Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, November 11, 2008
Answering Phone Technique
Last week aku buat training macamana nak jawab panggilan talipon. Ramai yang datang sebab depa tahu yang training macam ni memang penting dan tempat-tempat lain kat sini tak ada pulak diajar macamana nak jawab talipon. Masa mula-mula datang dulu, kalau talipon dijawab, macam-macam bahasa ada. Benggali, Urdu, Tamil dan Arab. Sekarang ni dah distandardisekan. Senang sikit dan baru rasa uniform...Aku selalu mulakan training pada pukul 3 petang supaya budak-budak pagi dan petang dapat attend dan begitu jugak budak-budak yang kerja malam. Semua mesti datang. Ada yang bawak note pad tapi ada jugak yang ambil syarat datang. Aku tahu tapi semua menunjukkan inisiatif yang tinggi untuk belajar.
Dulu aku buat product knowledge dan sekarang telephone technique. Dulu ada yang tak tahu kalau kita senyum waktu menjawab panggilan, lantunan suara akan menjadi merdu dan begitu jugak sebaliknya kalau kita masam, so lantunan suara akan jadi tak ceria. Then aku bagitahu yang pemanggil mesti letak talipon dulu sebelum kita letak supaya lebih beradab. Semua budak-budak jawab "ooooooo....." kelakar tengok depa ni. Maklumlah sebelum ni kurang ajar (kurang di ajar!). Kemudian diajar lagi supaya phrases yang digunakan serupa. Part ni penting sebab itu standard hotel. Kalau tidak berterabur nanti. 10 orang jawab, ada 10 style yang berlainan!. Setiap order yang diterima mesti diulang supaya order yang diterima tidak salah. Ini part yang sangat penting.
Aku suka bila aku talipon Citibank di KL. Setiap panggilan yang diterima akan dijawab dengan sopan and all these associates are very knowledgeable. Tanya saja apa pun mesti dapat dijawab dan setiap panggilan akan dilayan dengan baik tanpa perlu bergegas. Isshhh macamana lah aku nak cilok "Training Module" depa ni.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
2 ulasan:
Tak de perempuanlah keje kat sana!!
Ingat nak g keje cuci pinggan bile pencen thn depan....he he he...
Salam Kak Nab.
Thanks again for visiting. Memang sini tak ada perempuan yang kerja. Semua duduk kat rumah saja. Apa nak buat...This place is good for visiting and to do what you are supposed to do. But to live and be with the locals running the daily chores, errr... I don't really reccommend.
Catat Ulasan