Selasa, Disember 16, 2008

Jeddah and MAS

Internet ni buat hal lagi lah....tak boleh nak upload gambar lagi sekali. Macam semalam jugak...oklah labu, aku hutang gambar lagi sekali!

Hari ni aku pergi Jeddah, MAS Office kat Jamjoom dengan driver kami si Hisyam al Kus-Kus! Hisyam ni budak Badwi sorang lagi. Depa ni dulu dok bawak unta tapi bila dah sampai kat dia, dah modern sikit, so dia bawak GMC! Tapi perangai Badwi tak pernah hilang. Habis semua orang dia maki. Kacau betul si Hisyam ni. Sampai semua lane kereta dia rembat.Emergency lane pun dah jadi lane dia! Kalau kat KL memang sah kena saman ni masa balik Raya. Dulu si Hisyam ni driver bas ekspres long distance, so cara dia bawak memang Lewis Hamilton akan bagi dia laluan untuk jalan dulu. Kelam kabut aku tekan break walaupun break tu kat kaki dia. Dah terbiasa rasanya dok tekan break! Bila aku complaint, dia kata "mafi mushkilah...mudir!" @ lebih kurang kalau direct translation tu "No problem...bos..."

Aku pergi MAS office sebab nak tukar confirmation tiket aku ke 25/12. Si Irfan yang buat tiket aku pun dah kenal muka aku sebab selalu sangat tukar tiket. Then dia cakap kena SR350. Huh? SR350? Pasal apa? Irfan cakap dia kena upgrade class aku baru ada seat. Aku cakap aku tak nak bayar extra tapi aku tetap nak seat! Hari tu dia kata ada, pasal apa hari ni takdak pulak? Dia pun check lagi then dia kata ada pulak...memang nak kena pulas telinga ni budak ni..tak pun ketuk-ketampi ni...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle ;)

like always.. ur writing mmg klakar.

balik Malaysia ye Uncle?

hoho.

welcome home!


ps: mekasih kerana singgah kat kuey-san's blog (",)

Uncle berkata...

Heh3...kelakar ke? Uncle memang suka macam tu but I tell you, kalau orang tengok Uncle (staff Uncle lah) memang depa kecut perut. Tapi bila dah kenal, heh3...baru tahu. Oh yes, balik KL. Abang dgn Yuya nak sekolah. Then Marina tak tengok otoosan dia dah dekat setahun...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...