Jumaat, November 14, 2008

Pusing roda..





Dulu masa dia dok pusing roda giant tu aku minat sungguh kat dia. Manakan tidak, dia tinggi lampai, ayu dan macam-macam lagi. Kena pulak partner dia masa tu HO. Kira memang cocok lah partner macam tu. Tapi masa tu dia cuma senyum dan jalan pi balik pi balik. Aku pun masa tu cuma tengok kalau ada masa. Then anak aku yang sulung pun minat jugak "pusing roda" tu sebab dia suka tembak je jawapan. Selalunya tak kena tapi aku kenakan jugak, bagi Abang happy. Memang Abang happy habis, so aku dengan Abang pun selalulah baring kat depan tv terlenggak tengok dia pusing roda..sambil try-try tembak jawapan..

Then tiba-tiba EF datang hari tu bagitau yang E pun salah sorang daripada crew yang akan datang. Aku pun ok jelah..bila dia sampai, memang E nampak letih sangat so lepas bagi makan, dia buat umrah dan aku pun balik tidur. Then the next day masa depa breakfast aku tengok dia eh elok jugak bila pakai tudung. Memang kecil orangnya dan tak sama dengan yang aku tengok kat TV dulu. Dan frankly speaking drama dia dah banyak katanya cuma aku tak berkesempatan nak tengok sebab selalunya, pukul 7 malam kami makan, then sembahyang jemaah, then Abang dgn Yuya baca buku sampai pukul 9. Then aku bawak depa masuk bilik, cerita-cerita sikit, lompat-lompat atas katil, dah pukul 10 malam. Lepas tu bila sedar aje dah pukul 6 pagi! Mana sempat nak tengok drama? So semua drama tak pernah aku tengok. By the way, A. Galak kat drama "Remang-Remang Buluroma" tu ada lagi ka? Misai dia lentik lagi ka?

Gambar kat atas tu semua masa depa nak balik KL kalau tak silap aku. Depa pi buat tawaf "wida'" dan yang lambat sampai balik kat bas hari tu ialah HW dengan AR. Mungkin depa tumpang tawaf shopping sekali kot...but anyway, depa semua tu memang baik-baik dan kami jemput depa datang lagi sekali buat shooting kat tempat kami nanti dan begitu jugak kat hotel kami di Madinah tahun depan and I guess the plan is on.....

4 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam Uncle
EF pernah datang sana erk. Ni skali ngan si fahrin tu ke. EF nyer drama memang best. tak pernah miss taw

Uncle berkata...

Memang tepat tekaan Dila dan mungkin lepas ni akan lebih ramai lagi yang akan duduk sini. Alhamdulillah....Dulu kita pi tengok konsert rock depa tapi sekarang depa mai duduk tempat kita pulak...

Uncle

PINATBATE berkata...

Gambar paling bawah tu hensem abis...kalah Fahrin!!
ekekekeke..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Gambar tu? Hah3.....kelakar la...tapi Miss Japan dah booking tu...siap bawak 3 body guard lagi...regards to your lovely family!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...