Rabu, November 26, 2008

Saudi Chapter

(yang tinggi tu Amiri yang rendah tu Chenet)
(ni budak lounge aku si Moin dari India)

Semalam aku terima satu panggilan dari kawan lama aku. Nama dia Shahanaz Sulaiman aka Chenet. Budak Kelantan. Very bright and intelligent masa kat sekolah dulu. Sekarang bertugas sebagai salah sorang daripada orang kuat kat Glaxo Smithkline di KL. Chenet datang dengan sorang lagi member satu batch aku dulu, nama dia Amiri jugak dari Kelantan. Si Amiri ni Head Boy aku dulu. Ala...yang selalu tangkap aku hisap rokok kat toilet tu.....Amiri now is a class A contractor in KB. Both are doing very well. Good for them. Kami jumpa kat mana? Kat D'Saji sembang-sembang sambil minum teh tarik! Kelasss...macam orang kaya-kaya! Anyway, aku seronok kalau jumpa kawan ni. Bukannya apa, bila cerita kisah lama, kami gelak like there's no tomorrow. Depa ni selalu bawak buku pergi "prep" petang dan malam tapi aku tak bawak apa....

Then dalam pada tu aku teringat yang President batch aku si Kudo ada bagitahu yang ada 3 lagi yang nak datang buat Haji. Shidut, Pahlavi dengan Chico! Shidut kalau tak silap aku pernah duduk satu bilik dengan aku masa tahun 81 dulu. Orang NS. Cakap dia memang pekat. Pahlavi dari PD dan Chico dari JB. Shidut dgn Pahlavi aku lupa kerja kat mana dan 2 orang ni memang aku tak pernah jumpa sejak lepas tahun 85 lagi. Chico aku jumpa masa last reunion kat KDE bulan 6 lepas. Lawyer kat JB. Baguslah semua teringat nak buat Haji masa muda-muda ni. Eh muda ka? Kira muda la tu. Aku sendiri tak pernah teringat yang aku dah 40 nak masuk 41 bulan 2 depan. Ala....it's just a number!

Anyway, pada siapa-siapa yang nak buat Haji sila lah buat masa waktu muda ni. Bukannya apa, tenaga masih ada dan kita ada peluang untuk bermuhasabah diri. Malangnya orang kita takut nak buat awal sebab nak enjoy life dulu. Bagi aku apa lagi yang nak kita cari didunia ni. Of course kita nak kejar kebendaan, duit banyak-banyak, career yang bagus etc, which I strongly agree, in a way...but yang satu lagi tu kita akan bawak sampai bila-bila...so kepada yang kaya-raya melimpah-ruah harta buatlah keputusan yang baik. Semuanya mesti balance. Aku tak kata yang aku ni baik, selalu aku buat yang tak betul tapi dari tak betul tu lah kita kena betulkan balik sementara jangka hayat masih ada! So to all my Sdarian 815 friends, welcome to Mekah dan semoga semuanya selamat menunaikan fardu Haji. Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...