Rabu, Disember 30, 2009

Pagi yang cerah!

(aku dan encik hamzah serta anak dia yang melawat aku kat mekah dulu)

(lunch sama-sama kat Renaissance KL)

(malam horey-horey)

(ramai yang dah ada kat depan stage)

(aku dengan nazly)

Aktiviti horey-horey memang berlangsung dengan jayanya. Hasil daripada pelbagai sessi horey-horey, aku dah boleh berjalan dengan tegak....aku boleh berjogging...walaupun jalan yang lebih....boleh bawak kereta ke mini market beli paper dan boleh usung marina kat dalam bakul sambil pusing-pusing jalan cahaya 13 pergi dan balik!

Semalam lunch aku pergi ke Renaissance dengan aunty untuk berjumpa dengan encik hamzah dan makcik embun. Setiap kali aku balik ke Kl inilah salah satu aktiviti aku. Jumpa dengan guest aku yang dah 14 tahun aku kenal. Masa aku duduk dengan depa, Front Office Manager datang jumpa encik hamzah, director of rooms datang jumpa depa...manager-manager yang lain pun datang jumpa depa. Macam tu lah kami sayangkan guests kami. Memang encik hamzah rasa special sangat. Dan sebenarnya memang dia special pun...jumpa dengan guests, address them by name dan bertanya khabar depa, membuatkan depa bertambah rapat dengan kita. Lama kami dok bersembang. Almost 3 hours! Maklumlah lama tak jumpa. Anak pompuan encik hamzah yang buat haji tempohari pun datang jugak join kami. Seronok sungguh...

Malam tadi abang dah start tuition balik dah...muka abang dah muncung macam cencorot! Cikgu datang dengan lenggang kangkung...cikgu gandhi mengajar abang bahasa inggeris. Tapi aku rasa masih belum memadai walaupun result bahasa inggeris ada peningkatan sikit. Petang semalam dengan aunty aku pergi ke british council untuk check kan kursus bahasa inggeris untuk musim cuti sekolah. Katanya banyak program yang depa ada dalam tempoh tu dan kami berminat nak hantar abang dulu sebelum menghantar yuya pulak kesana. Semoga depa tak malu dan segan untuk berinteraksi didalam bahasa yang sangat penting tu. Aku dulu pun macam depa jugak. Teragak-agak nak bercakap takut digelakkan kawan-kawan...sebenarnya tu lah masalah kita. Bila orang lain boleh berbahasa lebih sikit, kita akan pandang dengan pandangan yang kurang enak. Tak baik macam tu. Kita patut lebih encourage depa ni supaya depa lebih confident untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.

Pagi ni aku tengah tunggu anak-anak aku bangun tidur. Cadangnya nak pelan-pelan bawak kereta naik ke Kota Keriangan. Saja nak sejuk sikit. Depa kata kalau AC kat bilik tak payah pakai jacket...ish...budak-budak ni.....

14 ulasan:

Mak Aji berkata...

Uncle, Mak Aji dah pencen nanti nak jadi macam En Hamzah & Cik Embun :) Romantik ek!

Wah Abang belajar bahasa inggeris ye! Cakap ngan abang, senang aje nak cakap BI nih. Ikut style Mak Aji. Translate aje dari bahasa M'sia terus ke BI heh3.

Contoh : Ala ko nak gi mana. kat sana tak ada ape da.

BI : Ala where u going. There got nothing da.

heh3 .. jangan marah Maji yo

azieazah berkata...

Wahhh.. hendak ke Genting pula yaa... Tumpang seronok..

Selamat bergumbira buat anak-anak semuaaa...!

mama ju berkata...

Salam Uncle

Hari ni gi mana pulak?Auntie cuti nak gembirakan Uncle...dia keje kat mana?

Salam juga utk Mak Aji....Hai..

PINATBATE berkata...

wah! nak ikut gi Gentinggg!!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji

Direct translation tu memang kerja saya masa kecik-kecik dulu. Habis buku Enid Blyton saya conteng! Tapi kalau tengok DVD yang beli kat Ah Beng pun translation masih macam tu jugak!

Husband balik, dia kata: "I'm home, honey"

DVD Ah Beng kata: "Saya dah balik, madu!"

Heh3...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.

Saja bagi depa happy sebelum sekolah start....Uncle dulu tak berkesempatan sebab kami tak berkemampuan...actually ni pun baru ja balik....

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Hari ni kat Genting. Malam ni ada dinner penting yang "off record!" with aunty and a few other important people...alamak, terasa penting pulak dah! Esok kat Putrajaya. We are spending a night at Pullman and will catch up with Uncle J. Yay!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
La...awat tak habaq? Kalau tidak boleh usung sekali tadi...heh3...

AMZ berkata...

Salam...

Hi Uncle.....hari baru sayer berkesempatan nk jengok blog uncle disbbkan kerja yg byk di akhir tahun.....huhu...

seronok nyer bacer aktiviti uncle semnjak uncle balik dr Mekah....everyday penuh.....yer la time nie la nk jumpe kwn2 n bersama dgn family kan....

bab cakap omputih nie sayer pun fail...heheh...even dh keje pun masih lg tergagap2....bukan x boleh ckp,tp mgkin segan la kot...coz org lain ckp omputih berabuk...org lain dh beratus2 perkataan, tp saye baru nk start susun ayat coz takut grammar salah...heheh...saye pun ader teringat gak nak p british council...at least ader konfiden nk ckp....

uncle, ape dinner yg off record tue...???mcm best jer dgr...hehehe....

ok uncle...selamat bercuti....lg satu nk tanyer, uncle cuti sampai biler???

-Azrin-

Mak Aji berkata...

Uncle nak gi Gonting i.e. Genting(kata orang langat). Baik2 drive yo, jalan licin. Jangan nak jadi Sumaker F1 lak heh3.

** Pak Aji jaga projek perumahan :) hari2 pakai safety boot ... heh3. Tak pernah bergayo heh3.

rezeki berkata...

salam uncle,

saya baru keluar dr hutan he he he
baru dpt jgk blog ni
keje tersangatlah banyaknya dlm hutan tu he he he

seronok tgk aktiviti uncle horey2 dgn family dan kekawan

Uncle berkata...

Dear AMZ.
Uncle ada pergi ke British Council tapi ramai sangat students dok check result depa. So tak jadilah...maybe 2-3 hari ni nanti akan pergi balik!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Pak Aji cuma perlu bergaya kat Mak Aji saja.....heh3....happy new year!

Uncle berkata...

Dear rezeki.
Pi buat apa dalam hutan tu?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...