Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, November 02, 2008
Old Jeddah
Last Friday aku ada small trip ke Jeddah. Not much of a shopping trip for me sebab aku kurang sikit bab shopping-shopping ni. Saja nak jalan-jalan sebab lama sangat terperuk kat bilik. Sampai badan pun dah jadi tak sihat. Semalam aku tengok news yang mengatakan Riyadh hujan lebat. Hujan lebat? So pagi ni bila aku bangun pagi, aku tengok luar tingkap, alamak, redup pulak...syoknya...lama tak rasa weather macam ni. Sekali-sekala, seronok jugak.
Back to the story, aku naik van tokey laundry. AC dia ada bunyi cengkerik la...krit...krit...krit... memang sah Pelesit Kota nih..anyway, aku sampai kat Corniche dan Balad Street. Ada Piazza lagi tempat orang lepak-lepak. Aku tengok ramai sangat Bangladesh, Phillipine dan Pakistan expats kat situ beratur. Semuanya ambil queue nak hantar duit through Western Union. Punyalah panjang. Then aku jalan lagi, masuk dalam Souk. Not as grand as the one in Morocco or Turkey or even Egypt aku rasa walaupun tak sampai sana lagi. Sini bangunan kat celah-celah building kalau kena hembus pun boleh runtuh! Anyway, aku memang suka tempat-tempat yang macam ni. Kalau nak shopping, baik aku balik KL ataupun beli kat duty free je..dubai ka kl ka..
Look at the photos. Building yang sungguh unik dengan tingkap kayu dari kayu baik, maybe cengal, jati atau meranti. Still in a very good condition. Tingkap tu dibuat selain daripada untuk menghalang cahaya panas masuk, sand storm, jugak untuk melarang lelaki mengintai anak-anak gadis didalam bilik. Dari luar memang nampak cantik ditambah pulak dengan cahaya matahari yang at that time dah nak sunset.
Kat luar orang sibuk membeli-belah. Ramai pelancong kat situ, ada yang nak pergi umrah dan ziarah singgah kat situ dan ramai jugak mat salleh yang mungkin husband kerja kat embassies etc datang window shopping kat situ. So far barang-barang yang aku tengok kat situ agak kurang menarik perhation aku. Banyak yang datang dari China (hopefully takde melamine!) so aku pun kurang la sikit kalau dah datang dari sana. Sama macam kat Petaling Street je.
Lama jugak aku kat situ. Lebih kurang 5-6 jam. Memang lembik aku jalan hari tu lagipun the night before aku memang tidur lambat dalam pukul 2 pagi then bangun pukul 7! Ya ampun...ni sekarang aku tengah cari kawan-kawan lama aku dulu yang ada kat Egypt sebab plan nak pergi sana bulan 3 nanti. InsyAllah. Aku kalau travel aku suka duduk kat Back packers hostel sebab lebih thrill dan lebih murah. Kalau nak duduk hotel, baik aku duduk kat bilik sekarang ni je..Ish....ni kena cari kamera DSLR dengan sleeping bag nih....ada sapa-sapa nak join? This is going to be a low budget travel. Aku memang suka buat benda-benda yang thrill macam ni. Dulu aku pergi China cuma bawak RM150 (lepas bayar flight dgn room rental). Aku nak try bawak SR200 for one week in Egypt and see whether I can survive or not. Macam "reality show" pulak, heh3...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
2 ulasan:
Salam uncle..
selamat menunaikan haji nanti (^_^)
Salaam..
Kalau berkesempatan....kalau tak ada rezeki, lain tahun lah nampaknya...hey, thanks for visiting.
Uncle
Catat Ulasan