Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Rabu, Disember 03, 2008
Old boys lagi
Dua-dua ni gambar yang Kudo ambil masa last gathering pelajar-pelajar tua. Heh3...memang kelakar habis. Ada sorang kawan aku, masa kat sekolah dulu tak kalah terror dia ni..ada saja supply yang dia bawak. Kira "pilot" category "A" la ni...masa tu ada banyak ranking. Aku pun sekali-sekala ada jugak kirim kat pilot kami. Masa tengah-tengah prep tu kalau sorang-dua hilang dari pandangan tu biasalah....tu maknanya flying time and Expected Arrival Time (ETA) should be ok. Tapi kalau dah terlambat sikit, maknanya, ada turbulence la ataupun dah masuk "air pocket" sikit....heh3...kadang-kadang tengah malam baru flight sampai. So passengers yang dok tunggu supply kadang-kadang tertidur! Memang kelakar habis. So dalam gambar tu memang ramai la pilot-pilot yang berjaya dan ramai jugak pilot yang kena tembak masa tengah terbang, so depa ni kami raikan ramai-ramai during farewell! So dalam ramai-ramai yang ada tu, sorang ni dah jadi Timbalan Pengetua kat sekolah menengah merangkap guru disiplin lagi! Pergh memang power pilot kami dulu. Masa depan yang sungguh cerah...
Dalam pada tu ramai jugak yang aku tak pernah jumpa bertahun-tahun. Macam nilah kami, memang rapat sangat-sangat. Sakit pening sorang, bukan saja satu batch yang dapat tahu, tapi semua batch akan contribute. Kadang-kadang tu kalau adik-adik kami ada games kat mana-mana especially rugby, kami sebagai old boys akan terus menyokong. Turun padang ramai-ramai. Kalau tak salah aku Old Boys masuk final rugby kat Jalan Utara last weekend ataupun this weekend. Memang sah penuh padang tu nanti. Kalau aku ada pun mesti sampai sama.
Oh yes, seperti yang aku cakap tempohari, hari ni lepas Asar aku sempat jumpa sorang lagi dari batch aku yang buat haji. Chico ni dulu duduk sama bilik dengan aku. D7! Wah, bilik tu memang ramai yang kecut nak lalu. Katil si Chico pulak sebelah katil aku. Tapi macam biasa Chico ni memang gila study selain daripada dia memang gila-gila. Gila breakdance pun sama, ala....tahun 84-85, Cyndi Lauper dgn Madonna tengah naik. Masa tu Michael Jackson hitam lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan