Isnin, Disember 28, 2009

Malaysia meriah!

(lepas dinner kami ke Cyberjaya)

(dari kiri abul, apam dan aku)

(macam kat sekolah dulu....time speach semuanya hilang!)

(seronok jumpa depa ni..)

(baju merah tu organiser besar tu...si AYAM 84!)

(geng2 penyamun senior)

(meja aku...alamak sapa pompuan tu?)

26/12 lepas aku ada dinner di Putrajaya. Dekat seribu orang jugaklah...yang bestnya malam tu Tun Mahathir pun datang bagi speech jugak. Macam-macam cerita ada! Rugi sapa yang tak pergi. Kebanyakkannya rambut dah putih. Semua geng zaman-zaman Woodstock! Heh3...aku sampai ngam-ngam dah dekat sembahyang Isyak. Pahlavi dah siap tunggu kami kat dewan Puspanita. Jumpa senior-senior kami yang dari tahun 60-an zaman Pop Yeh-Yeh@Hippies@Woodstock, jumpa senior tahun 70-an zaman-zaman M. Daud Kilau dan kami dari zaman-zaman 80-an mewakili peringkat Duran-Duran, Flock of Seagulls, Iron Maiden, ACDC, Black Sabbath dll. Heh3...memang haru-biru! Ada yang usung anak berderet-deret dan kami, macam biasa, tak usung sapa-sapa! Kalau nak usung spouse pun memang depa tak nak ikut sebab malam tu sessi kami bersambung dengan sessi Teyy kat Cyberjaya sampai pukul 3.30 pagi! Hau-hau dok menguap...tapi kalau nak jumpa penyamun ni semua, memang kami sanggup hau-hau pun!

Sapa aku jumpa malam tu? Rahman Yeop, Munas Senior (tukang cucuk aunty), Munas Junior (Tok Mudim anak-anak aku), Baduk, Kiak, Brutus, Mat Grrrrr, Yek, Ayam dan beratus-ratus lagi yang aku pun dah lupa nama betul depa. Budak-budak batch aku jangan ceritalah...oh yea, tak lupa, special appearance daripada Uncle J. Uncle J ni sebenarnya senior aku kat seremban dulu rupanya. Dia ada jugak baca blog aku dan bagi komen-komen bernas dulu. InsyAllah kami akan jumpa lagi nanti kat Pullman dan akan bersambung cerita dongeng kami sampai ke pagi! Heh3...

Hari ni kami sambung lagi "adhoc meeting" kat Wisma Pekeliling. Ada lah 4 orang lagi selain daripada aku yang ada sama berlunch tadi....Apam, Kudo, IQ, Jawer dan aku. Kami balik pukul 4.30 petang...sama macam orang Gomen balik dari office! Kellaassss.....apa agenda kami tadi? Kami dok bersembang pasal reunion tahun depan. Ulangtahun ke 25 kami merosakkan harta benda sekolah! Mengekek-ngekek kami gelak walaupun kami dok ulang tayang cerita yang serupa setiap kali kami berjumpa...heh3...bila aku nampak muka-muka depa, terbayang aku muka budak-budak umur 13 tahun waktu 1981 dulu....la ni anak-anak kami tengah menuju ke sekolah menengah dah pun...cepat sungguh masa berlalu dan semahunya kami tak mahu masa tu bergerak langsung...biarlah kami dengan kawan-kawan masih ditahun 81-85....mana mungkin....

Sebelum aku pergi meeting tadi, aku sempat ke DBKL untuk settlekan saman parking aku yang aku kena 2-3 hari lepas tu. Aku cilok harley aku ke Kampung Baru. Depa kata kalau nak discount aku kena pergi ke Jalan Raja Laut. Aku celapak atas moto dan terus ke sana. Nasib baik depa kata Jalan Raja Laut...kalau depa kata kat Acapulco ka....jenoh aku nak kesana! Parking aku, macam biasa...kat atas divider tepi pintu DBKL! Nasib baik tak kena saman lagi sekali...heh3..."aku mudah lupa...". Depa bagi 50% discount sebab depa kata aku berkelakuan baik selama 2-3 hari tu. Jadi, aku bayar cuma RM50!

Pagi tadi pulak, anak dara aku dah kunci pintu bilik dari dalam. Dia kata tak nak kasi orang masuk....dia lupa yang aku pun orang jugak! Last-last aku kena panggil "tukang kunci", pecahkan door knob aku, ganti door knob baru dan bayar RM40! Ah Pan dah tibai duit aku pagi-pagi buta...apa, dia ingat aku chop duit? Ah Pan ni handyman aku dan berbelas tahun. Dari aku baru kahwin dan masa tu dia suspicious dengan kami. Bila aku dengan aunty panggil dia dulu, mata dia dok liar perati satu rumah...maklumlah masa kahwin dulu yang ada cuma honda cub dan mungkin dia ingat kami masa tu dok boypren-gerrpren...sampailah la ni anak aku 3, aku dok panggil si Ah Pan ni jugak. Tukar lampu, flush rosak, tukar knob, pecah pintu, semuanya Ah Pan yang buat. Sampaikan masa aku tak dak kat rumah pun dia dok buat kerja kat rumah aku. Ah Pan ni aku suka sebab tak banyak hal. Lepas 10 minit mesti sampai kat rumah aku. Charge pun tak mahal. Berbaloi-baloi...

Esok pulak, apa plan aku? Aku dengan aunty nak lunch kat Renaissance Hotel then berdating, then tengok wayang (sherlock holmes kot), then pergi Garden sekejap jalan-jalan sambil pegang-pegang tangan...heh3...jangan jealous yea....

32 ulasan:

mama ju berkata...

Salam Sahrir...mmemang indah hidupmu,terbang kesana sini..mengimbau masa lalu.Ah seronknya berdua di taman....(buat le yg terbaik sebelum terbang lagi...)

MohdArshad berkata...

Salam...Uncle jgn pergi lake garden ya nanti kena kantoi dgn Mutawek...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Sekarang ni adalah masa untuk kami horey-horey....bagi aunty horey2...bagi anak-anak horey2...dan bagi mama horey2...."Hidup Biar Sedap!"

Uncle berkata...

Dear Hj Arshad.
Okay...tak jadi pi lake garden hari ni...tapi kami nak pi The Garden....(new shopping complex). Mungkin kat situ mutawwaf tak dak kot.....heh3...

Ibu n Abah berkata...

Uncle,
seronok akak dengar uncle nak berjalan dan berdating-dating dgn aunty hari ni. Aunty yg sabar menanti uncle memang wajib uncle melayannya bagai queen masa uncle cuti ni....
Selamat berhoyeh-hoyeh.... :-)

Mak Aji berkata...

As'sallamualaikum Uncleeeee, Saba' Khairrrrrrrr.

Setahun sekali reunion memang seronok ye, horey-horey :) Isteri kawan uncle kat dalam gambar tu! sanggup dia ikut sang suami gi reunion heh3. Sanggup dia dengar kisah budak2 nakal 815! heh3.

** uncle tingkatan 1, Mak Aji pengantin baru heh3.

Uncle berkata...

Dear Ibu dan abah.
Itu menjadi salah satu dari tanggungjawab saya dan dijalankan dengan sempurna. Saya doakan agar Ibu dan Abah pun BAHAGIA. Heh3....

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Mungkin nak tengok betul ke husband dia tu pergi dinner dengan kami? Heh3...tapi kami ni tak perlu dirisaukan....topik perbualan kami masih berkisar kepada zaman nakal remaja dulu jugak...in fact anak dia nak masuk form 2 sekolah yang sama....best sungguh...anak-anak saya pun kalau pass periksa, nak jugak saya hantar balik kesana...sekarang kat sungai gadut. Naik moto pun dah sampai! Heh3...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle....
oldboy reunion ke....
bestnya. manfaatkan masa yang ada jejumpa kawan2 nih'

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang selalunya macam tu lah kami. Bila berjumpa susah sangat nak berhenti. Mungkin this weekend pun ada lagi kot but on a smaller scale....that's how close we are!

DadaIQ berkata...

Hi Uncle,
Pecah tembelang IQ ponteng keje pi lunch dengan geng2. Anyway, dah paham sangat...kalau dah jumpe dengan geng2 sekolah ni, memang macam tu lah. Kita orang pun kalau jumpe geng2 STF, mau tak mau balik. Tak boring2 dok cerita benda yang sama...

Tanpa Nama berkata...

dok blh tgk dh kt dahi ankel ada chop "AKU BAHAGIA" gitu.. ahiksss..

Mak Aji berkata...

Alhamdulillah, uncle & kengkawan uncle semuanya dah berjaya.

Tanpa pelajaran tinggi, manakan bisa mengecapi kejayaan & kedudukan yang baik. Setinggi manapun kebolehan, tanpa kelayakan, tidak akan kemana. Resam dunia yang menyakitkan :(

Insya'Allah Abang tahun 2011 boleh masuk sana gak.

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

kena dengan tajuk. malaysia meriah. eh, satu malaysia, eh. melayu mudah lupa. wkakakaka.. salam utk penyamun2 senior. kami pasti akan menyusul nanti. hehehe

p/s : cerita benar nih, asnawi (si penyamun kecil) mimpikan ankel. dia kata ankel dah tak datang mekah lagi. siap sedih dan mungkin ada menangis dalam mimpi tu, tapi dia tak bagitahu pada saya. hahahahaha.. memang penyamun amat menyayangi bosnya. hahahaha..

azieazah berkata...

Alaaaa UNCLE niiii... asyik dating jerrrr... bila nak dating dgn kitaolang? cewahhh...> ayat jelesssss

Selamat Berdating UNCLE dan UNTIE... moga sejahtera selamanya...

shitah berkata...

uncle, rahman yeop tu yg dulu penah jadi pengarah matrikulasi kedah ke ? orang yg sm ke dgn my ex director ???

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Err, yang tu IQ lain tu....nama dia rasa2nya IQKL kot....budak Taman Tun! Heh3...

Semoga teman kami tidak di "quarantine" kan....err...drive safely yea...what about breakfast on sunday? Dah balik KL ke?

Serious...yang tu IQKL bukannya IQ Keramat...

Uncle berkata...

Dear UP.
Macam tu lah Uncle dan jugak penyamun2 yang lain...bila dok jauh lagu ni, kalu balik, kami mudah lupa.....heh3...atau buat2 lupa!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
A small@tiny correction here....tak semua yang berpelajaran tinggi akan berjaya dan begitu jugak, tak semua yang berpelajaran rendah tak mampu berjaya....saya bekas lulusan grade 3.....pada satu peringkat, yang membezakan semua adalah usaha setiap individu itu sendiri, drive dia, keinginan untuk berjaya dan untuk bersaing dengan positive. Malangnya, ramai adik-adik yang mengambil kelemahan itu sebagai satu halangan untuk tidak berusaha untuk berjaya! Please read my previous entries on "Mulanya Disini".

Uncle berkata...

Dear Lotfi and Asnawi.
Janganlah buat spekulasi ni...."kami cuma berkawan....tapi mesra..." heh3...ayat-ayat cliche!

Si Penyamun Nawi tu tak basuh kaki kot masa nak tidur? Ish......next week insyAllah Uncle akan sampai ke Muzuem Islam untuk tengok gambar2 yang penyamun Lotfi tangkap...

Yang Benar,
Kepala Penyamun!

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Let me know if you are in the vicinity...i'll go and meet up with you. Aunty tengah cuti ni, boleh usung sekali! Heh3.....of course la naik moto....

Uncle berkata...

Dear Shitah.
Thanks for reading cerita2 dongeng Uncle ni....Rahman Yeop was our former teacher in seremban. a good one! I'm not sure whether that's the same person that you are referring to...tapi mungkin yang sama...the one that i'm talking about is perhaps almost 70 years old now.

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle

Terima kasih kerana membetulkan Mak Aji. Sebenarnya Mak Aji dah 2 kali round baca blog uncle. Betul cakap uncle. Berusaha berusaha tanpa jemu dan mesti ada target, disamping doa ibu bapa kita yang tercinta.

Bebudak sekarang ni uncle, lemah sikit semangat dia orang, agaknya banyak sangat makan MC Donald heh3. Segala-galanya nak segera dan cepat. Tak berapa sabar.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
La...baru 2 round? Ingatkan dah berround-round! Heh3...err...Mak Aji dah breakfast? Makan apa tadi?.....makan dengan Pak Aji ka?

Mak Aji berkata...

Mak Aji kat ofis dah, makan roti aje ngan Nescafe. Dah 2 minggu melupakan nasi lemak heh3. Konon aje tu. Minggu depan tak tau lagi heh3.

Pak Aji kerja kat Kajang. Pagi2 dia kena makan nasi. Kalau tak terpaksa telan Nexium 20mg :)

mama ju berkata...

Salam Uncle

Wah bestkan auntie cuti,boleh terbang lagi..mamaju terbayang adik yg bekerja di osea,bila blk usung isteri dia ngan moto besar kegentinglah,ke cameronlah,perjumpaan geng motolah.kecut perut dia duduk kat belakang tu.Hari ni mana pulak?

ms.legolas berkata...

Dear Uncle,

seronoknya tgk uncle horey2..

btw, uncle ada di M'sia sampai brp hb?

syitah berkata...

ya,,.kot mcm tu en rahman yeob tu lah..dulu dia pengarah matrikulasi kedah..org yg sm kan, so small dunia ini

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Alamak, Pak Aji kerja kat Kajang? Err...don't tell me yang dia kat Penjara Kajang...sebab one time my brother kerja kat sana!

Pak Aji pun geng Nexium jugak? Heh3....tadi pi cari benda tu tapi sold out!

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Aunty tengah cuti la ni sebab kalau kat Jepun pun hujung2 tahun ni memang depa cuti seminggu sebab tahun baru tu ibaratkan Raya untuk depa....big celebration!

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Kalau nak ikutkan my leave application, sampai end of January and fly back 1st of February...itu kalau ikut lah...heh3...

Uncle berkata...

Dear Syitah.
Most probably the same person. He was with Kementerian Pelajaran at one time. Unfortunately I didn't snap a photo with him sebab ramai sangat seniors yang dok kerumun dia....memang he is one of a kind!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...