Khamis, Disember 17, 2009

D Day!

(2 jejaka tampan sedang berkongsi pengalaman..)

(masih horey-horey sebelum kena panggil dengan Munas!)

(malam tadi kat KLCC...)

(marina yang ganas...)

Pagi lagi aku dah bangun. Siapkan barang-barang yang aku rasa perlu untuk aku bawak sama-sama pergi hospital nanti. Alaaaa bukannya apa pun, cuma preparekan kain pelikat untuk depa saja...sementara nak tunggu depa bangun dari tidur, aku teringat masa time aku dulu. Ada aku cerita dulu yang 2 orang abang aku sempat berkhatan dengan Tun Mahathir di Alor Setar. Depa buat kat Maha Klinik dulu. Masa tu Tun masih belum bergiat cergas didalam politik. Tun baru bukak klinik dan kalau tak salah aku, klinik tu pun masih ada lagi kat AS. Kalaulah kami tahu yang Tun akan jadi macam sekarang ni, mahu saja kami tangkap gambar banyak-banyak dan simpan...

Aku tak tahu pasal apa, kami semua bersunat bila dah nak masuk darjah 6. Aku bersunat selepas season bola masa di Kedah dulu. Banyak kali doktor cucuk aku sebab "tak lut". Yang seronoknya abang-abang aku dan aku akan dapat jam tangan sorang satu sebagai hadiah bersunat. Jam brand TITUS dah memang power masa tu. Lepas tahun 80-an aku dah tak pernah dengar nama jam tu lagi sampailah sekarang ni baru jam jenama TITUS muncul balik dikalangan jenama-jenama ternama yang lain.

Ramai makcik-makcik datang melawat. Masa sunat tu aku duduk kat rumah makcik aku di Taman Intan, Alor Setar dan since makcik aku dok jual bedak sejuk dan minyak urut yang depa buat sendiri, ramailah pelanggan-pelanggan yang datang menjenguk. Aku seronok bila ramai datang melawat sebab aku dapat banyak duit. Tapi yang tak seronoknya bila depa tanya aku, "kalau nak duit, bagi tengok dulu!" Heh3...dah jadi macam "peep show" pulak...pay per view! Aku tak paham pasal apa makcik-makcik tu semua suka sangat tengok? Macam tak pernah tengok?!@#$%^&

Aku diarahkan untuk berpantang, untuk apa, aku kurang pasti dan yang pastinya, aku bukannya orang yang mengikut pantang-larang ni....scientifically, aku ikut logics. Bila depa kata aku tak boleh minum air banyak, aku jadi dehydrated! Then makan sayur pun tak boleh....habis macamana aku nak dapat vitamin? Jadi selama berpantang tu aku cuma makan benda-benda yang meletihkan selera aku saja....sampai la ni aku terpikir, pasal apa kita dok pantang teruk sangat sedangkan doktor tak suruh pun? Cerita pasal pantang ni pun serupa. Aunty tak ada pantang. Lepas bersalin, dia makan ikut suka dia apa nak makan. Satu pantang pun dia tak ikut. Mama mula-mula angin satu badan...tapi lepas aku pun tak ikut pantang, mama pun tak boleh nak kata apa...bab berpantang ni aku selalunya akan argue...but anyway, that's not the topic here!

Abang dengan Yuya masih dok bergelak sakan masa kat dalam day ward tadi. Aku pesan kat Yuya, janganlah horey-horey sangat....takut nanti nangis....dia kata mana ada, sambil main dengan Marina pulak. Aku suruh dia buat nombor 2 lepas abang, dia kata nak first sebelum abang...ikut sajalah labu...Yuya masuk dulu. Lepas setengah jam, Yuya keluar dan muka dia serious. Tak senyum langsung. Aunty bagitahu yang Yuya nangis masa kena cucuk tadi.....

Abang pulak masuk dengan muka tenang. Lepas setengah jam, abang keluar dengan muka tersengih-sengih...abang happy sebab dah rasa dewasa, sambil pakai kain pelikat aku....masa aku tengok bola malaysian kalahkan vietnam tadi, aku dengan abang dok menjerit-jerit sakan. Aku toleh dan cakap kat abang yang baru lepas sunat....pesan balik sebab dia selalu lupa....Yuya pulak, memerap dalam bilik dan dok complaint tak boleh tidurlah...susah nak pusing lah...tak selesalah...aku cakap 1-2 hari lagi baiklah tu.....abang senyum tapi Yuya cebik mulut, terus tengok sebelah sana! Heh3.....anak-anak teruna aku dah dewasa.....

16 ulasan:

PINATBATE berkata...

Uncle..
Tahniah kat abang dan Yuya..
masa my son masa bersunat dulu memang pantang habis..pantang jumpaa! hehe..dia bersunat umur 8 tahun,payah nak bagi dia duduk diam..sekejap nak panjat tangga sekejap nak kayuh basikal..heran betul..tak sakit ker?

Tanpa Nama berkata...

maha klinik ada lg smpai la ni ankel..
sbln lps bru ja p sana.. antaq tok p buat mdical chck-up sesja..

seb bek abg xbgun mlompat gelak tgk vietnam buh gol sndiri+bahu goal keeper jtuh td..
klu dak kena p klinik plk la mlm ni, kepit len.. ahiksss..

Hafitah berkata...

Congratulations to Abang and Yuya, dah jadi orang bujang. Congrats to the proud parents too.

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Thanks. Ooo anak Pinat dah besar lah yea...budak yang paling tak sabar tadi (yuya) rupanya yang paling kecoh habis...macam2 dia complaint...tadi sampai kena talipon Munas lagi sekali tanya boleh makan ubat extra dose tak? Heh3...Hopefully esok yuya gets better...Abang ok saja!

Uncle berkata...

Dear UP.
Nasib baik...nasib baik...kalau tidak jenoh tadi! Nasib baik aunty pandai jahit, worse case scenario, suruh aunty jahit saja! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Fitah.
Tiba-tiba nampak depa dah besar walaupun depa besar tak didepan mata, tapi rasa cepat sangat! Tsk...tsk...(sambil capai kleenex)

olive oyl berkata...

salam uncle...

uncle uncle...uncle berwajah baru...hehe...segak nya uncle sekarang...mcm remaja...hensemnya uncle....nmpk kegembiraan di mata uncle...sparkle bling bling bling in ur eyes...hehe..

kesian yuya dgn abg kena sunat td...mesti sakit...get well soon yer...

uncle..anak saudara uncle pun interview hari rabu ka.napa tak bgtahu ton...hehe.bestnya mereka nk pi NY....berapa tahun uncle mereka kat sana?
huh ketat sungguh kawalan nak masuk us embassy..soalan yg ditanya.. tak berasa rugika berenti kerja yg dah stable semata mata nak sambung study kat Us..haahaa...ton pun jawablaa disusuli dgn gurauan..sampai gelak mr tu...

alhamdulillah...visa dah dpt td pukul 3.30 ptg..kena pi ambik kat wisma mca tingkat 19........sedihla uncle..nak tinggalkan malaysia yg permai ni....tq uncle for ur support/motivation. ..really appreciate
it,it's helped me a lot. thank you ye!

My Life berkata...

SALAM..

DEAR UNCLE ALHAMDULILLAH SEMUANYA DAH SELAMAT... ANAK2 SEMAKIN DEWASA UNCLE DAN UNTIE PULAK MAKIN MUDA.. HIHIIHI(-_-)

ms.legolas berkata...

Dear Uncle,
Tahniah kat Abg & Yuya,
kerana telah melepasi satu cabaran.
Semoga cpt sembuh.Kagum dgn sifat abg yg cool je...Yuya lak pasti menghiburkan semua dgn keletahnya..

Salam Ma'al Hijrah..
regards,
ms.legolas

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle

Tahniah kat abang & yuya & ubcle & aunty gak. Dah dapat anak teruna. Lepas nih dia orang dah boleh jeling2 si dara sunti heh3. Ala macam uncle dulu2 lah.

Jangan makan telor ye anak2, nanti bernanah. Teringat dulu abang Mak Aji masuk jawi, kena rendam, lepas tu kena sunat kat atas batang pisang. Dah selesai, kena baring & kain diikat ngan tali kat atas palang rumah. Tak boleh gerak banyak, takut bentan. heh3

Itu dulu, tahun 60an, nostalgia.

Uncle berkata...

Dear Ton.
Nampak gayanya, memang Ton pi interview dan ambik visa , both at the same time sama macam anak menakan Uncle...dia pi 31/12 nanti...Ton bila? Ntah2 kenai apa...

Uncle berkata...

Dear ML.
Memang kami sentiasa muda lepas chat rambut putih jadi hitam! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Thanks for all the wishes...sekejap depa membesar dan tak sempat Uncle nak tengok selama 3 tahun ni...sedih pun ada jugak...

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Bukan saja depa dok jeling kat anak dara orang, Uncle yang dok jeling kat depa pasal depa dok jeling kat anak orang...kalau tidak naya kena belangkong depa tu...

mama ju berkata...

Bersyukurlah...diam tak diam anak2 dah besar,kita pun dah tu..

mama ju berkata...

Salam,muga berbahagia hendaknya sekeluarga...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...