Isnin, November 10, 2008

TM aku lagi..

(Husin tengah posing kat dalam store!)

Seronok cerita pasal TM aku ni. Ada pelbagai bangsa dan dah tentu ada pelbagai ragam semuanya. Ada yang serious kerja dan ada jugak yang drama kuat. Tapi kebanyakkan nya kuat bekerja, siang dan malam. Steward Supervisor (yang cuci pinggan , periuk-belanga). Nama dia Husin. Department ni penting untuk aku sebab kalau tak ada dept ni, memang tak masak lah kitchen aku. Begitu jugak restaurant. Sebab tak ada pinggan nak letak atas meja. So basically the heart of FB department is this area. Jangan terkejut! Kat sini aku ada 16 TM (staff). Ada dari Saudi, Myanmar (kat sini depa panggil Burma lagi) dan Bangladesh. Husin dari Bangladesh. Ada sorang anak berumur 7 tahun. Sama macam Yuya. Semalam aku ajak dia pergi check storeroom dan cafetaria kat B2. Sampai aje kat store, aku cakap tepi sikit sebab nak ambil gambar yang storeroom dah nak siap, tapi mungkin dia tak pernah ambil gambar, so dia pun pose sekali kat dalam store tu. Kesian aku tengok dia....Aku selalu ambil gambar sebab nak buat report. So mana-mana aku pergi, camera aku mesti aku usung sekali. Especially gambar defects. So tu lah Husin si Steward Supervisor aku.

(semangat dia lap bottle display aku!)


Sorang lagi nama dia Kareem. Hah ni budak Burma tapi lahir dan besar kat sini. Passport pakai Bangladesh. Part ni aku confuse sikit. Ramai taknak balik Burma sebab katanya tak ada orang Islam. Hari ni Kareem cuci display aku. Habis botol-botol coffee syrup aku dia lap. Macam Sohail yang lap file-file aku dulu...semalam aku ada VIP arrival. Actually dia ni PA to Princess from UAE. So aku pun organise kan amenities kat bilik dia. Fruit basket lah, soft drinks and juices la, arabic coffee, moroccan tea and tamar la, macam-macam....siap bagi sparkling juice lagi. Dia datang nak check for Princess arrival kot. Mungkin datang masa Hajj nanti. Busy la aku nanti...




Gambar satu lagi tu aku tengah posing kat lantai di bilik neighbour aku. Ala saja-saja posing. Selalu duduk kat kerusi so apa salahnya sekali-sekala duduk kat lantai kan....

4 ulasan:

man berkata...

Salam. Suka baca catatan perjalanan uncle..Teruskan.Semoga kami generasi baru ini dapat mengambil pengajaran...

Nak belajar bahasa Jepun ,boleh dak?

Uncle berkata...

Dear Man.
Terimakasih kerana suka membaca. Uncle berbesar hati kalau ada yang membaca dan dapat dijadikan pengajaran. You are most welcome to ask me any questions but definitely not 1) politics 2) religion and 3) sex, sebab Uncle tak suka cerita benda2 ni and it's a no..no in a hotel business. Continue and enjoy reading. On the Japanese language, insyAllah...in fact my wife used to teach the language in KL.

Uncle

cikgu zainab berkata...

Salam Uncle,
Dah update lagi! Kak Nab suka baca...sangat2 suka.

Uncle berkata...

Salam KN

Saya suka cerita my daily activities and people surrounding me. It's meant for my families and friends. Once in a while my wife will pop in as well. Keep on reading!

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...