersalam dengan Tony Fernandes sekali...yak-yak yay!
Dear Ms L.
Yang Uncle dapat mungkin cuma Atok...title tu kalau naik kapchai pun orang tak heran.....heh3...
Pullman memang banyak restaurant tak bukak lagi....kalau bukak pun orang takde, masalah jugak...rasanya mungkin tak bukak kot...you take care and have good time with the family!
Dear Husin.
Esok ada banyak appointment lagi....pagi ada kat Bangsar dan tengahari will be at Kiara....maklumlah baru sampai...jemputan ada lebih sikit....heh3...lepas tu memang tak kemanalah!
Dear ML.
Memang teringin nak kesana balik sekali lagi tapi belum ada kesempatan...aunty pun sibuk nak masuk hujung tahun ni...anak nak khatan lagi!
suka tgk baju baju marina...mcm mcm fesyen..comel....patutlah uncle melt dgn marina ni...comel sungguh marina tidok tp mulut ada lollypop..
Dear Ton.
Hari ni dia kena tinggai sebab uncle and aunty ada hal tadi!
Wah balik sibok macam menteri?Jumpa lak org peting2...
Catat Ulasan