Jumaat, Disember 19, 2008

Makan malam

(masih ramai, aku otw ke zam-zam)
Malam ni aku dapat jemputan pergi makan kat Restaurant Melayu kat Zam-Zam Tower. Yang jemput akupun bukannya orang lain, si Jaafar, yang pernah mintak jadi Assistant aku jugak dulu. But anyhow, sekali ni aku terima pelawaan dia sebab dah lama tak makan makanan melayu. Kononnya...tapi masa nak pergi makan tu kami terpaksa lalu depan masjid. Masih ramai lagi orang rupanya...adoi bila nak kurang ni? Aku, Azli dengan Chico pergi dulu dan tunggu kat depan kedai jam Ghazaz sementara tunggu ayah Chico yang tersangkut kat kesesakan nak keluar dari Haram. Traffic jam gila maklumlah...malam minggu. Rupanya crowd akan berkurang cuma pada 10 Januari nanti katanya. Oooo lambat lagi tu... Bila aku sampai nak makan, memang ternyata ada 3-4 orang staff yang pernah mintak kerja dengan aku dulu tapi aku reject oleh beberapa sebab tertentu.

(2-3 hari i aku makan banyak, argh....)
Ni muka-muka kami yang dah kenyang teramat sangat. Dengan perut yang kenyang dan mata yang kuyu, kami terima jugak pelawaan untuk minum kopi dan teh kat situ. Disuruhnya kami makan bubur kacang hitam pulak...OMG...dah tak sanggup aku rasa. Macam nak meletup perut ni...soup aku makan entah apa nama dia, aku panggil soup perut lah senang, dia masak dengan santan...then sayur goreng kicap, then ayam goreng, then rendang daging (sah ada santan), then tempe, then keropok....aduh, Pak kekenyangan ni....memang sah masakan Indonesia sebab aku masuk dapur dan tengok budak Indonesia tengah masak, siap pakai uniform Zam-Zam Hotel lagi...heh3....banyak duit depa ni (budak tu lah..)

(Chico and dad)
Lepas makan kami pergi kat Debenhams sekejap sebab Chico nak tukar belt dia. Aku pulak tengok pyjama yang dok gantung. Aduh memang cun...seluar saja SR150. Memang sah aku beli next month! Cun nya.....jacket Maine yang dia ada pun cun, SR450....aku nak beli tapi nak pakai kat mana? Memang sah kedai ni akan menjadi idaman dan igauan aku lepas ni...selipar Jepun dia pun dah SR80...pergh....kalau pakai pergi masjid, memang aku letak padlock takut hilang...heh3..tak pun aku pakai kat tangan satu sebelah macam Din Beramboi pakai kat dalam majalah Gila-Gila dulu!

Start esok aku janji akan control balik makan aku.Turun lagi 2.5 kilo sebelum aku balik KL....

6 ulasan:

Ghazali berkata...

Uncle;

Resturant Melayu kat Zam Zam tower???? Restaurant apa tuh????

Kita tak tau pun ... yang kita tau D saji itu sahaja ler ....

And by teh way, ari tuh waktu nak buat Tawaf Wida', kita ada nampak gerai you ... tapi kenaper tak bukak lagi????

Uncle berkata...

Dear Ghazaaz.
Restaurant tu nama dia Citarasa. 4th floor of zam2 tower menyorok kat belakang.

I punya gerai tak bukak? Gerai apa you mengarut ni? You mimpi disiang hari kot...heh3...

Uncle

Kuey san berkata...

Din Beramboi bukan Gila-Gila ler Uncle.

Ujang ;)

Uncle berkata...

Dear Kuey San.
eh ye ke ni? Uncle salah magazine la ni nampaknya....nasib baik lah kuey ingatkan. First time Uncle beli majalah GG tu masa kat Melaka tahun 77' kalau tak silap. Harga RM1.20 kot...ada cerita "Ayub Anak Tulakang"

Uncle

PINATBATE berkata...

errkk...
sempat ker nak turun 2.5 kilo tu uncle...banyak tuu.....(dugaann...)

Uncle berkata...

Tengah control gila le ni.....hari ni puasa nazar so dinner lepas maghrib pukul 5.43pm. Boleh kot.....at least sampai kl dalam 73.5kg cun la....

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...