Isnin, November 03, 2008

Thai food / Baskin Robbins

(ni sebelum beruang makan)


(ni lepas beruang-beruang makan)
Ada lagi cerita....hari tu kami pergi Jeddah pukul 2.30pm, depa pi shopping, aku tengok old building dan lepak kat piazza tu for a few hours. Aku memang tak suka jalan banyak. Baik aku duduk tengok orang yang pelbagai ragam tu. Dalam tu dok pikir jugak apa bahan yang boleh aku cerita kat dalam blog ni. Bila dah malam pukul 8, depa ajak makan kat Thai Restaurant yang ada kat situ. Aku since mengikut hari tu terpaksalah pergi walaupun lunch tadi dah makan macam.......Restaurant tu penuh, aku pun tunggu lah kat luar, bila masuk je, la...patut lah penuh, cuma ada 7 meja! Anyway, depa order ikan goreng, tomyam, nasi putih, nasi goreng, sayur goreng dan ada satu lagi dish yang aku dah lupa. Restaurant was clean and service was prompt. Lepas meja lain habis, ada waiter datang spray meja dan lap terus. Very efficient terasa macam kat hotel pulak! Aku yang memang dah kenyang, cuma meratah dan tak makan nasi. Bahaya! Biasalah bila dah masuk 40, makan kena control, perut kena jaga....flat tummy, flat tummy! Staff cuma 2 orang tapi depa ni memang lain dari yang lain. Bateri energizer. Cepat kerja. Order pun sekejap dah sampai. Kedai tu kat mana, jangan tanya, sebab aku cuma mengikut orang dan tokey laundry!

(dulu kerja kat bk seksyen 14)
Masa on the way back to Mekah, kami singgah beli kek sekejap sebab sebab ada tetamu kami dalam entourage tu yang celebrate birthday. Tepi kedai kek tu ada pulak kedai BK. Tu yang teringat kat BK kat SS14!. Masa aku lepas belajar dulu dan sementara nak masuk Renaissance KL aku ada gap 3 bulan. So aku pun melilau dengan kapchai aku masuk SS14. Pakai shorts lagi dengan selipar. Masuk kat BK tanya Mgr dia kot-kot ada kerja kosong, Mgr perempuan tu pandang aku atas bawah then tanya lagi, "sekolah sampai mana?" Aku jawab "darjah 6, tapi bolehlah baca dan tulis sikit-sikit..." Since aku sekolah sampai darjah 6, dia offer aku jadi cleaner! Aku ambil saja. Dapat gaji RM2.70 satu jam. Jadilah nak bayar minyak motor. So tiap-tiap hari kerja aku, buang sampah, cuci toilet, angkat barang, lap cermin depan etc. Aku rajin kerja, tak pernah ponteng tapi gaji tetap sama. Amboi Mgr tu memang ranggi gila. Pas ITM. Takpalah, nak buat macamana....aku cleaner...

6 ulasan:

Ontel berkata...

ishh.. sejak abis posa nie tgk makanan sumernyerr sedapp jerr... bahaya nih....

Uncle berkata...

Salam Ontel.
Tu semua tu nafsu beruang! Actually Uncle pun sama cuma sekarang kenalah jaga sikit..nanti balik Aunty tak kenal..

Uncle

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

nampak icecreamrobbin ni rasa nak telan jugak malam ni uncle:-)
mana nak cari ni

Uncle berkata...

Dear Dila
Eh puasa boleh takkan yang ni tak boleh, infact kat Swensens pun Uncle pernah kerja. Seronok kerja icecream ni..kalau kat Europe kan, masa winter pun kena queue nak beli Haagen Daz ice cream!

Uncle

en_me berkata...

uncle itteww, me stumble your blog masa singgah blog brader ghazaaz.. nice blog, keep it up

Uncle berkata...

Thanks me for stumbling!
Hope you enjoyed reading and surely there'll be more. Keep on reading and send more comments. Heh3...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...