Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, November 08, 2008
Jumaat yang indah..
Ada sekali tu aku teringin sangat nak makan jagung. Lama tak makan, lagipun selalu kalau kat KL boleh dapat kat mana-mana pasar malam tapi kat sini payah. So masa jalan-jalan hari tu aku ternampak ada orang jual jagung. Memang elok jagung dia tapi aku tak tahu dari mana. Must be from neighbouring countries kot sebab aku tak pernah nampak orang tanam jagung kat sini. Unik cara dia prepare. Dia pakai wheel barrow sebab senang nak usung sana-sini. Then dia bakar arang, lepas tu campak aje jagung kat atas arang tu. La...macam tu aje ke? Tak ada ka sapu margarine ka? Dia terus bakar atas arang. Patutlah tak ramai orang yang beli dan makan! So aku pun tak jadi beli tapi terkebil-kebil tengok macamana dia buat. Tukang bakar is a Bangladeshi. Sebelah dia pun bakar jagung. Satu line panjang..ada la 5 wheelbarrow yang parking dan buat kerja yang sama kat situ.
Semalam day off aku. Ada lawatan dari kawan aku dari Riyadh dan Jeddah. Satu tu yang selalu dan rajin buat umrah Noradlan aka Nyamuk dan satu lagi junior aku in 85 (aku dah form 5 dia form 1), nama dia Yaakob. Yaakob ni kerja dengan Ranhill/Aramco. Yaakob dah 2 kali jumpa aku kat Mekah. Dia orang ni rajin buat umrah. Sembang-sembang sampai tengah malam. Tu lah aktiviti aku pada malam minggu (aku panggil "Malam Pesta Muda-Mudi!"). Then next morning aku jumpa Nyamuk lagi kat Zam-Zam. Lepak kat bilik aku dan kami lunch sama-sama. Aku macam biasa, tokey goreng telur dan Azli tokey sambal. Itu je yang kami bedal for lunch yesterday..dengan Nyamuk. Lega...then Nyamuk balik Riyadh and Yakob balik Jeddah. Ada satu lagi Senior aku yang sekarang ni dah ada kat Saudi. Fauzi Osman aka Mat Rock. Rock is one year my senior batch 84. Seronok jumpa ramai-ramai ni. To Rock, welcome on board! Aku kat sini senang nak jumpa orang sebab dah tentu orang datang Mekah, ye tak? So anybody yang datang sini, please give me a call or to all readers, just let me know via my blog. At least aku boleh goreng telur!
Kat sebelah hotel aku ni ada satu construction going on. Depa ni rajin menyusahkan orang. Construction tu pulak location dia betul-betul kat sebelah hospital Kesian patients tu semua! At one time ada 7 kereta korek tu buat kerja. Gung-gang, gung-gang dia pecah batu. MasyAllah....start pulak pukul 6 pagi dan habis pukul 8 malam! That's one of the resons yang aku bangun awal tu, heh3X...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
6 ulasan:
salam uncle,
arab ni tak reti makan jagung sapu marjerin...bakar hangus gitu jer...popcorn dia pun masin..tak reti buat popcorn lemak manis macam kita..
Tu lah yang nak kena ajar tu...memang tasteless tapi corn in a cup is quite famous here!
Uncle
Salam "Uncle"!
Seronoknya dapat tinggal kat Mekah...Rindunya nak ke sana lagi.Bertuah betul Uncle - cari rezeki di Tanah Suci...penuh keberkatan.
Kalau jagung Jepun yg manis, bakar atau rebus je cukup sedaaap!!!
Dulu kat rumah tok di kumpung Niigata, mak long wakana selalu rebus jagung bab mereka ada ladang sayur. Jagung, tomato, watermelon, honeydew... aiyoooh, teringat sayur & buah yg sedap tu.
Dear Cikgu Zainab.
Memang seronok dapat tinggal disini tapi saya masih ada perjalanan yang jauh. Ni cuma satu perhentian. Mungkin tahun depan atau lain-lain tahun akan berhijrah ketempat lain pulak. InsyAllah..
Uncle
My dear Wakana.
I still didn't get the chance to go to your kampung yet. I know Niigata is a place for skiing. Next trip to Japan we should pay them a visit together with the kids!
Shah
Catat Ulasan