Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, November 17, 2008
Barack Obama
Hari tu kan aku dah baca buku favorite aku karya si Khalid Hosaini tu. Tapi so far dia baru tulis 2 buku. Satu dah jadi pelem dan satu belum lagi, tapi aku ada baca yang buku nombor 2 tu pun akan difilemkan jugak tak lama lagi..good.It's going to be one film that i'll be looking forward to watching! So lepas 3 hari mata aku terkebil-kebil tak ada apa nak baca sebelum tidur, aku dengan gatal tangan dan kaki selepas sembahyang Asar, talipon Headwaiter aku si Shawkat suruh dia datang bawak aku naik teksi walaupun dia cuti hari ni. Dia ok terus..pergi kedai buku kena SR15 tapi balik kena cuma SR12. Ada discount pulak! Sampai je kat Jarir aku terus cari buku tu sebab aku tahu aku dah order buku tu sebulan dulu dan dah tentu tak ada orang lain yang akan beli kecuali aku!
Supervisor dia datang sengih-sengih kat aku terus capai buku yang memang dok ada kat depan mata aku tu. Laa...betul-betul depan mata tapi tak nampak! Aku cakap "syukran ya shabbab!" terus pergi cashier bayar, harga buku kat sini lebih kurang kat Kinokuniya yakni SR75. Masa aku nak balik aku sempat pesan satu lagi buku Obama. Dia tanya bila nak?Aku cakap 2 minggu lagi. Tapi dia balas esok buku akan sampai. Ok thank you aku cakap.
Masa on the way back tu aku ternampak pulak buku tulisan si Paolo Caulho kalau tak silap aku nama author dia. Aku pernah baca pasal tukang karut ni dulu kalau tak salah aku dan dia ni pun pemes jugak. Takpa bagi aku habis baca dua-dua buku Obama ni dulu. Puassssss....
Hari ni aku penat sikit sebab over the weekend (yesterday) dengan hari ni aku sibuk set-up kan 2 lagi restaurant aku untuk Hajj group. Satu dapat 130 dan satu lagi dapat 138 pax. Campur yang facing Haram tu dapatlah 700 semua. Bolehlah buat 2 kali turn over kalau busy nanti. Bayangkan 2 kali turn over for breakfast then clear and reset back 2 kali turnover untuk lunch with a gap of 2 jam then clear dan reset balik untuk dinner pulak untuk 2 kali turn over jugak. So one day aku jamu 3200 orang jemaah makan. Memang sah aku pulak yang tak sempat makan!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
4 ulasan:
salam uncle...
dalam banyakbanyak buku yang uncle ada tu minat pulak kat Buku OBAMA tu. mesti criter tu kan:-)
salam boss..
kerja-kerja jugak...jangan sampai lupa makan..
semalam pun saya habis beratus gak kat MPH..( yarrkk..minggu ni dua kali berulang MPH )..tapi semuuuaaa buku budak-budak rumah ni.. cuti ni semua nak baca novel, buku cerita, komik, majalah...layan jer lah...
gaji lambat lagi lak tu..huhuhu.
Salaam.
Baru habis baca satu chapter, memang syiok dan Uncle kena baca slow-slow sebab banyak cerita pasal bapak dia kat kenya dan mak dia kat kansas then atuk kat nairobi. His days as a student in Harvard Law school. About inter faith and inter racial etc. Interesting.. a good reading!
Uncle
Pinat.
Buku untuk anak-anak is a long time investment which you are not going to regret. Buy them walaupun kita terpaksa ikat perut (of course berpada-pada). I'm happy to hear that they like reading and this habit has to be nurtured from small. At home and start from the parents!
Uncle
Catat Ulasan