Selasa, Disember 23, 2008

Kawan aku.../ Dan Carter


Heh3...ni neighbour aku selama 7 bulan kat sini. Ala...yang aku selalu dok cerita pasal pintu bilik connecting kami yang tak pernah tutup tu....Si Azli ni kalau tak ada dapur dia tak boleh hidup! Rajin memasak dan favourite dia sambal tumis. Sampai terkeluar airmata makan sambal dia. Bukan pasal sedih....tapi pasal sedap...sampai ada orang Sri Lanka datang ketuk pintu bilik mintak sambal. Orang tu siap cakap wife dia masak pun tak sedap macam si Azli ni. So tak payahlah aku nak cerita lanjut pasal dia. Memang power. Sekarang dia tengah plan nak bukak kedai makan kat Balakong pulak....Azli dulu tak minat nak buat blog, sekarang ni bila dah hooked dan dia tengok ramai pulak yang follow, tiap-tiap hari ada entry baru. Kadang-kadang sampai 5entry satu hari....hah ambik kau!

Sekarang ni dalam "Dream Team NZ" aku, ada sorang budak ni yang aku memang minat sangat. Very sharp dan mampu buat split second decision bila time-time critical. Mula-mula aku ingat dia budak Jelebu sebab nama dia Dan...mungkin Hamdan kot....tapi tengok gambar, oooo tak mungkin...nama dia Dan Carter. Personal Coach, bapak dia sendiri. Dan ni ada padang rugby kat tepi rumah dia kat NZ. So tiap-tiap hari dari kecik kerja dia tendang bola rugby masuk post. Banyak jugak kejayaan dia masa tendang bola tu termasuklah tingkap rumah bapak dia dengan neighbour habis pecah, pintu kereta kemek dan lain-lain. Kalau Ustad aku jumpa budak ni mesti ustad cakap "Peroh anta nih..." Teringat pulak aku masa selalu practise conversion dulu. Macam Dan Carter jugak....tapi tendang keluar pagar sebab nanti senang budak nak fly....kononnya cari bola hilang, tapi bila balik selain dari bola, depa bawak 3 cartoon Marlboro sekali! Heh3....tu budak-budak tu....ala...baru 16 tahun! Bukan tahu apa-apa....

Dan Carter mempunyai speed dan skill yang mantap. Stamina dia boleh tahan sampai 1.5 game. Eh apa beza dengan aku masa tengah peak dulu? Tapi after discount, stamina aku cuma sampai 0.5 game. Habis macamana nak maju...tapi kat NZ lain, depa training tiap-tiap hari dan kadang-kadang berbulan-bulan lama dia cuma nak tour South Africa. Mmmmm aku rasa takde jugak bezanya dengan kami dulu...nak lawan TBS kami training seminggu! Pergh lama tu........then cakap training pukul 5, turun padang pukul 5.45!

Sekarang ni kat rumah aku dah ada Dan Carter in the making. Nama dia Yuya...dia memang nak main rugby dan sekarang masih belum pecahkan apa-apa lagi kat rumah aku. Tunggulah sampai cermin pecah baru nampak talent dia kot....

7 ulasan:

PINATBATE berkata...

nak link blog kawan Uncle tu boleh?

Uncle berkata...

Boleh sesangat....tapi macam biasa Uncle tak ingat blog dia. Ni tengah tunggu dia nak breakfast sekali ni. Nanti I tanya...eh kalau nak link macamana? Uncle kan terlampau savvy! Heh3...

p/s tak sabar nak balik lusa nih!

Uncle

Uncle berkata...

Pinat..

kawan Uncle tu you boleh tengok kat manzlie-makkah@blogspot.com

PINATBATE berkata...

Thanks Uncle...

Seronoknya nak balik..! Nanti letak gambar kat Malaysia pulak yer..

kabir berkata...

salam pak haji.... dgr kata kedai nasi kandar kita ada buat x-mas dinner set menu rm 20 nett p/p. nak aku buat booking? have a safe flight back and see u soon...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Gambar kat Malaysia dah mesti....Blogging tetap blogging....

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kabir.
Kedai tu ada hantar e-brochure..heh3...nasi kandar tu dah mesti. Ali prepare for me low fat kari kepala ikan! heh3...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...