Sabtu, Disember 13, 2008

Kopi Arab Pak....Sikalan....sikalan.....




Hari ni aku cerita pasal penyamun sorang lagi. Kerja dia buat kopi dengan teh. Lain kerja tak ada. Si Jalil ni dari Tunisia dan selalunya orang-orang dari kawasan ni dan sekitaran dia macam Morocco, Algeria, Egypt dan Arab ni semua cakap banyak tapi kerja sikit. Jalil dah agak berumur dah tapi kelakar walaupun bateri dah patut kena charge dan engine kena overhaul! Tiap-tiap hari dia masuk kerja mesti mengeluh sebab dia kata kena buat banyak Arabic Coffee. Aku tanya berapa banyak? Dia cakap 10 dallah! Aku cakap 10 dallah tu untuk orang pemalas, sebab masa Ramadan hari tu Coffee Maker aku si Najjar buat sampai 120 dallah! Sekarang ni oleh sebab kopi dia sedap, Najjar dapat offer jadi coffee maker kat Moroccan Embassy kat Jeddah kalau tak silap aku. Good for him sebab gaji dia naik lagi..

Masa group Indonesia datang 2 weeks ago, sebelum makan, kami jamu dengan Arabic Coffee dulu upon arrival, so si Jalil ni pun nak impresskan jemaah-jemaah haji Indonesia, so dia tanyalah aku beberapa perkataan Indonesia yang senang yang dia boleh pakai. So aku pun cakaplah...."Kopi Arab Pak.....silakan...silakan...". Jalil kata senangnya nak ingat....so 2-3 hari tu dia pun cakap lah macam yang aku ajar tu. The following day tu dia off pulak. Lepas off day dia datang kerja balik. Aku buat kerja macam biasa tapi tiba-tiba aku terdengar macam orang cakap Cina pulak...mula-mula cakap Indonesia then cakap Cina! Wah, kacau ni...sapa pulak la yang cakap Cina? Then aku ternampak si Jalil tengah dok melayan jemaah Indonesia dan jemaah Indonesia tu pulak memang blurr....apa taknya, Jalil mula-mula cakap "Kopi Arab Pak....." then dia pause, lepas tu dia cakap "Sikalan....sikalan....." instead of "silakan...silakan..." Heh3....Jalil...Jalil....sikalan...sikalan...

So ada 3 keping gambar yang aku attachkan. Tu semua empty room yang aku convert jadi Arabic Coffee room. Yang muda tu Jasheem (dia nak kirim barang kat Abang dia kat Komtar Penang masa aku balik nanti) then yang bateri nak kong tulah si Jalil Sikalan!

6 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Sikalan betul Si Jalil ni...Kelakarlah cerita uncle.

Uncle berkata...

Heh3....memang kelakar giler kalau dengar dia cakap. Dah lah badan besar macam giant! Sikalan...sikalan...

Uncle

perantau.tt berkata...

salam uncle.. pehabaq? lama tak bersua di alam maya ek.. hehe

nak balik cuti ke/ alamak bestnye dengar.. jeles2...

jalil? badan mcm giant? hahah macam saiz uncle je tgk.. hehhaa..

eh bile nak mai riyadh?

Kuey san berkata...

hahaha... lawak2!

pasni boleh guna istilah baru.. sikalan :P

Uncle berkata...

Dear PTT.
Tak tahu sebab apa tapi Riyadh tu rasa jauh sangatlah..insyAllah akan sampai jugak. Member ramai kat sana.

Uncle pun ingat size Uncle macam Jalil Sikalan tu tapi my staff cakap macam Will Smith kalau tak Dan Carter (NZ All Blacks Centre!). Uncle rasa Dan Carter tu confirm kot...heh3...sikalan, sikalan...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kuey san
omoshiroi yo ne....(interesting huh!) memang seronok berkawan dengan depa ni semua...macam-macam ada...Uncle rasa lepas ni dah boleh buat buku lah..

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...