Selasa, November 18, 2008

Room Service





Hari ni aku rasa tak sihat sikit. Petang tadi lepas Asar aku dengan team mate aku pergi gunting rambut. Sorang SR10. Sampai terlelap aku sekejap masa dia gunting rambut.Selalu kalau gunting rambut kat kedai mamak aku akan baca URTV ataupun Mangga edisi 6 bulan lepas tapi kat sini tak ada sebab tu terlelap sekejap. Lepas gunting rambut, aku pergi RS sekejap order dinner aku untuk malam ni. Apa nak makan? Azli order burger dan aku order sauteed vege with garlic dengan lamb curry without rice. Sedap jugak, pandai si Abdullah tu masak lamb curry. Malam ni memang cukup rasa. Ala-ala mamak..

Kat belakang RS aku memang dah standby kan partition untuk perempuan-perempuan Arab makan. Dah la pakai abaya, depa mintak partition lagi..tak pa aku bagi je jangan banyak cakap. Dah style dia..r RS aku tu berterabur sikit sebab tak siap lagi (reason lagi...) tapi dah 75% operational. Kat situ lah makanan untuk bilik diassemblekan (sorry, bahasa rojak) sebelum order taker check lagi sekali samada makanan yang disiapkan tu sama dengan yang diorder. Then makanan panas dimasukkan kedalam "hot box" untuk sentiasa panas. Kalau tidak by the time sampai kat bilik semua dah sejuk. Complaint lagi nanti..lepas check makanan, OT akan tuliskan dalam log book supaya tak lupa, semua makanan ditulis dan di board akan ditandakan bilik mana yang pesan makanan tadi dan samada menggunakan tray atau trolley. Cukup 45 minit OT akan call guest samada dah habis makan atau belum supaya boleh buat clearing. Bila clearing dah dibuat, OT akan catatkan kat dalam log book yang trolley tadi dahpun di clear, lepas tu board tadi akan dipadam. Pergh..banyak kerja tu..aku pulak, bila check floor dan kalau terjumpa tray atau trolley kat corridor, memang sah OT tadi akan kena warning sebab tak follow up clearing. Aku buat tu semua bukan untuk kenakan TM aku tetapi untuk mengajar supaya standard sentiasa dipatuhi. Aku tahu ke apa yang aku buat? Memang aku tahu 100% sebab aku pernah kerja jadi waiter dan Order Taker. Jadi persoalan samada aku tahu atau tidak, tak boleh dipersoalkan. So pada adik-adik yang baru pass Hot Cat dan kalau setakat ada diploma atau degree dan terus mintak kerja jadi Manager dengan aku, memang sah aku bagi waiter! To me the basic is very important. Aku dulu jadi buss boy selama 2 tahun dan jadi waiter selama 3 tahun semuanya kat Hilton. All in all jadi waiter saja selama 5 tahun!

Si Naim hantar makanan aku kat bilik. Depa ni kalau hantar food aku kat bilik, kalau boleh cepat-cepat nak mengelak sebab takut kena tegur. Once again, aku akan tegur immediately dan tak tunggu esok sebab case tu dah sejuk nanti. Depa ni mula-mula memang cuak tengok aku tapi lepas dah tahu style dan biasa dengan teguran aku, semua rasa berbesar hati dan mintak ditegur lagi. La...macam tu pun ada ka? Macam Manager aku si Mainul tu, tadi dia tanya aku, kalau aku balik cuti December nanti, aku datang balik ke Mekah tak? Depa takut aku pergi tempat lain. Aku cakap aku mesti datang balik sebab mission aku belum complete. Mission aku simple. Aku mesti groom another person to take over the position sebelum aku depart. Kalau tak aku akan rasa tak puas.

So pada anak-anak aku kalau nak kerja hotel, boleh.....first sekali pastikan the basics are strong. Ni serupa macam pokok, kalau akar tak kuat, memang senang-senang la pokok tu goyang. Secondly, you have to work long hours. Thirdly kena biasa jauh dari family dan lastly love your job! Amacam ada berani?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam uncle!saya pon berminat nak keja ngan uncle boleh?tapi taknaklah jadi waitress..hihi...
syok boleh dok hotel so takyah basuh baju..kemas rumah..lap habuk segalanya..hehe

Uncle berkata...

Dear Ayu. Your name reminds me of my waitress 12 years ago. Nice girl and very sharp. Anyway, it's not all roses Ayu. It's hard work and long hours and leaving your beloved family behind. That's the sacrifice which is difficult to some. Tapi kalau there's a will there's always a way. Kalau Mat Salleh boleh buat kenapa kita tidak? Keep on reading!

Uncle

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Oh tak sangguplah kak nab tinggal famili!! only brave people like uncle jer yang boleh wat keje2 gini. semangat juang yg tinggi, cekal,gigih,dedikasi,tabah,sabar etc

Uncle berkata...

Apa nak buat Kak Nab ooiii nak cari makan. Terpaksalah buat macam ni, kalau tidak anak-anak kat rumah nak makan apa...tsk..tsk.. sedih ni..Wah part cekal, gigih, dedikasi tu macam cogankata kat sekolah ja...maklumlah cikgu...!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...