Isnin, Disember 08, 2008

Surprise, surprise.....Part 1



Aduh 2-3 hari memang aku tak sempat nak buat apa-apa. Asyik melayan tok arab sampai tak sempat nak update blog. Selain dari melayan kerenah depa tu aku actually dah plan betul-betul perjalanan haji aku dengan botak budak sorang lagi. Memang adventure trip aku kali ni mengalahkan cerita "Famous Five" karya "Enid Blyton". Sebenarnya dah berbulan kami plan perjalanan ni cuma tak diwar-warkan saja sebab nanti tak jadi pulak. Lagipun kami memang bertugas. Jadi priority kami tetap pada tugas. Walau macamanapun kalau ada masa kami akan buat. Itu plan kami.

First kami usaha untuk mendapatkan pass haji secara betul dan bukan melalui agen-agen ulat yang berkeliaran macam kat Puduraya. Mmmm memang nama depa ni ulat sebab pass tu tiba-tiba jadi SR1400. Dan dilayannya kami macam nak tak nak. Lebih kurang macam take it or leave it lah....maklumlah musim haji, mestilah benda-benda macam ni menjadi pilihan..so bayangkan kalau bayaran tu untuk 10 orang atau 100 orang pulak. Memang kayalah ulat-ulat ni semua..adakah ini satu penipuan? Aku rasa in a way yes, depending on which perspective you look at it. Memang kaya sungguh depa ni. Dan aku rasa ni merupakan satu sindiket yang berpengkalan. Sindiket yang besar..ramai yang bersubahat aku rasa.

So, since kumpulan aku dah terlepas ke Mina, since kami masih bekerja pada sabtu malam tu, kami pun terpaksa pergi sendiri menaiki kereta. Disini, kami bernasib baik sebab ada yang membantu kami hingga ke Mina walaupun separuh jalan. Sampai kat Mina, nak cari khemah pulak dah satu hal. Beribu-ribu khemah ada. last sekali lebih kurang 2 jam lepas tu barulah kami jumpa. Memang exhausted gila. Kami dijemput dengan baik oleh ketua dia. Alhamdulillah. Seronok dia jumpa kami dan terus dia suruh pegawai dia siapkan tempat tidur kami. Memang kelas tempat tidur dia...malam tu sebab terlampau excited, kami tak boleh nak lelap mata. Terkebil-kebil mata kami nak tunggu pagi. Breakfast, kami dijamu kopi, teh, toast with marmalade dengan pancake. Pergh, memang kelas layanan dia.....lepas breakfast kami melilau kat Mina tanpa tujuan, lalu kat depan balai bomba aku ingat sampai 10 kali, pi-balik pi-balik...then tiba-tiba aku tengok pass aku hilang, kalut aku sat. Cari punya cari Azli jumpa kat bawah sejadah yang aku duduk! Heh3...

Bas bawak kami terus ke Arafah. Tent kami memang strategik. Location was good. Tent aku kat sebelah tent dari Australia tapi tak nampak pun mat salleh, yang ada cuma Pakistan, Bangladesh dan Turki yang memang duduk kat sana. Hari wukuf, kami cuma banyak bersembahyang sunat, berdoa dan aku banyak merehatkan badan. Takut tiba-tiba demam ka apa...risau jugak sebab ada budak sebelah aku demam sampai kena panggil ambulance bawak pi hospital! Aku dah boring, lalu melilau kat kem-kem yang ada. Ramai pulak budak-budak mintak sedekah. Aku intip depa tengah dok briefing. Aku nampak sorang budak perempuan ni dok briefing yang lain-lain supaya masukkan tangan dalam baju dan cuma keluarkan siku kat lengan baju depa, heh3...aku dah tangkap....cuba bayangkan, ramai pulak budak-budak ni yang tak dak tangan, macam mana jadi lagu tu? La ni aku dah tahu. Jangan nak kelentong aku lah..

Petang tu lepas bunyi meriam, aku dah tunggu bas siap-siap kat kawasan menunggu bas yang ada. Tiba-tiba group perempuan datang, pergh, memang ganas depa ni, memang aku kena lanyak kat situ jugak! Depa tolak, aku tolak, depa tolak, aku tolak, last sekali dapat jugak 2 tempat untuk aku dengan azli kat atas bas Saptco!. Aku sampai awal kat Muzdalifah. Masuk kawasan menunggu sambil kutip batu. Sini banyak toilet, so aku lega sikit. Aku bentang kain yang Indonesian Group kasi kat aku dulu so dapatlah kami baring sambil lelap mata kat situ. Aku tengok orang lain dah pasang khemah, eh...biar betul ni...takkan sekejap pun bentang khemah. Aku tengok makin lama makin banyak pulak khemah yang depa bukak. Eh lain macam ni....so aku pun tanya kat penyamun sorang ni dalam group aku. Aku tanya bila nak pergi melontar? Dia jawap esok pagi lepas solat subuh! Huh? Lepas solat subuh? Time tu aku dah ada 800 orang nak breakfast! To be continued......aku nak pergi Haram kejap, buat apa-apa yang patut. Heh3...

2 ulasan:

cikgu zainab berkata...

Salam Uncle,
Wah3...patutlah no entry gituuu....
Alhamdullilah, dapat tunaikan ibadah haji.Mudah2an dapat lakukan semua rukun2 haji dgn sempurna.

-KN turut gembira-

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Thanks for following again after a short commercial break. Heh3...Alhamdulillah. The journey was a gruelling one but an awesome spiritual experience which I will never forget.

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...