Rabu, Disember 17, 2008

Russian Market in Jeddah?



Masa aku balik dari Jeddah lepas tukar tiket balik KL untuk horey-horey, si Hisyam al Kus-Kus tu bawak kami pergi Russian Market. Pergh...power rasa macam dok kat Padang Besar! Ala..barang-barang macam kat siam tu...part ni aku kurang sikit tapi seronok masuk situ sebab orang Rusia memang ramai. Depa ni macam gypsi. Depa datang dengan bas besar macam bas ekspres Durian Burung! Tapi dalam tu dah siap modified untuk keperluan harian siap dengan dapur, katil, almari dll. Macam caravan la jugak. Berselerak depa duduk. Bukan puluh-puluh orang lagi dah...ni dah masuk ratus-ratus orang ni...bila malam menjelma, depa pasang khemah dan tidur dalam khemah kat tepi jalan. Kita tidur dalam khemah kat Batu Feringgi tapi depa dalam khemah kat tepi jalan. Mula-mula aku ingat nak join depa buat camp fire...heh3...(teringat masa zaman scout camping kat Ulu Bendol!). Hafitah...Ulu Bendol kat mana?


Kalau tengok gambar tu betul-betul, ada orang kat atas bas tengah susun carpet. Berpuluh-puluh carpet depa beli. Balik nanti meniaga la tu...entrepreneurship tu ada..Aku tak dapat bayangkan depa mai dengan bas berapa lama? Dari mana depa mai, crossing which and how many countries? Must be interesting to follow. Macam going through the Silk Road in China. Cerita pasal Silk Road ni aku teringat regular guest aku dulu kat RKL. This lady ni selain dari aku dok jumpa makan kat restaurant aku, selalu jugak aku jumpa kat gym yang aku pergi, SWEAT CLUB. Kami selalu jugak sembang, so satu hari dia tanya aku nak ikut dia pergi China ke tak? Huh? Aya amoi...how like this? Then dia cakap we go for 3 weeks ony...bring only RM15,000...the rest I support you...huh? Biar betul amoi ni...she's in the mid 40's.Then I asked how la? Dia cakap ala senang je, the husband is the Petronas Expedition Leader for Silk Road (for that year) and they have another one more seat to be filled. Ooooo like that one aahh...you make me saspen ony la.....she giggled! But she's a nice lady and 2 days later she brought her husband and introduced to me. Anak-anak belajar kat boarding school in Australia. So since duit dah terlampau banyak, depa selalu organise trip macam tu. Siap ada doktor lagi then along the way they also do charity work. Repair toilet, paint old folks home segala....so conversation aku habis kat situ saja.

Tengok bas depa siap dengan tent untuk tidur. Rasa macam kat Acapulco pun ada tu...then gambar satu lagi, aku ambil dengan si penyamun sorang tu yang bawak kereta macam F1.
Kepada peminat-peminat barang-barang yang affordable, silalah ke Russian Market ni. Memang murah. Actually aku cari Binoculars tapi tak jumpa. Kalau ada senang aku teropong....heh3...

6 ulasan:

Hafitah berkata...

Uncle,

Taman Rekreasi Ulu Bendul is on the way to Kuala Pilah from Seremban, about 30 minutes from Seremban town ikut jalan Bukit Putus

Uncle berkata...

Hey thanks yeah....Uncle lupalah kat mana...Maklumlah dulu tahun 84! Uncle nyaris2 lemas kat air terjun dia....malam tu kena patrol kat tepi sungai..terkejut jumpa orang asli bawak petai pukul 4 pagi!

Uncle

Hafitah berkata...

no problem hehe

Uncle berkata...

La Fitah....ni orang yang sama ke? Gambar dah lain ni....karang tengok-tengok orang lain.

Uncle

Hafitah berkata...

Kenapa uncle, berbeza sgt ke rupa saya tu? Org nya tetap sama, gambar je tukar-tukar.
Dah mula mimpi2 balik Malaysia belum?

Uncle berkata...

Bukan setakat mimpi, siap order teh tarik dgn roti canai banjir lagi masa ngigau! Heh3...

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...