Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Disember 25, 2008
Aku nak balik...
Semalam aku tak boleh nak tidur. Mata terkebil-kebil pukul 1 pagi (6 pagi waktu KL). Apa aku nak buat? Aku terus sms Wakana cakap kat dia yang aku tak beli lagi present untuk Marina. Kesian pulak kat baby aku yang sorang tu. Apa nak beli kat Marina ni? Dulu ada sekali aku beli anak patung, dia tokaknya kepala doll tu sampai putus. Ganas jugak baby aku ni...so sekarang aku tengah pikir kalau aku beli satu lagi apa dia nak buat pulak? Takpalah nanti aku cari kat airport ka taupun kat KLIA atau pun inflight shopping ja. Tengoklah nanti...
Then yang lain-lain tu gambar budak-budak aku yang tengah "Drama minggu ini" bila nampak muka aku. Sorang tu nama dia Yusuf bukan Usop Santorian (aku tahu jugak Santorian tu). Kelam-kabut dia tonyoh milk pot kat buffet counter. Pada hal pot tu memang dah berkilat! Aku pun saja-saja tengok masa aku minum kopi pagi tadi. Si Santorian tu terus jugak tonyoh sambil pada tu dok jeling-jeling kot kot aku tengok dia lagi ke tak. Oooo, drama yea! Huh nanti kau Santorian, aku suruh lap pinggan nanti. Hari ni pinggan tak banyak, cuma 4200 keping je! Lepas tu boleh sorong terus masuk store kat Basement 2.
Ada sorang lagi budak aku nama dia Hamad. Kerja dia buat omelet. Dia tak perasan aku masuk dari pintu lain, masa aku jengok dia, dia tengah sembang dengan si Usop Santorian tu, then aku keluar dan pergi masuk ikut pintu depan satu lagi pulak. Hamad nampak aje muka aku terus dia kelam-kabut pegang frying pan dan panaskan. Siap tuang olive oil lagi. Kelas....aku tanya dia tengah buat apa? Hamad cakap tengah buat omelet untuk guest. Aku tanya guest ada kat mana? Dia cakap belum turun lagi. Aik, pandainya Hamad aku ni? Guest tak turun dia dah buat omelet? Aku tanya filling apa? Dia kata guest belum bagitahu lagi. Eh Hamad ni biar betul...last sekali 2-2 kena pot-pet pot-pet dengan aku sebab drama kuat..
Macam-macam ada kat sini. Seronok jugak kerja dengan depa ni. Macam-macam style kelentong ada. Walau macamanapun, system aku dah switch off hari ni. In fact dari semalam system aku dah off. Tak nak pikir banyak-banyak. So lepas ni kalau gambar tak boleh upload jugak, aku posting cerita aje. Sampai KL aku upload gambar. Hutang lagi sebab aku nak pergi tawaf wida' sekejap sebelum cabut pergi airport. Biar awal pergi airport takpe sebab aku malas nak bergaduh dengan orang-orang airport nanti.
So Tuan-Tuan dan Puan-Puan, maka diumumkan bahawa 1-2 hari ni aku takde posting. Malam ni balik KL, sampai KL tengahari, then malam pergi Old Boys Dinner...."balik kampung...oooooo....balik kampung.....ooooo...balik kampung....hati riang.....ooooo"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
17 ulasan:
Welcome home..ecceceh...seronok yer...Semuga selamat semuanya!
saya rosman dari doha. Saya adalah kenalan cyber sdra hj ghazali Yanbu + rakan2 ex-titan johore. Saya nak tanya dgn Hj Shahrir, kalau ada special rates (per nite) pada umrah period April 2009 (2nd - 5th) buat kami. Salam, rosman: email, winners4life@gmail.com.
saya rosman dari doha. Saya adalah kenalan cyber sdra hj ghazali Yanbu + rakan2 ex-titan johore. Saya nak tanya dgn Hj Shahrir, kalau ada special rates (per nite) pada umrah period April 2009 (2nd - 5th) buat kami. Salam, rosman: email, winners4life@gmail.com.
Wah3 Uncle...sampai tak boleh tido!! baru terasa homesick ye...
Semoga bergembira di samping famili.
welcome home!
wah.. ankel balik msia lah.. kem salam kat semua orang msia ek... kakaka..
salam uncle....
wah dah balik cuti ke? Huhuhuhu
balik dari malaysia kang Pastikan EOS CANON dalam tangan ooooo
Moga selamat sampai. dilla nak rachun uncle ngan NIKON. Ambik aaa NIKON, best OOOOOOO
Pinat.
Activiti Uncle memang full ni. Bagi makan ayam itik, potong rumput, suap anak makan....tukar pampers...
Uncle
Dear RH
InsyAllah ada kot....but keep in touch kalau nak pergi nanti. Will advice you the rate. Approximately between 450 to 650 per room per night
Uncle
Kak Nab.
Bahagia sungguh balik KL. Kalau kat Maekah tidur 6 jam sehari, sini cuma 4 jam. Lagi busy....banyak cerita Kak Nab oooiii
Dear Kamitaken.
Yes Uncle is in KL and in fact at home in Ampang now. Kejap lagi nak pergi ambil Harley Davidson kat DJ. Takde HD ni susahlah. Nak beli kangkung pun naik kereta....leceh lah..
Uncle
Dear Dila.
Uncle tengok kat paper dah. Paling murah RM1880, Nikon D40 (macam kod durian!)with 18-55mm f3.5/5.8G anyway, satu hapah pun tak faham...heh3...macam biasa, Uncle terlampau savvy!.Ohhh tidak!!!!!!Uncle dah kena racun!
Uncle
Unlce
huhuhu!
uncle ada g Jusco Setiawangsa AU2 tak ?
Best OoooO
ada Steven Tea Garden baru bukak!
Jom uncle blanjer teh tarik satuuuuuuuu!!!!
dilla nak racun Uncle ni
ambik jangan tak ammik. Boleh dapat murah lagi TUH
Dapatkan sampai Rm1600....cuba!!!!!
Beginner elok pakai D40. api kalau nak upgrade amik yang Lagi bagus pun boleh kena intai budget Uncle. Dilla plak suka lens. still pakai D40 sebab TERDAPAT RAHSIA DALAM CAMERA TU YANG TAK LAGI DI XPLORE. Tak per dah beli kabau nanti dilla tolong ajor mana yang reti sebabnya dila pun tak katam lagi ni. dah pandai sok Uncle boleh fokus pada lens lak. Nak yang muncung panjang sedepa pun leh:-) sed
Dear Nurainy.
Ala...yang tu memang boleh diuruskan. Takde masalah...cakap je bila...bukan teh saje satu, dengan mamak tu sekali Uncle belanja...heh3...
Uncle
Dila....janganlah buat lagu tu...Uncle baru pi buat baju semalam, buat suit satu, esok beli laptop, esok pi buat reading glasses, esok pi beli kasut...ooohhh tidak........
Uncle
nampak gaya ni kena pakai RACUN ROUND UP ni uncle (he9x)
Catat Ulasan