Jumaat, November 28, 2008

Marhabah...marhabah...




Sekali ni aku update kan lagi kisah kedatangan para jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan fardu Haji. Kak Nab oooiiii...tengoklah kemeriahan di Mekah. Ada yang mai pakai kerusi roda, ada yang mai bertongkat, ada yang mai kena papah, macam-macam ada....tapi semuanya dengan niat yang satu, iaitu menunaikan fardu haji. Macam-macam perangai ada depa ni. Ada yang bawak flag, ada yang pakai bunga atas kepala, ada yang pakai scarf dll. Seronok jugak aku tengok dari jauh. Macam biasa aku ambil gambar tu semua dari tingkat restaurant aku. Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Tadi aku pi pekena teh tarik kat bawah dengan si Helmi. Tiba-tiba ada orang datang tegur aku dan cakap "Eddie tu abang you kan?", aku pun "huh?" Then orang tu cakap "Eddie yang putih-putih, tinggi dok kat Masjid Negeri, Penang kan?" aku pun lagi sekali, "huh?". Aku blurr sekejap sebab tak sure orang tu sapa dia. Aku pun angguk-angguk, salam dan ucap terimakasih sebab ingat. Aku sendiri, memang tak ingat, tak tahu dan masih dalam keadaan blurr! So ni lah Mekah. Tempat ni memang menarik sebab macam yang aku cakap dulu, aku tak pernah jumpa si Nyamuk kat KL tapi tiba-tiba jumpa dia kat hotel ni. Aku jugak tak pernah jumpa old boys kat KL tapi kat sini dah macam boleh bukak persatuan...alhamdulillah..

Gambar satu lagi kat atas tu aku suruh Pastry Chef aku buatkan mousse in a glass. 2 macam, so semalam dia buat untuk aku try. Tu lah result dia, dark and white chocolate mousse dan satu lagi dark and blueberry mousse. I like the presentation in the glass dan kalau susun betul-betul memang cantik nampaknya. So mousse tu aku featurekan tiap-tiap hari. Lepas ni aku nak suruh buat tiramisu presentation pulak. Heh3....extra mascarpone cheese...pergh....mesti best! Patutlah demam!!!

10 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Terliuq jer tgk mousse tu...:)Meleleh air liuuuuur.

Waaah!!!! Ramainya manusia dr seluruh pelusok dunia berkumpul di Makkah...untungnya mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah.
Kak Nab sentiasa berdoa selepas solat agar akan menjadi tetamuNya lagi & lagi & lagi...

Uncle berkata...

Memang sedap.....and of course memang ramai manusia la ni...teramat ramai. InsyAllah tahun depan dapat la tu...

Uncle

Hafitah berkata...

I agree about the mousse.

Which SBP you asked? SDAR's rival school in Seremban lah. The one with all girls in it. =)

Uncle berkata...

Ooooo TKC tu yer? Memang rival tu. Tapi PPM 85 english debate,we won heh3....of course I was only the supporters yang tolong buat kecoh as usual...Is TKC still at the same place? Dah lama kat situ?

Uncle

Hafitah berkata...

dear uncle,
Yup, you got it right!
yes, where else? still at the same spot. However, the new campus is under construction. Maybe in another 2 or 3 years, the students will move to Bandar Enstek near Labu/Nilai.

Uncle berkata...

Mmmm banyak cerita tu actually...in fact my old school pun dah tak pergi since 85. Trying to attend the gathering on the 26th Dec ni.

Uncle

Hafitah berkata...

so, you are coming back this month? Its good to attend such gathering at least you can keep up with the latest news (and looks) of our 'old' friends haha. Have fun then!

Uncle berkata...

Thanks. We are quite close actually. Every batch has their own activities and once in a while we'll all gather as one big family. So 26th ni dengan semua batch plus old teachers and former staff of the school. This is a yearly event. Buat kat Putrajaya kot..

Uncle

Hafitah berkata...

Really? I have to ask my bro if he knows about it. His batch just had a gathering yesterday. But he is much younger..he managed to spend 2 years at the new school.

take care then

Uncle berkata...

Which batch is he in? Must be my super duper Junior!
Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...