(marina sempat main sementara aku tunggu ubat kat APSH)
(surat apa tu?)
(surat saman parking DBKL la...)
(Marina atas kerusi Aceh...tapi bukan di Aceh..)
(Marina berlatarbelakangkan dinding Aceh....)
(Marina pose maut ditangga hotel Aceh..)
(cuba cari kesalahan kat situ..malunya!)
(horey2 di mc donald bangsar)
Pagi semalam aktiviti aku masih penuh, melawat kawasan dan bertemu rakyat jelata....heh3...apa aku buat semalam? Pagi macam biasalah. Aku kan driver....jadi pagi semalam aku hantar aunty pergi kerja. Tiap-tiap kali aku lalu, aku mesti pergi ke Infokraf Center sebab memang kena melalui jalan tu. Bila lalu kat infokraf tu, mata aku mesti dok "loq-liaq...loq-liaq..." tengok Royal Chulan....bila tengok hotel baru tu, hingus dengan air liur aku mesti meleleh...meleleh sebab aku teringin nak buat hotel opening lagi...dan lagi...dan lagi...nampak dari luar, mak aiii...grandnya...semoga service dan segala-galanya grand. Jangan cuma nampak saja grand! Cilok sana cilok sini, kami breakfast dulu kat Infokraf Center. Situ bagus sebab ada ample parking lot dan parkingnya tak perlu bayar.
Lepas tu baru aku hantar aunty pergi office. Sekarang ni nak pergi office dia cuma 15minit saja dan bukannya macam dulu. Isi minyak RM50, habis 2 hari! Balik rumah sampai pukul 9 malam dan kalau hujan sampai rumah pukul 10 malam....anak-anak dah tidur! Sedih kami mengenangkan masa-masa tu.
Rest sekejap kat rumah dan sebelum aku keluar meeting tengahari semalam, aku suapkan makan tengahari kat marina dan yuya. Bila abang tengok, dia pun nak jugak...aku suka sangat suap depa makan...rasa macam ada "special bonding" kat situ. Teringat masa mama dok suap aku dulu masa aku kecik-kecik...dah habis depa makan, aku suapkan mama pulak. Sedap aku tengok mama makan. Kosong pandangan mama....mama makan habis sepinggan. Dalam makanan mama aku masukkan carrot dan potato yang aku rebus lama-lama sebab mama dah tak ada gigi. Aku puas tengok mama makan sampai habis sepinggan. Malam tadi aunty pulak suapkan sambil aunty cuci kaki dia yang luka. Setiap kali sembahyang aku sentiasa memohon agar kami tidak "dihilangkan" kesabaran sewaktu menjaga mama. Aku memohon supaya aku dapat menjaga mama selama mungkin semacamana mama menjaga aku dari dulu sampai sekarang. Aku mintak dipelihara tingkah-laku aku, tutur kata aku, nada suara aku supaya tidak menyinggung perasaan mama. Aku sayangkan mama...
Tengahari pulak aku usung Marina pergi meeting sekejap. Sempat melencong ke Bangsar lepas parking kat Telawi 3 depan Starbucks! Aku lari ke Mc Donalds berjumpa kawan aku kat sana. Marina makan ice cream dan aku minum OJ. Lama kat situ, kawan aku tanya. Kau dah bayar parking? Alamak...part tu aku longlai sikit sebab aku terlupa macamana nak bayar parking. Aku terlupa yang aku kena bayar kat meter dan tayang kat dash board. Terlupa langsung! Aku masih dok ingat ada orang datang letak tiket kat screen. Aku berlari ke kereta yang jaraknya 400 meter. Terasa macam Nordin Jadi dok lari 400 meter berpagar kat sukan SEA dulu! Aku pun terikut macam Nordin Jadi....lari-lari lompat....lari-lari lompat....aku lari sebab nak kejar, takut kena saman dan aku lompat sebab ada longkang....amacam, sama kan? Yang bezanya cuma Nordin tu Nordin Jadi manakala aku pulak Slalu Tak Jadi! Bila sampai kat kereta aku tengok brother tu dah selit satu saman kat screen aku dan dia sempat jerit kat aku dari seberang jalan...."Encik nak parking satu hari pun boleh....saman, saman dah!!!!!" Aku golek-golek kat Jalan Telawi 3 sambil nyanyi lagu DJ Dave..."Maafkanlah....maafkanlah....". Penyamun tengok aku terus pecut motor. Heh3...
Lepas meeting kami diraikan dengan makan tengahari oleh depa. Hala tuju kami? Tempat yang sangat mengerikan....Pelita (eh...ka Kayu?) Bangsar....tempat orang-orang tak sedar diri makan...tempat orang yang dah tak punya masa depan makan....dan tempat makan yang selalu doktor-doktor persendirian selalu syorkan untuk makan supaya berat badan naik, darah naik, gula naik, segala-galanya naik! Very sinful indeed! Aku order maggi goreng tapi dilarang keras. Aku dipaksa makan nasi kandar berkuah banjir dan sotong sambal, dan perut lembu dan daging kambing dan kuah taruh atas....aku meronta-ronta nak lari tapi diikat dirusi besi dan di paksa makan......oh...tidak! Kesimpulannya, aku makan dengan tersangatlah lahapnya!
Aku lari balik ke ampang sebab abang ada appointment pulak dengan adik dr jisim...dr jawi! Doktor bagi clean bill of health tapi bagi ubat sikit kat abang sebab dr kata kat abang sambil melutut dan tangan menunjuk ke muka abang..."Luka yang lama terguris kembali...." Kami keluar hospital lepas bayar ubat. Tak boleh skipping sebab nanti aku sakit belakang dan depa pulak akan bengkak alat sulit nanti....
Aku memecut laju membelah jalan ampang. cilok sana, cilok sini....kidnap pompuan jepun sorang dan bawak balik. Heh3...Puas! Sampai rumah, aku terlelap dan anak-anak aku kejutkan aku pukul 6,cakap aku ada dinner appointment pulak kat Sime Darby Convention Center. Pergh.....first time terasa penting dan sibuk! Mandi, siap dan terus memandu laju. Bila sampai, aku tengok reporters ramai....ish...ni bukan untuk aku kot...sambil geleng-geleng kepala. Orang penting sampai. Kami bersalam. Dia suruh aku ikut dia. Aku ikut kat belakang.....apa function ni? Aku duduk kat meja vip, aku dongak kat stage, tengok-tengok depa tulis..."majlis Perasmian Pro Golf Malaysia" Whooohooo...ni bukan untuk aku ni...mati-mati bukan untuk aku.....oh tidak............errr kesimpulan dia, kalau tak keluar bahagian sukan dalam berita semalam, mungkin akan keluar malam ni Prime News at 8pm samada RTM ataupun TV3 ataupun Astro. Kalau nampak sorang teruna pemalu dok jalan belakang VIP sambil kepala tertunduk syahdu masuk convention centre, tolong jangan mengaku yang hangpa kenal aku naaaa......heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
26 ulasan:
Salam UNCLE SHAHRIR...
I suka baca blog U... sejak semalam pagi I start baca dari mula entri lagi.. belum habis. Nanti sambung lagi...
Seronok baca kisah perjalanan U (wpun entri2 awal no pics...) dan kisah2 pengalaman untuk berjaya.. boleh menjadi motivasi pada generasi seterusnya...
And, I like your jokes... hahahaha... gelakkk
Oh ya.. saya rasa tulisan kat sign board tu terpusing kut.. TUU sepatutnya TUN..
dok musykil ni.. cemana depa print wording kat signboard? main tampal2 or depa guna blok dan paint?
hmmmm.... tak alert langsung..
Anggap jerlah yang buat tu bukan orang kita...
Lucu sungguh tulisan sahrir kali ni ,senyum kambing mama.Pandai betul mengadun cereta.Teruskan...Nampak gaya shahrir ni orang penting jugak kat Malaysia!
M 4 marina....................
shuntek baju Marina...
wah hotel acheh kat Kay ell ke uncle
bila nak singgah bangi ni uncle
dear uncle;
tahniah dpt surat cinta...yg x berapa nak cinta..
Dear Azieazah.
Uncle seronok bila bertambah ramai yang Uncle berjaya "pesongkan..." Heh3...and selalu Uncle pesankan...ambik yang positive sahaja. Tapi kalau ambik yang negative, cuba ubahkan sendiri supaya menjadi positive dan dapat membantu Azieazah...
Dear Azieazah.
It's an "eyesore" and someone has to do something about it....no doubt it's a small error butought to be rectified immediately.
Dear Mama Ju.
Pergh...nasib baik senyum kambing...kalau senyum itik ke, senyum angsa ke, senyum mentadak-mentadu ke....NGERI woooo!
Dear Dila.
Memang cantik kalau Marina yang pakai....kalau dia pakai pampers pun Uncle akan cakap "Cantik nya pampers dia..." Heh3...
Dear Yatt.
Bila kami lama tak jumpa, macam tulah jadinya! Anyway Uncle pesan lain kali kalau nak jumpa kat Starbucks Bangsar, sms je lah...tak payahlah susah2 tinggal surat! Tu style lama...tak "savvy" langsung penyamun tuh!
Uncleeeee !!!!!!
* bangau oh bangau, makan apa kau makan * heh3
* Mak Aji oh Mak Aji ... makan nasi kandar berkuah banjir dan sotong sambal, dan perut lembu dan daging kambing dan kuah taruh atas *
* bangau oh bangau .. memang itu makanan mu Uncle. Esok jangan lupa singgah chow kit, beli penimbang LOMBU * hehEHEHEHEHeheh3
Feliz Navidad, Uncle. Kat KB ni pun winter wonderland sekarang ni..
Dear Mak Aji.......
Heh3....habis diet....esok ada dinner kat Carcosa....lusa ada dinner kat Putrajaya......BAHAGIA!
Dear Fida.
Is there any side effects? Assuming that it is a medicine...eh kat KB tu katanya dah surut!
ankel dh makin power.. jaiyu2 ankel.. ahiksss..
Dear UP.
Apa yang powernya....belakang pun sakit....battery pun dah nak kong nie....
ankel power sbb dh nk jd antara pmbesar negara dh.. ahiksss..
men dgn dok sakit xlega2 lg tu, cita dia nk kena blik p ngurut kt tok tam kola nerang la cmni.. ahiksss..
Dear UP.
Tom Tam tak power...baik pi kat Tok Cha....heh3...btw, Uncle ingat lagi masa kecik2 dulu mama bawak pi jumpa Tok Aji Azid kat situ jugak. Kononnya nak mintak ayaq penerang hati...apa yang nak terang pon tak tao la...masa nak jumpa tu Uncle nyanyi lagu..."... eskiu eskat Tok Aji tukang chat!". Lepaih tu entah apa dia jampi kat ayaq tu, periksa memanjang FAIL! Dia pon ada bela apa....heh3...
uncle, dah sehat.. patutlah bawa kete macam F1..
Baik-2 uncle nanti kena saman tn polis..
Dear Laalaa.
Apasal lambat pesan? Semalam dah kena saman DBKL RM100!
uncle..kalau dah jadi pembesar negara nanti jgn lupakan kawan lama naaa....
Dear Oinat.
Apa yang Pembesar Negara ni? Dengarlah si Pet tu dok merapu!
xmerapu eh.. doa tu.. ahiksss..
lepaih ni muka ankel ja la selalu front page brita harian.. hak3..
salam uncle..
uncle..ton ketinggalan ni...berita rtm,tv3 semua dah terlepas...ruginya tak dpt tgk uncle dalam tv.kat suratkhabar mesti ada ni....
pandai anak dara uncle posing mcm mcm pose..cute dan berseri seri..berkat oil of olan ka uncle??
uncle...sekarang ni uncle mmg dah dalam kategori vvip...and will be pembesar negara soon...ameen..ton yakin...really yakin..
Shahrir,
hehehe.... your story telling is excellent la... Keep on writing!
Zaleena
Dear Zaleena.
Amboi aihhh...lama sunggoh tak singgah rumah I.....bila nak pekena teyy ni? Kirim salam kat abang!
Catat Ulasan