Selasa, Disember 01, 2009

Kenduri Mak Limah..











Whoooooo....memang power hari ni....serangan bertubi-tubi. Dah macam Brazil lawan dengan Aruba dah jadinya...aku pun tak tahu guests aku datang dari mana. Dari semua pintu depa dah masuk...heh3...8 buffet counter aku bukak pun melimpah-ruah lagi keadaan dia. Pergh....memang kenduri anak Mak Limah ni...seronok pun seronok, ngeri pun ngeri jugak!

Malam ni aku tak sempat nak duduk. 3 botol air aku dah tunggang. Berlari aku ke dapur cakap dessert dah habis. Dessert replenish, main course pulak habis....main course replenish, salad pulak habis...salad replenish, semua habis, tapi guests tak habis-habis jugak...tapi takpa, mise-en-place semuanya cukup. Makanan jemaah kami dah prepare cukup-cukup dan alhamdulillah semuanya cukup. Kat sini aku kena plan betul-betul...kena tengok jemaah tu semua datang dari mana...kalau dari Egypt, kena prepare lebih...kalau dari SEA, prepare ngam-ngam pun okay lagi...ingat pasal 100 kilo tomato yang aku cerita? Pagi tadi aku sign 200 kilo tomato! Hah...ambik kau...ni bukan festival yang baling tomato tu yea....itu kat spain kalau tak silap aku...ni kan Mekah...memang depa makan macam makan durian! Heh3...

Sekarang aku take 5 sekejap. Rasa macam nak minum teyy ais pulaklah lepas ni...tekak ni kering sangat...sama macam poket aku jugak....

Esok pagi ramalan cuaca macamana? Ramalan cuaca cakap esok pagi aku TSUNAMI! Dari mula pukul 6 pagi sampailah pukul 11 pagi kami akan melayan hampir 1800 orang yang nak sarapan dan nak check out. Then dalam 2 jam aku nak kena re-set balik semua kedai kopi aku untuk 1200 orang makan tengahari...lepas tu pulak aku ada masa sikit dari pukul 4 petang selama 2 jam dan kami bertungkus-lumus lagi untuk prepare dinner untuk 1400 orang makan pulak...memang HORR LIAO! Anyway esok actually Tsunami yang kira last lah untuk kami...lepas tu dah subside dah...lega...

Tengahari tadi masa aku tengah berlari, aku dapat panggilan dari Menteri dari Nigeria. Dia panggil aku mengadap dia kat bilik. Alamak, apa hal ni...dia ni dah lah serious. Kami jaga dia memang special sebab dia ni first time duduk sini. Selalunya duduk InterCon Darul Tawhid! Makan minum menteri ni semua aku hantar kat bilik. Aku standby 2 staff setiap shift untuk attend personally kat dia termasuklah room service manager aku. So bila dia call aku, aku pun belari pulak naik atas...mengadap dia. Dia suruh tutup pintu...dia tanya aku dari mana? Aku cakap kl, Malaysia. Dari muka serious, dia dah mula senyum...tiba-tiba dia dah cerita pasal kl dengan aku. dia pergi manalah...dia duduk manalah....seronoklah...aku tumpang bangga bila dia sebut KLCC. Terus aku cakap aku duduk kat tepi KLCC padahal 15 minit naik moto dari KLCC...then suddenly dia cakap dia suka makan satu jenis buah limau yang besar macam bola...isi macam orange tapi kaler putih ataupun merah. Kulit warna hijau sikit tapi kadang-kadang kuning...pergh..penat otak aku pikir. Masa aku meniru masa buat Add Maths dulu pun tak susah aku pikir! Last-last tersembul dari mulut aku POMELO! Pak Menteri dah angguk-angguk kat aku...dia suruh aku cari. Aduh! Ni Mekah ni...bukannya Ipoh! Aku berlari ke Bin Dawood teringat yang tahun lepas aku nampak ada 2 bijik kat situ. Mana tahu kot-kot pomelo tu ada lagi ka? Lepas setengah jam aku talipon Pak Menteri cakap limau bali tadi dah takada. Dia bantai gelak kat aku, dia cakap, dia cuma tanya saja...........pergh....aku rasa nak golek-golek kat corridor tu jugak!

14 ulasan:

Nek Rock berkata...

Phewwwwwwwwwww nasib tak balik ke Ipoh cari limau, hahahaa

Dapat Nek bayangkan Uncle lari macam citer dulu2 kat skolah:))

Nek bz dok kat depan pc jer, Uncle nya bz lagi peloh ketiak eh, biasanya sambil brunch ni ler ada masa nak ronda2 baca citer2 geng:))

Take care


Salam from Phoenix, Az

Uncle berkata...

Dear NR.
Ingatkan nak ambik flight petang tadi balik kl then terus ke ipoh then charter balik flight dan bagi dia pomelo...heh3...memang berpeloh NR oooiii....kenduri Mak Limah dulu pon tak macam nih!

PINATBATE berkata...

Uncle..
cemas pulak saya baca cerita uncle ni..rasa macam nak ikut main kejar-kejar..

kucingorengemok berkata...

nasib baik la bin dawood tu tak jauh kan... boleh turun berat badan kalau buat selalu, heheh

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Pheeeew...cayalah uncle! Punyer jaga hati guest tu...ayoyo, itu menteri ada mengidam kot..heh3!!

Laalaa berkata...

Uncle,

Siannye.. mencari limau bali. Kalau kat malaysia ni. Tak ada saper yang nak makan.

Memang kenduri mak limah betul..
Sian kat uncle.

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Sebab buah tu ermasuk dalam buah-buahan exotic, tu yang Menteri Nigeria pon minat nak makan. Dia dah check out malam tadi lepas isyak!

Uncle berkata...

Dear KN.
Macam tu lah kerja saya...depa teringin saya cari. Depa nak, saya buat. Depa happy saya happy!

Uncle berkata...

Dear KOG. By the way, tulah kali ke 2 Uncle pergi Ben Dawood dalam masa 2 bulan nih...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Ala-ala James Bond pon ada, ala-ala Mat Bond si Mat Sentul pon ada...heh3..."guests satisfaction is my priority!"

rezeki berkata...

salam uncle

gelak kejap kah,kah,kah

kalau uncle sgt sibuk, kita serupa ...dh lps isyak kat sini , baru boleh baca n3 kat blog

nasib bik, pak menteri tu tak minta dvd mcm dia beli kat ampang point tu dulu ngeh,ngeh,ngeh

tapi , itulah sikap uncle yg penuh dgn tanggungjawab, walaupun uncle tau mana nak cekau buah limau bali tu kat makkah, namun uncle tetap cari dulu , ada tak ada belakang kira, lps tu baru cerita , tapi hati kita puas psl kita dh mencuba

ediannuar berkata...

fuh.... ramainya org, uncle kena layan..... malam nie sure tido lena nie.. :)

Uncle berkata...

Dear Edi.
Mintak2 dapat tidur lenalah hendaknya...ni dah towards the last week ni..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
You are absolutely right. Uncle personally pergi baru puas hati walaupun limau bali tak ada dijual sekarang. Dulu memang ada kat situ. Bila tengok sendiri limau bali tak ada, baru puas dan confident bila call dan bagitahu yang buah tu tak ada! Heh...janji Uncle tak menipu...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...