Ahad, Disember 21, 2008

Makan lagi...



Hari Jumaat lepas masa aku off dan tengah lepak kat bilik sambil baca paper tu tiba-tiba ada orang ketuk kat pintu bilik aku. Bila aku bukak, terpampang muka si Abdullah tukang masak aku dari Indonesia dah siap kat depan pintu tersengih. Kat tangan dia aku tengok ada macam cake box. Ala...apalagi la yang si Dollah ni bawak. Aku tanya dia apa benda ni? Dia cakap dia bawak kuih sikit kat aku untuk minum petang. Actually Abdullah ni tengah cuti. Dia datang cuma nak bagi kuih kat aku suruh rasa. Aku pulak hari tu puasa. Ala nazar hari tu tak bayar lagi, so day off aku, malas nak pergi mana-mana aku puasa sekali kasi settle kan. Kalau tak rasa kekok pulak jadinya. So lepas bukak puasa terus aku makan kuih tu. Memang sedap. Dia buat kuih koci. Lembut ada, lemak bersantan ada, manis tak berapa manis...alahai Abdullah ooiii, buatlah karipap pulak! Masa aku kat sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dulu circa 77', aku selalu ikut abang aku pergi main bola kat padang Henry Gurney. Kat situ ada pavillion dan kat situ ada club house. Selalu aku bawak 50 sen pergi situ sebab dalam club tu ada jual kuih. Onde-onde dia memang sedap. Satu lagi yang buat aku tak tidur malam, bila teringat kat tempeyek@rempeyek dia...pergh...kacang sesaja penuh kat atas tu. Siap simpan duit sekolah nak beli kuih tu. Kat tepi tu ada makcik Zaharah yang selalu bawak bas sekolah aku pagi-pagi. Tengok muka dia mesti budak-budak kecut perut. Garang habis, tapi yang specialnya makcik Zaharah ni, macamana keadaan sekalipun lipstick ang-ang tak pernah lupa. Steadylah makcik! Anak dia nama Zahid. Selalu main bola dengan aku kat padang Sekolah Henry Gurney tu.Apalah jadi dengan dak Zahid la ni...

Hari ni aku tak tahu nak makan apa. Kan aku cakap nak turun 2.5 kilo...so tengah hari tadi, aku makan keropok udang sikit, telur masak lemak sikit dengan ayam 2 ketul. Diet Uncle diet.....last Friday aku timbang dah naik sikit macam badak. Jadi 76 so aku kena turunkan balik jadi 73.5 dalam 3 hari ni....so, tu yang kurangkan nasi tapi yang bersantan sikit makan jugak. Iisshh kacau betul lah group Indonesia ni. Depa check in last Saturday, tu yang nasi semua menyelerakan tu...kalau tak aku memang tak dapat santan langsung. Sehat sekejap! Then Abdullah lately ni rajin pulak hantar kuih kat aku kasi gemuk. Tu yang jadi badak sekejap. Pagi tadi aku timbang dah jadi 74.4 heh3...ada chan...ada chan...you know what? Sebelum ni at one time weight aku pernah sampai 92 kilo...tak percaya tanya Wakana!

8 ulasan:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

yang pasal penyamun ankel cakap aitu, rasa kami tak kenallah..

kalo tak percaya, cuba ankel bagitau saper dia, memang kami tak kenall..

bagitaulah..hahahahaha...

(trick nak suruh bagitau)

Uncle berkata...

Dear Kamitaken.
Takpalah.....nantilah bila kita jumpa kat Saji ka....

Uncle

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

sedapnya ada orang g hantar makanan kat bilik lagi! rezeki!

VimmiYasmin berkata...

assalamualaikum uncle

mcm mana nak email uncle?
ada soklan nak tanya ni!

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Macam tu lah budak-budak ni. Masa puasa depa hantar macam-macam. Masa tak puasa tak pulak teringar kat kita...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Vimmiyasmin.
my e-mail is shahrir_a29@hotmail.com
Boleh contact anytime, walau dimana jua.....

p/s thanks for following my tiny blog

Uncle

Hafitah berkata...

uish, senangnya uncle turun berat badan...jeles

Uncle berkata...

Dear Fitah...it's mind over matters! last Friday my weight was 76kg (ala.. hari makan macam badak tu!). This morning turun jadi 73.7kg. Another 0.2 to go!

Kalau nak turun senang je..no rice, no sugar and no deep fried food. Fitah tengok within a week dah turun 2-5 kilo! Tapi jangan lupa fruits, vegetables and lots of mineral water! Cerita macam bagus, weight Uncle pun macam yo-yo!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...