Khamis, Disember 24, 2009

Royale Bintang, Curve Part 1

(kawan marina...spongebob!)

(dari balcony bilik)

(same spot)

(aku dan 3 sekawan)

(aunty dan 3 stooges)

Pagi tadi aku tak sedar diri. Terjaga dah pukul 6.30 pagi. Memang tak sedar diri! Kalut aku bangun dan terus check mama. Aku tanya mama dah makan atau minum ke belum? Mama kata dia lapar. Aku suruh Era buatkan susu. Err...by the way, sekarang aku ada 2pembantu kat rumah aku. Wiwit jaga rumah dan anak-anak aku manakala Era pulak solely jaga mama. Kami adik-beradik yang organisekan Era untuk jaga mama. Since mama duduk dengan aku la ni, jadi Era pun mengekor sekali. Dia tidur dengan Wiwit. Memang malam-malam depa dok "wok-wit...wok-wit..." (riuh-rendah).

Lepas bagi mama minum "special milk", aku teringat yang rantai harley aku ada bunyi "kruk-krak...kruk-krak..." Tepat pukul 9 pagi, aku menghala ke Pekan Ampang yang jaraknya sepelaung dari rumah aku. Pergi kedai moto kat belakang rumah. Aku kena sembelih RM45! Dulu aku dok dengar orang cakap "spoket...spoket..." last-last aku tengok kat kotak rantai tu yang satu set, dia tulis "SPROCKET". La.....bahasa orang putih ka? Aku ingatkan bahasa melayu....masa aku nak balik dari kedai moto, aku dapat call dari REZEKI bagitahu yang kami perlu berjumpa! Kami setkan dalam pukul 10.30 pagi. Aku balik sat, sikat rambut hitam aku, terus buat WILLIE dengan Harley aku sampai kat Pelita, Ampang Point. Kat mana aku parking? Biasa lah...kepala penyamun....tepi Pelita, kat atas divider, sebelah meter parking! Huh...PUAS!!!!

Kami pekena air sampai 7 gelas....heh3...baru boleh panggil TT session! Banyak yang kami bualkan dan banyak pengalaman yang kami kongsi bersama. Aku berbangga dapat kesempatan berkenalan dengan sorang lelaki gigih macam Rezeki. Alhamdulillah...rezeki dia melimpah ruah! Seorang yang cepat mesra dan kaya-raya dengan pengalaman...thanks Rezeki for the time walaupun aku tahu si Rezeki ni tersangatlah sibuk orangnya.

Aku pecut balik rumah lepas tu. Nasib baik kali ni moto aku tak kena saman...pernah sekali masa aku pergi buat payment kat Citibank, bila lepas buat payment aku jalan dengan semangat ke moto...sampai aje kat tepi moto aku tengok ada surat saman dalam bakul harley aku! Aku pergi bayar saman RM10! Heh3...

Aku balik rumah. Check samada mama ok ke tak. Era cakap mama dah makan. Aku lega...anak-anak aku pun semuanya dah makan. Bagus! Aku siapkan barang-barang, tunggu aunty balik kerja. Petang tadi sebelum keluar rumah, aku suapkan mama makan lagi. Aunty balik dan mandikan mama then aunty sapu ubat kat kaki mama. Dalam hati aku terdetik..."I married the right woman!"

Lepas tu abang dengan yuya dah asyik dok tanya aku kalau-kalau kat hotel nanti ada long bath ke tidak sebab depa nak berendam. Aku cakap mana boleh berendam...depa bukannya badak...dan kalau berendam nanti habis kembang, sapa yang susah? Depa angguk pelan-pelan dengan muka senoneng! Kami terus check in dan bilik kami memang macam iklan berbaloi...budak-budak happy dan aku puas tengok muka depa..

Kami turun untuk dinner kat DOME. Aku tak jadi makan sebab the day before aku dah terlebih makan. Jadi hari ni aku cuma light and easy. Oh yes...aku pergi check body fat kat Curve tadi and surprisingly, body fat aku cuma 19% dan aku berada didalam kawasan selamat. Heh3...BAHAGIA!

Anak-anak aku seronok. Bawak jalan tengok lampu dan depa masing-masing kata yang depa teringat kat Tokyo Disney. Lepas ronda-ronda dan depa complauint terasa ngilu, kami pun decide untuk balik bilik supaya depa tak ngilu lagi...heh3...

22 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

sempat lg uncle bawa laporan terkini, he he he uncle mmg superb

seronok dpt jumpa uncle secara "live" , kongsi cite , tabik kat uncle krn berjauhan dgn keluarga dan ibu tercinta demi sebuah kehidupan dan ketabahan uncle patut dijadikan contoh utk anak2 muda

tu kalau lama sikit , mau 18 gelas hi hi hi

semoga kehidupan uncle dan keluarga sentiasa di bwh kerahmatan dan perlindungan Allah SWT

azieazah berkata...

UNCLE.. dlm hidup kita ni, kalu dapat sentiasa bersama keluarga dan orang tersayang, itu sudah cukup nikmat dan bahagia...kan?

Suka nyer tengok Marina.. mata dia cute... Ikut Mama dia kot..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Laporan mesti ada...Karam Singh boleh buat...takkan Uncle tak boleh? Heh3...apa2 pun the morning TT session was really good...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang betul especially kalau duduk dgn keluarga. Sebab tu lah Uncle ambik kesempatan yang pendek ni untuk jaga mama dengan sebaik mungkin...tadi call Era, dia kata mama dok tidur....

Pasal mata marina pulak, definitely ikut Papa dia....phewwww wiiit!

Tanpa Nama berkata...

lama xpkai ayat "sepelaung" tu.. ahikss..

ankel mmg married to d rite woman.. i saw it.. auntie superb..!!

alang2 ankel dh dok kt dmansara, ello mai la.. lh pekena tey buang 10-11 gelas.. ahaksss..

olive oyl berkata...

salam uncle

hahaha...amboi aihhh...sejak akhir akhir ni..nama bahagia sentiasa di bibir uncle..tah tah che bahagia dok asyik tersedak ja kat sana...

seronok tgk aunty,marina dan abg abg,,,really..jelas terpancar kegembiraan di wajah masing masing...really bahagia..hehehe(opss tersedak lagilaa)

olive oyl berkata...

salam uncle

bahagianya anak anak uncle apabila papa suap makan..harap2 tersedak lagi che bahagia kita..hehe

maaf uncle ton ni dok tenggelam timboi mcm sabut...hehe...
uncle,have a spectacular time holiday-ing with aunty n kids ok.... ;)

mama ju berkata...

Salam.Wah berbahagialah hidupmu Shahrir.REZEKI tu mcmmana agaknya orgnya ya!

Uncle berkata...

Dear UP.
Rasanya mungkin tak dan nak lari pi sana kot...Satgi nak bawak depa pi One Utama sat...balik rumah...rest sat...malam ni ada kat Carcosa for dinner.

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang seronok sangat bila dapat duduk dengan depa ni. Tak mao pi mana rasanya...nanti bila Ton dah ada keluarga, macam tu lah Ton akan rasa!

Uncle berkata...

Dear Ton.
What else can you ask for besides having a close-knit family and enjoying every second being together...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Thanks a lot.

Fida berkata...

Alangkah "bahagia"nya bila kahwin dengan orang yg betul2 sayangkan kita, kan?

;-)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

pergh uncle..laporan sentiasa update, cayalah uncle.
sonok tengok Marina. ceria sungguh dia. kim salam kat unty erk uncle

rezeki berkata...

salam uncle,

saya dh spi pinggir hutan, esok nak masuk hutan bang 3-4 hari he he he

enjoy your holiday

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

ankel,

baca cerita pun dah bahagia, bonus dapat tengok gambar,

lagi bahagia kalo mengalami sendiri yer..

semoga berpanjangan bahagia hendaknya !

allahumma baarik feehi wala tadurruhu.. amin.

doa kasi jauh penyakit2 hasad orang.

Uncle berkata...

Dear Fida.
Memang betul tu...I feel that I'm the happiest person...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Sorry 2 hari tak update....tak menang tangan...will do esok!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Tu lah asal-usul "orang hutan"...heh3....anyway, take care and regards to your wife!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Jangan risau dan ambik pusing pasal orang tu...do your best...ikhlas....niat baik dan jangan hasad pada orang, insyaallah Lotfi selamat...doa dari kepala penyamun!

Al-Manar berkata...

I marvel at the number of entries you continuously make. This time I must stop to say Happy New Year, which follows the Selamat Maal Hijrah, to you and family.

Uncle berkata...

Dear Pakcik.
To get a comment from Pakcik is such an honor indeed. Thanks for reading and Happy New Year to you too!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...