Ahad, Disember 21, 2008

Saujana mata memandang




Hari tu masa aku pergi Jeddah tukar tiket, aku pun snap lah gambar tepi-tepi jalan tu. Memang cantik pemandangan dia. Ada bukit, ada padang pasir sikit, ada merry go round dan ada theme park. Eh biar betul ni, Mekah ka ni? Oh yes...nilah Mekah..selalunya theme park tu penuh masa Eid holiday. Masa-masa lain aku tengok tak lah meriah sangat. Ala-ala "warm-warm fingernail" je...tapi aku memang boleh imagine kalau cuti Raya. Sini entertainment kan tak banyak..panggung wayang takde so tempat-tempat macam nilah yang menjadi tumpuan. Masa aku kecik dulu selalu jugak mama dengan arwah bapak aku bawak pergi Pesta Pulau Pinang. Masa tu memang aku tak ingat dunia ataupun memang dunia tak ingat kat aku! Naik kuda pusing lah, kereta langgar lah, keretapi lah, main tikam-tikam lah memang best gila...then bila besar pulak sempat pulak pergi Tokyo Disneyland. In fact berpuluh-puluh kali aku pergi sampai snow white pun dah cam aku, bukan aku cam snow white! Heh3...actually masa aku kerja kat Tokyo Bay Hilton dulu, hotel aku tu belakang Dsneyland je, ala....jalan 5 mnit dah sampai then kena pulak hotel aku tu pulak "Official Disney Hotel" so kami ni stafstaff Hilton, dapat special pass lah untuk masuk. Bayangkan si "Dumbo" pun aku rembat naik! Eeeeiii buruk perangai, sampai nangis budak kecik belakang aku sebab kena tunggu. Yang paling aku suka ialah "Space Mountain". Siap beratur 3 kali nak naik benda yang sama dan menjerit kat tempat yang sama. Macam ni punya manusia pun ada! Masa tu daily pass dah pun YEN4700 kalau tak silap aku minus the shooting range. Last sekaliaku pergi Disneyland masa Abang kecik lagi. Dia tak faham sangat tapi kalau bawak sekarang ni mungkin dia tak nak keluar!

Masa nak masuk area Mekah, landmark dia papan "Rehal". So bila sampai kat situ, aku pun snaplah satu gambar. Papan rehal tu pulak aku teringat masa pergi mengaji Quran kat rumah Mak Timah kat Brown Garden Penang dulu. Depan rumah dia ada rumah Bismillah. Aku pangil rumah Bismillah sebab gate dia ada tulisan Bismillah besar-besar. Aku ingat sekarang ni pun ada lagi kot. Depan rumah Bismillah ni pulak ada pokok Cherry. Selalu aku panjat pokok tu sambil makan cherry. Siap penuh poket baju Melayu dengan buah cherry. Buah cherry kan ada tangkai panjang...so aku kutip buah tu then buat senapang kayu dan buah tu jadi peluru. Lepas mengaji kami pergi kat Bukit Botak lawan perang. Masa Kak Anne (kakak sulung)aku kahwin, akulah yang paling happy dalam dunia sebab mama tak ingat aku pergi mana dari pagi...bila balik petang tu, mama tanya aku pergi mana? So aku jawap dengan bangga "Shah pergi perang!". Pedepang.....mama bagi penampar kat muka aku. Hah padan muka pergi perang!

So masa aku nak ke Jeddah, kiri-kanan ada padang pasir dan bukit-bukau.Otak aku dah melayang jauh....teringat pulak satu lagi tempat, nama dia Padang Brown, ada dekat dengan sekolah Francis Light aku. Bila arwah bapak dapat gaji, kami selalu pergi makan laksa dengan satay kat situ. Happy sungguh dapat makan satay 15 cucuk! Tu kira treat yang paling best dalam dunia la tu tahun 76! Heh3...so aku ingat nanti kalau aku balik KL aku nak belanja mama makan satay lah.....terkenang masa dulu-dulu....sayang kat mama!

8 ulasan:

cikgu zainab berkata...

Wow uncle...wajah baru blog uncle..nak sambut tahun baru ke? ke sebab happy nak balik kampung?
kak nab seronok baca history masa uncle muda2 dulu!! nakal jugak ya! budak2 kannn...

Kuey-san berkata...

wahh disneyland.

seronoknyaaa.

bila la nak sampai ke sana (-.-)

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Heh3...memang betul wajah baru...rambut pun baru ni...tapi jiwa tetap maintain 24! Heh3...

p/s: tak sabar nak pergi SDAR Old Boys Dinner on 26th. Memang sah banyak cerita nanti.

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kuey.
Disneyland? Wow memang best..kat sebelah tu sekarang dah ada Disneysea pulak. Uncle dah sampai dah....cun giler! Abang happy giler masa tu! Kalau nak pergi jgn lupa mintak permission kat mak dulu yeah!

Uncle

cikgu zainab berkata...

Boleh jer g...ma izin punye!! he3..

Uncle berkata...

Oooo mak yea.....dah agak dah....heh3...

Uncle

PINATBATE berkata...

Pintu gerbang quran terbuka tu nostalgia betul...! Teringat perjalanan Madinah-Mekah yang berbukit batu tu..

Uncle berkata...

Memang nostalgia. Uncle teringat kat Mak Timah cikgu mengaji tu....heh3...

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...