Rabu, November 05, 2008

Balad Piazza / Air tebu

(sorry, kolam air tak nampak!)

Last week masa aku kat Jeddah aku lepak kat Piazza di Balad tu sekejap sementara menunggu kawan-kawan aku yang lain bershopping sakan. Sambil dok tengok orang lalu-lalang aku teringat pulak masa kat Firenze. Alamak memang kelas kat situ sebab ada banyak muzium termasuk statue si David yang bogel tu! Ishhh.... David ni, tak tahu malu la dia! Anyway, kat Balad tu of course la tak ada statue tapi digantikan dengan kolam air yang tak kurang hebatnya. Lama dan berlumut, tapi bagi aku pemandangan yang macam tu melambangkan sesuatu yang unik untuk aku teroka lebih lagi. Macam ada satu spirit yang suruh aku menjelajah lebih dalam lagi, for example 500 tahun dulu, apa jadi kat situ, siapa penghuni kota Jeddah ataupun aku ingat lagi nenek aku panggil Judah and in fact dalam wikipedia ada tertulis perkataan Judah tu! Pandainya nenek aku! Then bermacam-macam lagi bermain kat kepala aku..Kalaulah aku boleh turn back the clock!

(very Victorian or is it Renaissance?)

Then lepas tu tengok pulak kat bangunan tu. I know that Jeddah was a very famous port then and even now tapi influence from Europe tu aku tak pernah lagi nampak kat tempat lain so far di Saudi ni. Ataupun mungkin aku ni macam "frog under the coconut shell" kot sebab tak pernah pergi tempat lain! Seronok aku tengok ada design lain daripada yang aku selalu tengok with the flat roof.

(mesin air tebu pun ada?)

Jalan lagi, tiba-tiba aku dahaga pulak. So kawan aku yang sorang lagi cadangkan aku berhenti minum sekejap. Kata dia air ni memang menghilangkan dahaga. Aku pun tertarik jugak dengar cerita dia. Aku ambil gelas kecil, dia ambil yang besar. SR2 untuk aku. Bila minum, la....air tebu ka? Awat mesin dia lain dari kita? Look closely kat benda tu. Dia masukkan tebu dari lubang kat depan tu then bila masuk mesin, dia terus perah dan air tebu tadi keluar dari corong kat bawah. Hampas dia pi mana? Hampas dia tersimpan kat dalam tong mesin tebu tadi. Bila penuh, ada pulak indicator....kelas....first time Arab bijak!

6 ulasan:

Ontel berkata...

kehkehkeh... gelak sorang2 ontel baca ayat yg last tuh... ontel pun tergezut!!!

Uncle berkata...

Dear Ontel.
Uncle tiap-tiap hari kerja dgn Tok Arab. Memang sedih....sebab tu lah agaknya Islam dan Nabi Muhammad dilahirkan kat sini....

Uncle

puteh berkata...

Salam Uncle...
Tempat yang Uncle pegi nie memang dah dekat sangat dgn opis dan rumah saya (dlm 10 min berjalan jer).

pinatbate berkata...

hehehe..first time Arab bijak yer..mesin macam tu famous kat timur tengah jer kot..aasir mangga tak ada ker uncle? tu lagi best....

Uncle berkata...

Dear puteh.
Thanks for visiting my blog yang tak seberapa ni..oh yeah? close by? I should have known! Take care and keep in touch!
Uncle

Uncle berkata...

Dear Pinat.
that's my personal opinion. Anyway, Pinat apa khabar? Cuaca kat sini dah mula sejuk. In fact Riyadh and Madinah dah turun 16C. Mekah masih dalam lingkungan 28C.

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...