(bukan ubat depa tapi ubat aku pulak!)
(breakfast kami pagi ni, aunty buat tuna sandwich...yay!)
(lama tak jumpa pisang mas ni)
(rezeki selalu dok cerita pasal pasar tani, dalam sakit2 belakang aku pergi jugak pasar tani...heh3...)
(pandangan sisi pasar tani)
Semalam aku bawak anak-anak aku ke hospital untuk berjumpa dengan Dr. Mohammed. Pakar Urology merangkap Tok Mudim untuk anak-anak aku. Masa aku sampai kat hospital, Yuya cakap yang dia tak larat nak jalan. Jadi macam biasa, sebagai seorang bapak yang tersangatlah Mithalinya, aku berlari-lari anak sambil skipping ke lobby Ampang Puteri sambil mata dok melilau cari wheelchair...lepas jumpa wheelchair, aku cari Yuya pulak. Sambil surung Yuya ke pintu lif, aunty, abang dan marina mengekor dari belakang. Pintu lif bukak dan aku surung Yuya masuk. Lif penuh dan aunty cakap yang depa bertiga akan naik lif lepas tu. Aku cakap ok! Aku dan Yuya masuk. Tiba-tiba ramai pulak nak masuk. Mana depa ni datang pun aku tak tahu. Dah ramai macam orang berebut lif kat Mekah! Aku cuba nak dapatkan ruang, jadi aku angkat sikit bahagian belakang wheelchair untuk kekanan sikit. Masa tengah angkat tu tiba-tiba belakang aku berbunyi macam meletup. Aku jammed kat dalam lif. Nak pusing kiri tak boleh, nak pusing kanan pun tak boleh...nak tegak tak boleh, nak tunduk pun tak boleh! Ahhh sudah....aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba reverse keluar masa pintu lif bukak kat tingkat 4. Kat luar lif aku dah berpeluh-peluh. Sorong jugak masuk dalam klinik dan cuba duduk.
Muka aku berkerut masa nak duduk. Nak betulkan ponggong pun muka aku berkerut. Nak pusing pun muka dah herot! Aunty masuk. Tengok muka aku yang masa tu dah tak nampak macam Brad Pitt! Aunty tanya aku ok ke tak? Aku cakap tak! Aunty papah aku bangun. Receptionist pun dah panic dan sempat dia cakap, "Encik salah klinik ni....' Aku cakap kat Leen yang datang nak jumpa Dr bukannya aku tapi anak-anak aku...
Pelan-pelan aku jalan ke lif dan terus ke emergency. Aunty nak ikut tapi aku cakap tak payah sebab aku boleh jalan lagi...sampai kat Emergency, aku dok bersoal-jawab dengan depa sekejap dan aku cakap belakang aku dah "jammed". Kalut depa suruh aku baring atas katil kat emergency. Muka aku berkerut-kerut sebab nak duduk pun sakit. Aku mintak tolong budak tu baringkan aku kat atas katil sebab setiap pergerakan aku sangatlah menyakitkan! Doktor datang check aku dan cakap yang dia nak cucuk ponggong aku...aku cakap kat doktor baru 2 hari lepas Doktor Gomez cucuk aku sebab gastric....doktor Noor sengeh kat aku. Aku tak sempat nak sengeh sebab sakit sangat!
Nurse datang kat katil aku dan suruh aku pusing belakang. Aku terpaksa ikut sebab aku tak ada pilihan....kalau tak ikut nanti Nurse tu tampar belakang aku, lagilah aku menjerit nanti...baik aku ikut...aku jeling kat Nurse, aku nampak dia keluarkan syringe....aku tengok syringe...syringe tengok aku....sama-sama panic! Pergh...jarum dia punyalah panjang aku tengok...aku tengok muka Nurse tu dah nampak macam muka "Witch" yang jahat-jahat dalam cerita Walt Disney.....jalan terbongkok-bongkok...ada pulak kawah yang berasap.....bawak pulak tongkat magic......dagu panjang...jalan terketar-ketar.....gelak nyaring....whooohooo NGERI! Pelan-pelan dia pedapkan air magic kat belakang aku dan gosok-gosok dengan kapas....then dia cakap dengan nada nyaman..."...saya cucuk yea...." Alahai Labu, kau cucuk je lah.....zapp...dia kasi sedas kat ponggong aku. Tersentak aku sekejap. Muka aku senget lagi....dalam dok senget-senget tu aku sempat jeling kat nametag dia....aku terkejut bila nampak nama dia...."BAHAGIA"........sungguh aku tak tipu....nama dia "BAHAGIA!" Kalau tak percaya, pergilah kat Hospital Ampang Puteri, bahagian emergency dan tanya ada tak nurse nama tu.....
Rasa-rasa apa aku nak wish dia kalau aku pergi wedding dia dan shake hand dengan dia nanti? "Selamat Berbahagia..." Heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
24 ulasan:
Salam Shahrir.Muga ok.
tersembur teh kat screen komputer saya bila baca ni..
HAHAHAH!!
Alamak! macam mana ni? Are you feeling better now after the 'monster' injection??
Dear Mama Ju.
Masa dok reply ni, muka dok senget lagi ni....hari ni tak boleh skipping....tsk...tsk...tsk...nantiterpeleot lagi!
Dear Fida.
Uncle pon tak tahu nak gelak ke nak sedih masa dok taip ni....takpalah...kita horey2 dulu lah...sakit belakang cerita!
Dear Fitah.
Sekarang ni tengah pakai supporting belt....dah gaya macam wrestler pon ada jugak!
Uncle,
Maaf ya uncle, didnt mean to laugh at you, being in pain..it's the way you described about the nurse and the ordeal of about to be injected.
I sound so cruel up there...sorry ya.
Anyway, do get well soon. Shafakallah.
Salam,
selalu juga datang blog ni tapi tak tinggalkan jejak.
.
.
.
kali ni nak tinggalkan jejak.
SENYUM dan sengih sengih dalam bahagia!!
Moga cepat sembuh!
Dear Uncle,
Buat keje slow & steady...OK..:))
take care!!
salam uncle,
tu pi pasar tani mesti dgn jalan merekot tegak bagai robot menahan kesakitan
kita ni sama spesis je uncle, kekadang lupa yg kita ada kecederaan lama , bila buat sesuatu terlupa, tu yg "luka lama berdarah kembali " mcm lagu ali cats he he he
saya pun ada 2 supporting belt, dulu masa kena berdetup kat pinggang tu, cari benda alah tu tak jumpa, tu yg pi beli lagi satu
ni pun lutut baru baik, last week pi mengatal main skipping , ambik kau ngeh,ngeh,ngeh
selamat berhari minggu uncle
apa menu tgh hari ni?
awai2 jammed upper, pastu jammed lower plk..
haru sgguh lgu ni..
Dear Fida.
Biasa lah tu...asalkan "BAHAGIA" Heh3...
Dear Ashley.
Memang rasa sangat BAHAGIA bila jumpa BAHAGIA.....thanks for your comment....bahagia rasa!
Dear Rezeki.
Memang perit rasa...Uncle selalu terlupa yang semua pergerakan ken hati-hati especially kalau mengangkat barang..ni pun tengah dok sakit lagi ni...nyut2 rasa...
Dear KN.
Pesanan KN akan sentiasa saya ingati dan turuti...
Yang menurut perintah!
Dear Pet.
Thanks for coming....
salam
dear uncle..
moga cepat sembuh...
Dear ML.
Terimaksih for your concern....bila ML tanya pagi ni, terus rasa baik sikit...
hi uncle,
saya pun dah jarang ke blog uncle, tau2 uncle dah ada di Malaysia ye..
terlebih horey-horey lah ni jadik jammed. hiks.
moga cepat sembuh and enjoy ur holiday di Malaysia.
mengenai jepun tuh, saya ke sana raya haji hari tu (eh...org pi mekah kite pi jepun..hiksss..).
My 1st trip to japan..and stayed at shibuya..tapi takde amik gambar sgt sebab merayap di kota metropolitan, hampir semua sama saja pemandangannya.. uncle dulu duk sana tentu dah biasa..
and i was lucky, dpt menyaksikan autumn di sana..cuma tak smepat nak tgk bunga sakura.
jalan2 lebih kurang je..
and pasal brunei hotel tuh, yeap..brunei has nice hotel yg tampak cantik banget..tapi di brunei tak amik byk sgt gambar...coz xde banyak tempat pegi..
now, just came back from kota macet jakarta, and next week if xde aral melintang akan ke tembok china for second time. hopefully cuaca mengizinkan coz now dah winter and snowy..sejuk!
btw..enjoy ur time with family in Malaysia. Selamat bercuti.
oh, comelnya Marina...!
Dear Uncle,
Semoga cepat sembuh.....take rest ya...n take care too
salam uncle
jgn buat kerja berat yer uncle bukan apa nanti meletup lagi belakang uncle..hope now uncle dah sembuh.sapu minyak angin..hehe.
tak takutka nanti kena inject lg dgn che bahagia ...
Dear Catz.
You should have gone during SPRING...especially 4th week of march and 1st week of april. Uncle rasa Catz dah jumpa aunty dah kot cuma Catz tak perasan saja...heh3...
Dear Husin.
Memang tengah dok rest ni...syoknya...
Dear Ton.
Memang tak berani nak buat kerja berat pun la ni...ngeri rasa....
Catat Ulasan