Jumaat, November 21, 2008

Musim haji dah tiba..

(amacam ramai tak?)
(macamana nak masuk ni?)
(ni pandangan sisi dari bilik aku)

Orang dah mula berpusu-pusu datang ke Mekah. Sampai nak sembahyang pun dah tak cukup tempat. Macam hari ni contohnya. Aku ingat nak pergi ke Haram tetapi baru nak turun jalan dah sesak. So aku cxl dan terus ke bilik dulu nak tengok keadaan dari Ajyad Street. Aku jenguk keluar tingkap. La...penuhnya...dah 200 meter ke belakang depa sembahyang! Sampai kat Meridien hotel pun depa dah ada....so aku decided sembahyang Jumaat kat hotel saja sebab kat hotel ni pun ada masjid yang boleh tampung 2000 orang satu waktu.

Gambar satu tu aku ambil dari bilik aku. Kalau tengok gambar tu betul-betul kat atas sebelah kanan sikit ialah Palace for the Royalties termasuklah guest to the Royal Family. Tahun ni jemputan dia Tengku Mizan. Yang DiPertuan Agung kita. Aku tak sempat jumpa Tuanku sebab schedule Tuanku memang padat. Ampun Tuanku!

Aku kat sini masih melayan group dari Indonesia. Memang senang menjaga depa ni. Tak banyak kerenah langsung. Depa mai, makan, balik bilik. Tak dak komplen-komplen apa. Semuanya cakap alhamdulillah, bagus.....makanan dia hari ni? Breakfast tadi aku letakkan nasi Uduk (ala-ala nasi lemak) then tengah hari ni aku buat sup sayur, nasi biryani, dalca sayur, daging masak tomato dll yang seantero. Ni depa baru lepas makan. Malam nanti aku tukar lagi menu. Kalau tak, kesian kat depa...3 hari lagi depa pi Madinah then terus ke Arafah. Semoga perjalanan bolak baliknya selamat ya Bapak-bapak sama Ibu-ibu....hingga ketemu tanggal Januari nanti yea...huh? Januari? Bukannya apa, aku ada plan nak ke Jakarta Januari nanti sebab ada Cesar Ritz alumni gathering disana nanti for Indonesian Chapter. Kalau ada duit.....

16 ulasan:

cikgu zainab berkata...

wooooww!! dah ramai orang...teruja kak nab...entah bila pulak boleh menunaikan ibadah haji.
next year nak g daftarlah dgn TH.

Uncle berkata...

Heh3....mari...mari...mari...next year Hajj is from 21st Nov - 10th Dec. Sejuk lagi tu especially Madinah. Daftar cepat KN ooii..

Uncle

PINATBATE berkata...

Salam Uncle..
Gambar tu mengingatkan saya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Baitullah tahun 1994..uhh..dah 14 tahun lamanya...anak dara lagi masa tu..masa tu kawasan Haram tak seluas dan selebar sekarang..bilik saya betul-betul setentang baabussalam..turun tengah azan pun sempat lagi dapat soff...menyelit celah-celah orang..

p/s Kak Nab,kalau daftar muassasah tahun lepas,tahun 2015 baru dapat giliran..nak cepat kena merayu atau ikut pakej lah kot..

Uncle berkata...

Dear Pinat
Uncle rasa hotel tu dah kena roboh dah kot..sebab banyak construction going on sekarang ni...eh Uncle pun sekarang bila azan baru turun. Sama la kita. Uncle ingat lagi dulu time sekolah, masa azan siap sembunyi dalam locker! MasyAllah..

Uncle

PINATBATE berkata...

Uncle..
isyy..dah tentulah dah tinggal habuk jer hotel tu Uncle..dah berbelas tahun dah..Masa tu masih boleh turun tangga masuk telaga zamzam dan ada tingkap jeriji besi untuk intai mata air keluar..Subhanallah..

Kal El berkata...

Ya Allah indahnye permandangan. Rindu sangat rasanya nak ke sana kembali walaupun baru 2 bulan yang lepas Kal El menjejakkan kaki ke Haram. Uncle sementara di sana tak boleh tunaikan Haji juga ke? Untung kalau dapat tak payah nak register-register kat sini. Kal El insyaAllah 2013 baru dapat pergi tunaikan Haji.

cikgu zainab berkata...

Salam Uncle,
lamanya nak kena tunggu kan?? kali pertama ke Tanah Suci pd 1991, pastu 1992 - tunaikan haji, pastu 1993 bwk 3 anak wat umrah & akhir sekali mei thn ni g dgn 4 anak & 5 adik2 & adik2 ipar & saudara mara = 22org semuanye!! seronoknya hingga teringat2 sampai sekarang. Kak Nab sentiasa berdoa agar Allah SWT jemput KN ke sana lagi..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle ada jugak study pasal air zam-zam ni. Very interesting dan Uncle ada order buku dari Jarir on this topic termasuk gambar, punca mata air, kawasan yang dicuci. Ph study, scientific research etc. Curious...curious...hmmmm...
Uncle

Uncle berkata...

Dear Kal El.
La...kenapa tak cakap hari tu dah datang? Entah-entah kita pernah minum teh tarik sama-sama tak kat D'Saji tu..

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Kalau KN ada rezeki lebih, datanglah..kalau tak pun takpe sebab KN dah buat dah..ni saya yang tak buat-buat lagi ni...insyAllah nak menyelit tahun ni. Semoga dipermudahkan perjalanan.

Uncle

Ghazali B Abd Aziz berkata...

Uncle;

Kita orang dah tak turun ke Mekah sebab kasi chan orang buat haji lak ...

And Insya Allah, kita orang dari Yanbu akan turun buat haji pada 7 Zulhijjah ...

Kalau sempat, kita call and minum minum teh (kul 10 malam your teh time kaannn)

Uncle berkata...

Yes memang selalunya pukul 10pm tapi kadang-kadang tergelincir sebab busy so rancangan minum tu kami usually buat kat bilik je...anyway, do call when you happen to be within the vicinity. Biskut kerin ada la....

Uncle

perantau.timur.tengah berkata...

salam uncle..

tahun ni tuanku mizan? biar betul? tahun lepas adelah yang agong kita mai buat haji... emm tahun ni takde berita pulak

Ontel berkata...

uncle, tlg doakan ontel kt masjidilharam yer, mcm2 dugaan dtg skrg nie, bertimpa2.. tlg doakan moga2 allah bg kesabaran dan gantikan dgn yg lebih baik...

Uncle berkata...

Dear PTT.
I was referring to the last visit and not the coming hajj. That was a couple of months back, remember I called you to confirm on the arrival? Thanks for following anyway!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Ontel.
I was going through the same turbulance (kalau sama) a few years back and what I did was just to pray and ask for some guidance from Him. Alhamdulillah semuanya ok. Ontel, do not worry as your doa is always heard wherever you are! I will do the same too here. InsyAllah..

Uncle

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...