Rabu, Disember 24, 2008

Asa gohan...

(tengah panaskan croissant aku sendiri!)
(nangis tok arab sini kalau tak ada telur rebus pagi-pagi)
Pagi ni aku macam biasa lepas ronda-ronda check sana-check sini, group jemaah haji
pun dah start makan, terus aku datang office. Alah....office aku yang sekangkang kera ni kan kat belakang dapur...so senanglah nak monitor budak-budak yang masuk lambat. Depa tak ada jalan lain kecuali kena lalu jugak kat depan office aku ni...so pada yang datang lambat tu, sekejap lagi sampailah e-mail aku kat chef bagitahu yang budak-budak dia masuk lambat, then macam biasalah, disciplinary action then aku sign dan hantar HR, settle...masa aku jadi prefect kat SRJK Bandar Hilir Melaka dulu pun serupa macam ni jugak. Tiap-tiap pagi kena jaga gate belakang sebelah sekolah convent tu. Tunggu budak-budak datang lambat naik basikal. Sebab ramai budak-budak kena report dengan aku kat dalam list yang berjela-jela tu, tahun 1980 nama aku tertulis sebagai Head Prefect kat SRJK Bandar Hilir Melaka masa darjah 6. Masa tu kalau tak silap aku, aku selalu tolong cikgu Rafeah. Sebab anak perempuan dia cute! Sampai dah tak ada barang kat dalam kereta cikgu tu yang aku nak bawak, siap tanya lagi, "Cikgu....kasut ni nak bawak naik pejabat ke?" Cikgu Rafeah jadi blurr sebab tu kasut husband dia yang memang selalu kat dalam kereta! Biar betul budak ni......
Gambar yang first gambar bakat terpendam aku untuk panaskan croissant pakai toaster. Malas nak bawak belakang masuk micro wave ke oven ke, janji cepat dan menyelerakan. Kat belakang aku ada 3 jemaah nak buat toast yang sama. Heh3...innovative dan creative tak? Depa tu tengok je apa yang aku nak buat.....eh makcik pun nak ke? Aku croissant tu cicah kopi je...ada satu benda yang aku nak cakap. Waktu makan, ada beberapa makanan yang dicategorykan sebagai boleh menggunakan tangan (table manners@etiquette), burger, fried chicken dan breakfast bread. Jangan malu, ni memang diterima pakai satu dunia. Kalau orang tegur, cakap Uncle yang kasi green light. Depa kenal tu siapa Uncle.....
Satu lagi, gambar telur rebus. Tok-tok Arab kat sini nangis guling-guling kalau tak ada telur rebus kat buffet breakfast. Ada sekali aku sengaja tak letak kat buffet sebab nak tengok reaction, wah...kecoh satu hotel! Cerita pasal telur rebus ni aku teringat masa kecik-kecik dulu, alah...sekarang pun kecik lagi...masa nak pergi sekolah, mama selalu paksa aku makan telur setengah masak. 2 biji then campur kicap dan campur pepper sikit. Mama cakap badan jadi sihat dan kuat. Lepas makan tu memang badan aku jadi sihat dan kuat. Masa tunggu bas sekolah makcik Zaharah datang, aku suka main "chap tey" (bulu ayam segenggam kat bawah ada getah)dengan budak-budak jail (anak-anak warder yang sama macam aku). Siap lipat lagi member sebelah. Memang bagus telur setengah masak tu. Bila sampai sekolah tak sampai sekerat hari, aku pun dah setengah masak. Telur setengah masak punya pasal, setengah kelas aku dah tidur!
Then masa aku kat SDAR pulak, mama siap pergi sekolah cakap kat Pakcik kantin tu suruh buat telur setengah masak tiap-tiap pagi kat aku. Special punya siap dengan toast lagi. Budak-budak lain makan kat dining hall, aku kat kantin. Special treatment. Waduh..telur setengah masak lagi...
Then masa aku kerja kat Jepun dulu, staff cafetaria ada breakfast. Aku pergi breakfast jugak ikut samurai-samurai yang lain. Apa menu breakfast dia? Nasi satu bowl, miso soup satu bowl then telur 2 biji. Aku yang tak tahu apa-apa ketuk-ketuk lah telur tu kat bowl sebab ingatkan telur rebus...rupa-rupanya telur mentah. Gaul dengan nasi dan hirup miso soup. First time memang geli, tapi tiap-tiap pagi macam tu, aku pun ok pulak.....dah jadi Jepun. Aku rasa lah....sebab makan telur mentah kat Jepun tu, timing aku pun dah jadi tepat@punctual macam Jepun. Kadang-kadang Wakana pun mengeluh sebab time aku lebih punctual dari Jepun! Heh3...

10 ulasan:

VimmiYasmin berkata...

uncle
sebab ikut Jepun laa
BERJAYA nya Uncle sekarang
Segan nak panggil Uncle
Baru 40 rasanya kan

Dah jadik Director!!!

PINATBATE berkata...

syukran Uncle bagi idea..tak pernah terfikir nak panaskan croissant cenggitu...

Uncle berkata...

Dear Vimmi.
Memang Uncle baru 40 (baru ke?) Tapi nama Uncle tu memang ada sejarah dia. Tu kena baca posting lama2. Pasal berjaya tu Uncle kurang pasti tapi yang betulnya memang Uncle kerja 100%. I love my job!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Nak ikut ke? Tu actually style orang pemalas macam Uncle ni...heh3...

Uncle

VimmiYasmin berkata...

iskk iskk iskk
beza 5 tahun je

Uncle kat Rennai lama betul!
Suka makan buffet lunchkat sana! Mewah sampai JULING bijik mata! Makan free saya selalu malu2 sebab rasa2 mcm staff kat situ semua tau saya makan free! ha ha ha
Ms Vanitha ada lagi ke kat situ?


Uncle
pandai tak masak? he he he
balik KL buat kenduri tau!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Very interesting entry!! Reading your blog can enlighten up my day...he3.
Esok dah nak fly back home kann :)

Uncle berkata...

Yes Vimmi. Satu RKL Uncle ronda. First Club Floor Manager, then RS Manager then Vogue Cafe Manager then Sagano Japanese Rest Manager last2 jaga semua sekali. Heh3...tu yang semua guest ingat Uncle walaupun Uncle jarang ingatkan orang! Vanitha i'm not sure whether she's still there or not. Maybe kot. In fact most likely I'll meet up my old RKL guest kat Vogue Cafe for lunch. Table 61!

p/s Uncle pandai rasa. Uncle kalau masak selalu takde resipi. Main campak-campak je tapi orang suka!

Uncle

Uncle berkata...

Interesting ke Kak Nab? Seronoknya...nanti saya balik KL nanti lagi banyak yang interesting, rasanya. And yes, spot on....I'm flying back tomorrow. Yea! Ni tengah malas nak kerja la ni. Masa ni lah bos mintak report la, handover list la, gambar la...kalau depa nak cuti, hilang macam tu je!

Uncle (grrrr)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle....
aduhai dah miss banak entry ni
uncle sehat ke?
moga ceria dengan entry yang baru

Kuey san berkata...

Salam Uncle,

telor mentah gaul dengan nasik??
yuckkk :P

hohoohoh

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...